Skip to main content

Universal Studios Singapore - 16 September 2012

Hokeh hari ni semua bangun awal sebab excited nak ke USS. Aku rasa bukan aku jer yang excited malah semua isipadu penyewa New York Hotel yang nak ke USS hari ni teruja. Siap-siap dan terus ke restoren untuk breakfast. Pastu berjemaah tunggu bas untuk ke USS. Oh ya aku ke USS menaiki bas ya. Sebenarnya banyak transport yang boleh dinaiki untuk ke sana seperti kereta, train, taxi, flight (semua saya kurang mampu) dan bas (solution terakhir untuk rakyat marhaen seperti saya) kekeke...
Oleh kerana semua diuruskan oleh BFF ku iaitu Zetty makanya saya hanya goyang kaki untuk sampai ke sana.

Perjalanan menaiki bas lebih mengambil masa tapi tak kisahla. Yalah kita kene tunggu bas penuh baru jalan, pastu jalan jem menuju ke Woodlands dan kene turun naik tangga escalator nak jumpa incik imigresen Malaysia dan Singapura dan barisan boleh tahan panjang. Maklumla public holiday. Maka bertabahlah.

Sampai ke USS dalam pukul 10 pagi. Errr aku tak berapa pasti dengan perbezaan waktu Malaysia dan Singapura sebab tak penah stay berhari-hari pun. Kata over the sea so leh pegi balik dalam masa sehari.


Malaysian food street ni leh dijumpai sebelum kaunter masuk ke USS. Kebanyakan makanan yang disajikan masakan cina.


Oleh kerana USS terlampau ramai umat manusia terutama dari Malaysia (err korang tak sambut hari Malaysia ker..hehehe).. permainan yang menguji adrenalin aku (transformers jer pun) punyalah ramai umat manusia. Hampir 2 jam kami stuck disitu saja. Bagi aku permainan ni sangat-sangat best! Rasakan hentakan, kene sembur asap, terjunam dari tingkat atas..pergh betul-betul best tapi nak repeat main balik maapla ya kami kurang sabar nak menunggu.

Kemudian kami ke permainan Mummy Returns. Err part paling menakutkan bila kami terjunam ke belakang.... Gambar terkejut pun ada tapi idak la aku beli. Hehe...

Alahai tade idea nak cite lebih-lebih. tengok gambar jerlah.. Hihi


Locker penyimpanan barang. Kalau tak silap aku harga dia hampir 15sgd perday. Leh ulang amik barang

USS ni dibuka 9 jam sehari. Dan Parade bermula 6.30 petang













yang ni idaklah aku nak try. Bukan setakat adrenalin tapi dengan pankreas pun rasanya bergegar.. hehe.. Aku kureng berani sikit











Ni jer gambar yang aku ada sebelum kamera aku dimasukkan kedalam loker. Huhu so banyak moment yang aku tak dapat capture....Insya Allah ada rezeki aku kembali kesini lagi dengan keberanian untuk menerai roller coaster Biru dan Merah tu... err mampukah??

Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan