Ya dengan melanggan Netflix aku dapat mengikuti filem-filem yang selama ini aku banyak tertinggal. Hehe
Aku bukanlah penonton drama tegar, filem tegar malah bukanlah pengikit setia KD Drama. Sepanjang musim covid ni lah barulah berpeluang nak menonton filem-filem lama-lama. Antara filem yang jadi pilihan aku untuk direviewkan ialah Sang Pemimpi
Bagi saya, saya terkesan dengan watak jiwa besar Habibie. Kalaulah ramai orang sebegitu. Bestnya. Ingin melihat bangsanya maju, tidak terpengaruh dengan wang ringgit dan wanita. Tapi susah jika sorang saja berusaha untuk melihat bangsanya maju. Mereka perlukan kerjasama. Seperti sekarang, kita bekerjasama membasmi COVID19, insya Allah virus ni akan pergi. Jika sorang saja tidak berjaya.
Aku bukanlah penonton drama tegar, filem tegar malah bukanlah pengikit setia KD Drama. Sepanjang musim covid ni lah barulah berpeluang nak menonton filem-filem lama-lama. Antara filem yang jadi pilihan aku untuk direviewkan ialah Sang Pemimpi
Sang Pemimpi (2009) merupakan kesinabungan filem Laskar Pelangi. Filem ini menceritakan mengenai Ikal dan saudara sepupunya, Arai, serta sahabatnya, Jimbron, pada usia remaja, dan mengisahkan mengenai anak remaja yang mencari identiti diri pada usia 17 tahun.
Watak Ikal seorang yang pendiam yang banyak berfikir tapi lebih suka menjadi pengikut. Arai seorang anak yatim piatu yang diambil ayah Ikal disebuah pulau. Ia bersifat menjadi ketua dan tahu arah tujunya. Dan Jimbron pula mempunyai minat yang tinggi terhadap kuda. Mereka belajar di SMA yang sama dan sementara itu bekerja demi mengejar cita-cita mereka iaitu ke Eropah untuk sambung belajar. Ketiganya berusaha untuk mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi.
Saya suka quote ni. Ia diucapkan semasa cikgu Mustar memjuk Ikal yang merajuk tidak mahu kesekolah di jeti kapal. Ia sampai untuk saya. Sebab saya gemar bermimpi tapi dalam masa yang sama cuba meraihnya.
Kalau mahu bermimpi yang tinggi, bermimpilah. Tapi kamu harus yakin mimpi itu dan temukan jalan terbaik untuk meraihnya.
Lokasi filem ini di Belitung. Aku sudah lama bermimpi nak kesana. Bukan sebab nak tempat pengambaran dan bukan sebab lautnya. Tapi ingin mendengar cara percakapan mereka yang lain dari bahasa Indonesia sebenar. Anehkan? Harapnya Covid19 ni cepat menjauh. Aku ada tiket kesana. Harap-harap dipermudahkan.
Ini adalah kisah tentang mencari pasangan jiwa seseorang. Kisah tentang mencari cinta pertama dan cinta terakhir. Cerita tentang presiden ketiga Indonesia dan isterinya. Kisah tentang Habibie dan Ainun. Rudy Habibie adalah seorang jenius dalam pesawat udara dan dia mempunyai impian besar. Dia mengabdikan hidupnya ke Indonesia dengan membina pesawat dalam menyatukan Indonesia.
Sementara itu, Ainun adalah seorang doktor muda dan pandai yang mempunyai kerjaya yang indah di hadapannya. Pada tahun 1962, dua orang rakan dari sekolah menengah yang sama sebelum ini, bertemu lagi di Bandung. Habibie terus jatuh cinta dengan Ainun yang mmanis seperti gula. Tetapi Ainun bukan sahaja jatuh cinta, dia mempunyai kepercayaan dan keyakinan dalam visi dan impiannya. Mereka berkahwin dan berpindah ke Jerman. Mempunyai mimpi dengan niat untuk menjadi kenyataan tidak pernah mudah. Mereka berdua tahu itu. Cinta mereka semakin kuat dalam perjalanan merealisasikan impian mereka. Iklim sejuk di Jerman, pengorbanan, kesakitan, kesepian dan godaan kekayaan dan kekuasaan ketika mereka kembali ke Indonesia menanam kehidupan mereka sebagai satu. Kepada Habibie, Ainun adalah segalanya. Dia adalah epal matanya. Kepada Ainun, Habibie bermaksud segala-galanya. Dia adalah cintakan hidupnya. Walau bagaimanapun, semua cerita mempunyai pengakhiran, setiap mimpi mempunyai batasannya. Dan pada satu ketika, pasangan jiwa sedar; adakah cinta mereka akan terus kekal?
sumber wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Habibie_%26_AinunBagi saya, saya terkesan dengan watak jiwa besar Habibie. Kalaulah ramai orang sebegitu. Bestnya. Ingin melihat bangsanya maju, tidak terpengaruh dengan wang ringgit dan wanita. Tapi susah jika sorang saja berusaha untuk melihat bangsanya maju. Mereka perlukan kerjasama. Seperti sekarang, kita bekerjasama membasmi COVID19, insya Allah virus ni akan pergi. Jika sorang saja tidak berjaya.
Cerita lain yang saya tonton tidak kurang hebatnya. Tapi yang agak-agak membosankan saya terus skip jer. Banyak pula KD Drama dalam netflix ni. Hmmm
Comments
Post a Comment