Skip to main content

Selamat Hari Raya Aidilfitri

gambar google


Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Maaf Zahir dan Batin.
Maaf jika bersikap sedingin Akinabalu
Maaf jika perbuatan setegas mak tiri yang rebel
Maaf jika kata-kata setajam batu Bukit Tabur
Maaf jika terdrama seperti Tiger Leaping Gorge
Maaf jika terbongkak seperti dalam filem ibu mertuaku  
Maaf jika menjadi lalang seperti pemancing-pemancing undi pilihanraya


Sudah hari raya keberapa baru aku sempat wish dalam blog ni. Kekangan masa dan line sangat mencemburui aku. 

Aku bersyukur bulan ni aku menginjak ke satu lagi angka (macik tuwee), aku bersyukur apa yang kurancang semasa bulan puasa menjadi. Alhamdulillah. Aku bersyukur atas semua kurniaanMu Ya Allah. Yang baik itu sesungguhnya dari Allah dan yang buruk itu semestinya dari saya hamba yang sering terkhilaf dalam melakukan kesilapan.

Aku terkesan dengan lagu Fynn Jamal ni. Sayangilah family sebelum mereka pergi....



Air terlalu bersih tanda tiada ikan
Manusia terlalu mahu menang sendiri tanda tak punya teman
Manusia hidup tak perlu selalu memperdebatkan kebenaran.
Debat dengan keluarga, menang, kasih kekeluargaan pudar.
Debat dengan kekasih, menang, rasa cinta pun pudar.
Debat dengan teman, menang, persahabatan pun pudar.
Yang didebat kebenaran, yang dipertaruhkan hubungan batin. 
Yang luka diri sendiri.
Hitam tetaplah hitam
Putih tetaplah putih
Biarlah waktu yang membuktilkannya




Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan