Skip to main content

Land Of Persia Part 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Hari aku bermula di Shiraz Iran. Ali Reza dah menunggu aku tapi aku nak ambil sweet time aku dulu. Aku masih jetlag weh ko dah nak bawak aku jenjalan dah. Hihihi.. Ok jom tengok sekitar airport Shiraz ni. Takdelah beria-ria aku nak ambil gambar sebab masih dalam mood menyesuaikan diri. 


sunrise satu di Shiraz 
 Ali terus bawakku ke kedai apa ntah. Macam biasa sarapan mereka ialah roti ni. Besar juga bukaan roti ni ala-ala besar tayar lori besar dan mereka tak sediakan plastik untuk tapau tapi just bawak je dengan tangan. Huhuhu pasrah.. Ok salah satu perkara barukan.


Dicicah bersama  kuah dibawah ni/ Rasa ala-ala sup daging atau bubur lambuk berkacang hijau camtu yang pekat  dan tekstur macam agar-agar keras. Err tryla bayangkan. Aku sukakan rasa dia. Hampir separuh juga aku habiskan. Kalau cair gerenti aku hirup habiskan. 


ni kuahnya.  
 Si Ali ni bawa aku berpiknik di sini. Area Quran Gate Shiraz. Dorang memang suka piknik. Siap ada bawa tikar, teko air teh dan makanan. Sempoi jerkan piknik demer. Kira oklah aku ambil dia sebab aku bolehlah memahami serba sedikit tentang budaya Iran.



 Lepas breakfast, aku terus dibawa ke Persepolis. Autumn dan early winter nampak disini.

Persepolis.
Aku tak berhajat nak bercerita tentang sejarah-sejarah di Persepolis kerana aku telah sharekan dalam Instagram aku dd.izza (sila follow kalau nak baca sebab aku malas nak menaip balik) :P. Cukuplah aku share tiket masuk 200.000 Riyal Iran, tempat ni besar dan perlu hiking sedikit sebeberapa tempat termasuk ke area sebuah makam dan telaga. Tempat ni tinggalan sejarah dan merupakan salah satu tapak UNESCO di Iran. Aku rasa berbaloi masuk disini kerana ia beeesaar dan aku sendiri meluangkan masa hampir 2 jam disini. Kalau korang peminat sejarah terutama sejarah tingkatan enam, memang bestla  nak mengrevisi balik buku-buku Sejarah yang setebal alam tu. Hahahaha..  Dan sejarah Tingkatan Enam juga punca aku kesini.


Ali tidak masuk bersama aku kerana dia terlupa nak bawa pas guidenya. Aku actually lebih senang keseorangan. Sebab aku boleh meneliti setiap ceruk dan setiap binaan dengan lebih tenang. Sebab tu panggilan telefonnya tidak kuendahkan. Asyik tanya dia perlu masuk ke tak temankan aku. Kekeke Korang rasa? Faham ke tak faham aku belakang kira sebab aku boleh dapat info nanti. Tangkap gambar? Jangan risau, bawak jelah tongkat selfie. Nak hidupkan... :P




Disini ada stadium. Masa aku naik disini aku teringatkan collusem di Rom. Aish.. 

Di Persepolis ni juga aku masih nampak proses eskavasi (excavation) masih dilakukan. Nak je aku join sekali. Mahu kene halau keluar Iran. Hehehe

Kotak-kotak kecil tu dikatakan simpanan-simpanan kerajaan masa tu. Tapi dimusnahkan oleh Alexander The Great.
Mengenai Alexander The Great tu aku tak sure yang mana satu sebab dorang ni kalau korang perasan ramai nama seakan-akan jadi mungkin yang Alexander The Great yang dikatakan itu mungkin individu lain.

Aku mendaki sendirian disini perlahan-lahan. Memerhatikan sekeliling. Sesekali aku dengar gelak ketawa orang Malaysia. Eh kenal pulak aku gelak ketawa orang Malaysia :P .Aku rasakan aku berhalusinasi sebab jetlag. Sebab aku tak nampak sorang pun dekat bawah tu. Rupanya memang orang Malaysia. Disini aku mengenali traveller idola seperti Pertualangan Senja, KD Konah dan Suhana. Perghhhhhh.. Terasa hina bila follow IG mereka sebab banyak tempat mereka dah terjah. Iolls bagaikan mentimun jer.

mujur ada pembantu peribadi bolehlah bergambar. 

