Skip to main content

Mungkin kisah 100 tahun sekali!


Permulaan tahun 2020 yang amat berat sekali. aku rasa aku wajib menyimpannya untuk tatapan sendiri. Agar tak lupa agar tak hanyut.


Tidak pernah terjadi satu dunia perlu stay at home atau berkurung dalam rumah. Di Malaysia  bermula 16 Mac 2020 (pkp - perintah kawalan pergerakan) kemudian (pkpd -perintah kawalan pergerakan diperketatkan bagi sesetengah kawasan). Hari ni dah masuk hari ke 16 (siri kedua hari kedua PKP) rakyat Malaysia berkurung dalam rumah sehingga 13 April 2020 atau diberitahu kelak.
PKPD juga telah dijalankan dibeberapa kawasan.
antara PKP dan kemudiannya PKPD

Mula-mula kerajaan Malaysia suruh rakyat Malaysia berkurung dalam rumah hanya 14 hari dan peritah itu disambungkan lagi untuk break the chain (memutuskan rantaian virus yang super jahat) ke 14 hari lagi. Ramai mengeluh rupanya. Tapi untuk mematikan virus tu dari terus menyerang inilah ubat terbaik. Kerana vaksinnya masih belum dijumpai. Doktor-doktor diseluruh dunia hanya pakai ubat mengikut 'try n error'. Andai kata pesakit tak mampu bertahan dengan ubat tu, cuba ubat lain. Gitulah try and error demer. Dah nak buat camne, vaksin takde lagi. So stay at home untuk break the chain.

Yang sering diulang-ulang ialah. Harap-harap semua ingatlah.. Kalau tak ingat jugak kene buat kajian lain lak.Hehehe

  1. Cuci tangan sekerap mungkin (guna hand sanitizer jika tiada air dan sabun jika ada sumber air). Ia untuk mematikan kuman tu. Tapi kalau duduk rumah pakai sabun saja dah mencukupi.
  2. Elakkan tangan dari kena mulut,hidung dan mata. Sebab virus tu terus ke kerongkong dan menyerang paru-paru. Dan perlu diingatkan pesakit kritikal berpeluang lebih mudah mendapat sakit ni.
  3. Jaga jarak antara satu sama lain sekurang-kurangnya 1 meter. Elakkan aktiviti bersentuhan lah sebenarnya. 
  4. Awasi temperature badan sendiri. Jika demam segera ke hospital. Jika ada simptom terus ke hospital. Kita tak tahu dengan siapa kita berhubung. Betul tak.
  5. Pakai mask untuk melindungi diri sendiri. Yeah ni aku yang cakap. Tapi sebaiknya macam tu. Prevention is much better than cure. Giteew
  6. Paling penting STAY AT HOME.








Aku tak sure info ni betul ke tak. Just share.





Jangan tanya aku solution digunakan dinegara lain. Aku tak tahu sebab negara maju pun terus meningkat jumlah pesakitnya. Ni info aku dapat (1 April 2020) dari apps Outbreak.my. Yang tetiba muncul dalam hp aku. Oklah info-infonya berharga bagi aku.

info 1 April 2020. Dulu China mendahului sekarang US



Apakah Coronavirus? 
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). 

Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. 

Sejarah Coronavirus sebelum ini, adakah pernah berlaku dan apakah pengalaman KKM menangani masalah ini? 
Coronavirus atau COVID-19 adalah virus corona yang baru dan KKM sentiasa berhubung dengan pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempelajari characteristic and behavior virus ini. KKM dan badan-badan kesihatan dunia semuanya tiada pengalaman menangani virus COVID-19 ini, walaubagaimana pun KKM mempunyai pengalaman menangani virus lain dalam kumpulan ini seperti SARS dan MERS CoV. Dalam menangani kluster atau wabak jangkitan SARS dan MERS CoV, pematuhan kepada prinsip kesihatan awam yang ketat serta pengawalan jangkitan telah membolehkan kluster atau wabak penyakit tersebut dihentikan. Pihak KKM yakin dengan mengamalkan prinsip yang sama kita akan berjaya menangani kluster jangkitan COVID-19 ini. 

Bagaimanakah coronavirus 2019 (COVID-19) merebak? 
Cara penularan Coronavirus (COVID-19) masih belum dikenalpasti. Walau bagaimanapun jangkitan daripada manusia kepada manusia yang lain telah disahkan berlaku. KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemaskini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.


hasil pengogglean. Ni mungkin di Wuhan

 Ni antara sejarah awal Covid 19 ni
Pandemik COVID-19 2019-20, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus 2019–2020 ialah wabak penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2).[3][4] Wabak ini pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandaraya WuhanHubei China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.[5] Sehingga 20 Mac, lebih daripada 246,000 kes COVID-19 telah dilaporkan dalam sekurang-kurangnya 180 negara dan wilayah, menyebabkan lebih daripada 10,000 kematian dan 87,000 pulih.[6] Pada 13 Mac WHO mengumumkan bahawa Eropah telah menjadi pusat baru pandemik.[7]
Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin.[8][9][10] Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerim tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul.[11] Masa antara pendedahan dan permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari.[10][12] Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas.[10][12] Komplikasi mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut. Pada masa ini tiada vaksin atau rawatan antiviral tertentu; Usaha terdiri daripada pengurangan simtom dan terapi sokongan. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), dan pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang mengesyaki mereka dijangkiti.[9][10][13]
Usaha untuk mencegah penyebaran termasuk sekatan perjalanan, kuarantin, pengurungan, penangguhan acara dan pembatalan, dan penutupan kemudahan. Ini termasuk kuarantin Hubei, kuarantin seluruh negara ItaliSepanyolPerancisRepublik Czech, dan Jerman,[14][15] langkah-langkah pengurungan di China dan Korea Selatan,[16][17][18] pelbagai penutupan sempadan atau sekatan penumpang yang masuk,[19][20] saringan di lapangan terbang dan stesen kereta api,[21] dan nasihat perjalanan mengenai kawasan dengan penghantaran komuniti.[22][23][24][25][26] Sekolah dan universiti ditutup sama ada secara nasional atau tempatan di sekurang-kurangnya 115 buah negara, yang menjejaskan lebih daripada 1.6 bilion pelajar.[27]
Pandemik ini telah membawa kepada gangguan sosioekonomi global,[28] penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan, keagamaan dan kesukanan,[29] dan ketakutan yang meluas dalam kekurangan bekalan yang telah mendorong pembelian panik.[30][31] Teori maklumat palsu dan teori konspirasi mengenai virus itu telah tersebar secara dalam talian,[32][33] dan terdapat insiden xenofobia dan perkauman terhadap orang Cina dan orang Timur atau Asia Tenggara lain.[34]


ok setel pasal sejarah CoVid-19

Apa yang kerajaan buat masa pandemik ni?? BANYAK!
Kerajaan tahu rakyat Malaysia bukan semua mewah, kaya dan hade-hade. Jadi mereka wujudkan macam-macam bantuan utnuk rakyat. Ramai terkesan akibat pandemik dan perintah kawalan pergerakan ini. Kerajaan beri bantuan antaranya

  1. Mysalam - Insuran https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=intro_BM
  2. Bantuan Prihatin Nasional 
  3. Pengeluaran KWSP RM 500 sebulan selama 6 bulan https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari
  4. Bank-bank termasuk PTPTN diarahkan tidak mengutip bayaran sepanjang 6 bulan kepada penghutang kecuali hutang Credit Card dan LPPSA. Namun siapa yang ada duit lebih dibolehkan membayar hutang tu.
  5. IKS-iks pun turut dibantu . Konglomerat seperti TNB, air, talian telefon bimbit pun ada bagi pengurangan caj dan pakej-pakej yang menarik untuk membuatkan orang ramai stay at home.
  6. apa lagi yea bolehlah tambah













Sebenarnya dunia sedang berperang juga dengan masalah Kemelesetan Ekonomi. Malaysia juga contohnya mengalami penurunan minyak. Tak pernah dalam sejarah minyak sampai RM 1.44 (tahun 2020)
Dividen ASB,ASB2 semua turun. Nangis. ASB 2 aku cuma 4.75% dari 6% tahun lepas.
Konglomerat banyak gulung tikar.Setakat harini adalah beberapa yang gulung tikar. Nanti share lagi







Ekceli masa COVID19 ni kita (Malaysia)sedang celaru politiknya. Langkah Sheraton, Tetiba ada perdana menteri interim dan kerajaan 9 bulan (PH). Eh aku bukan nak berpolitik yea.

Saja simpan untuk tatapan masa depan.
Masa pandemik tu (bulan feb 2020) menyaksikan Dr Dzulkefly Ahmad betul-betul bertungkus lumus. Sedang Malaysia masih dengan masalah politik yang sebelum ni tiada. Mungkin kena dengan tajuk post kali ni. Mungkin kisah 100 tahun sekali.

Jadi tak salah aku simpan ia sebagai ingatan.

stay at home gaess.. kikiki

ada banyak masa, marilah kita baca.. :)

Anyway, 100 thousand thanks pada frontliner semua. Kami duduk dirumah bersama-sama family, tapi anda bertungkus lumus untuk mengawal virus ni. Kami hanya mampu duduk rumah untuk break the chain. TQ


Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad