Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Sunday, December 30, 2012

JPO dan Senibong - 15 September 2012


JPO dan Senibong ni merupakan persinggahan aku dan BFF sebelum menginjakkan kaki ke USS keesokkan hari. Kira-kira sambil menyelam minum air leni..

Aku dan BFF (Ain dan Zt) sampai ke Johor kira-kira jam 2.30 petang dan terus mencheck in kan diri di New York Hotel. Yerlah kene check ini dulu selepas selesai sesat round-round di bandar Johor. Aku memang tak pakar jalan-jalan di Johor tapi kalau tanya aku jalan di utara In Sya Allah, aku boleh tolong.. hehe

Selepas tu kami ke Plaza Angsana untuk menjamu selera. Ain yang jadi tukang bagi idea (kampungnya disini) tapi dia tak tahu arah kesana.. hehehe..apalagi sesatla kami untuk kali ke berapa..
Di Plaza Angsana kami makan mee rebus dan otak-otak yang popular di Johor. Wah sedapnya bukan main sampai sekarang aku masih teringat-ingat otak-otak tu. Menurut Ain, keluarganya suka menempah otak-otak disitu bila ada sebarang keraian..

Usai kami makan dan sesi menukar wang, kami menuju ke syurga shopping iaitu JPO.. weeeee.... Aku idaklah bershopping. BFF aku jer yang bershopping dan aku menengok dorang.
Sebenarnya aku penah pergi ke JPO ni tapi biasalah kalau orang bawa malas nak amik port. Dok sebelah dan ikut jer.. So kami sesat lagi.. hahaha

Kami tiba di JPO pada jam 6.30 petang dan remang-remang senja memang dah menampakkan warnanya..

Setel aktiviti membeli dan membelah, kami tuju ke Senibung lak. Aduyai sesat larat lagi. Leh dikatakan kami pusing jalan yang sama hampir tiga kali.. Hehe.. Padahal aku dah penah sampai kesini.. Tapi hasil yang kami dapat? wah jumpa seafood untuk memenuhkan tabung kami. Haha... Sedap..marveles.. tapi macam biasa sebab esok public holiday kebanyakan kedai full house. Nasib baik dapat juga tempat akhirnya



footnote: err banyak sangat entry tertunggak, kena buang penyakit M ni..

No comments:

Post a Comment