Ni salah satu makam
 Ukiran patung tu membawa maksud sendiri. Aku ada terangkan dalam Instagram aku. Hahahaha.. Terpromote pulak.


Adeh gaya maskulin pulak
 Tengok keputusan aku bawak windbreaker jer memang betul Woit berpeluh weh kat sini.




nilah Ali Reza. Somewhere antara Persepolis dan Necropolis

Necropolis
Aku tak berniat nak masuk ke sini. Tapi Ali tetap bawa kerana ia dekat jer. Bayaran masuk sama seperti di Persepolis (200.000 Riyal Iran) dan ia hanyalah kuburan, Ada 4 kuburan disini dan ia ditempatkan di atas bukit. Ia dikatakan untuk memastikan mayat selamat dari banjir dan musuh. Ia juga diibaratkan 'jiwa' untuk membantu raja seterusnya menjaga bandar dengan selamat.




Quran Gate. 
Aku tak sure apa yang ada disini. Cuma ia dikatakan lambang kita memasuki setiap bandar. Camtulah




Udara sedikit polluted.

Tasik Maharloo (Tasik Pink)
Kalau baca blog-blog tempatan takde yang share pasal tasik ni. Aku pun secara tak sengaja je terjumpa dalam hashtag di IG. Malangnya masa aku pergi, tasiknya kurang pink dan sedikit kering.Kalau pergi musim panas, haruslah cantik pinknya. Plankton-plankton dalam tasik timbul gamaknya. Tasik Pink ni antara punca aku terbang ke Shiraz. Yelah takkan nak tengok tasik pink di Australia atau Senegal pula. Hehehe

Gambar bawah ni ialah bukit garam. Aku tak nampak kilang pemprosesan garam disini. Hanya ada pejabat kecil jer disini.




Kering airnya.... Huhuhu
 Aku mengelilingi tasik ni selama aku mahu. Sebab Ali kembali ke kereta mengambil beg yang sengaja aku tinggalkan. Dalam hati berkata-kata juga habislah semua barang aku dalam tu. Buatnya ditinggalkan aku sehelai sepinggan disini. Mahu menangis aku kat sini. Sekali lagi aku careless dalam penjagaan barang sendiri. Namun nasib baik terus menyebelahi aku dibumi Iran ini. Dia tak meninggalkan aku. Hahahaha

Disini juga aku bertemu dengan beberapa group omputih dan Malaysia. Again pelbagai nasihat dititipkan padaku. Insya Allah aku akan cuba berhati-hati.




Tips

1. Tak perlu beria bawak wet tissue sebab setiap toilet mereka ada pili air.
2. Aku tak tukar banyak wang di airport. Aku tukar dengan Ali Reza jer. Tukaran dia mestilah menguntungkan aku. Kikiki
3. Sesuatu menarik disini, Kebanyakan kedai bayar pakai card jer. Walaupun beli air mineral. Dan boleh dibuat oleh pembeli sendiri. Yang penting jujur. Hehe
5. Post sebelum ini aku pernah share tentang group FB See You In Iran. Yerp itu salah satu bahan rujukan aku. Tapi antara rujukan utama aku ialah Instagram. Gunakan saja hashtag yang berkaitan dan korang akan jumpa info tak disangka. Aku suka guna Instagram sebab info tak terlalu bersepah dan ia lebih teratur. Nak screencapture pun senang. Hihihi.. Blog pula ada juga aku gunakan kalau nak tahu tentang detail tempat tu. Lepas tu pandai-pandailah gunakan ankel pengira jarak (google maps) untuk mengira jarak dari satu tempat ke satu tempat. Dan berikan jarak masa yang panjang untuk jarak yang korang dapat tu. Oleh sebab ankel pengira masa pun dah tua. Jaraknya nampak pendek tapi keadaan sebenar biasanya lain.
6. Orang Iran ni sangatlah caring dengan korang baik lelaki atau perempuan dan boleh menyebabkan korang salah faham. Namun itu budaya mereka dan tetapkanlah niat korang mengembara untuk apa, kenapa dan mengapa. Andai terjumpa jodoh tu salah satu bonuslah untuk korang. TAPI aku tak sanggup sebab taknak meredah beribu-ribu kilometer untuk balik ke kampung. Hahaha... Walaupun orang lelaki Malaysia kurang romantik dari orang lelaki negara lain. Jangan marah aaaaaa.... :P


Till Then





Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan