Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Monday, December 31, 2012

Legoland -17 September 2012


Waduh, waduh rajin betul aku menghapdate blog. Huhu.. Azam akhir tahun kot nak habiskan entry tahun ni sebelum berakhir 31 Disember 2012. Mampu ker? tengok jerlah nanti. Lagi berapa jam nih.. Huhu...

Ok sambung cerita semalam. Esoknya kami bersiap ke Legoland. Legoland merupakan taman tema terbaru di Malaysia dan pertama di Asia yang berkonsepkan lego. Ekceli pada pendapat aku better pergi ke Legoland dulu barulah ke USS kerana support perlancongan dalam Malaysia dan paling penting tidak membandingkan perbezaan antara USS dengan Legoland. Pertama mereka ni berlainan konsep. Satu taman tema Walt Disney dan satu lagi Lego. Maskot mereka juga berbeza malah Lego kita tak pernah tahu apa maskot dorang ni. Kedua USS dah lama bertapak tapi Legoland baru dibuka maksudnya fasilitinya juga kurang. Betul tak?

Berkenaan harga pulak aku malas nak bising. Cuma aku rasa Legoland terlampau panas maybe sebab pokok-pokok tak tumbuh lagi dan maybe dalam dua ke tiga tahun nanti suasana akan lebih nyaman. Harap-haraplah.

Ok aku sampai ke Legoland dalam kul 10.00am. Masa ni ramai sangat umat manusia beratur nak beli tiket dan nak masuk ke dalam Legoland. Okeh layan gambar jerlah...










No comments:

Post a Comment