Skip to main content

Ade Je Nih



Yes aku masih kekal bernyawa di bumi dan masih meneruskan aktiviti lagho aku iaitu jenjalan. Tapi taklah segempak orang lain setiap bulan travel merata benua. Benua yang aku terokai lebih pada negara jiran jer. Kikiki itu pun sudah syukur alhamdulillah.

Tapi tahun ini aku lebih kepada aktiviti outdoor. Mula menjebakkan diri sebab nak training Kinabalu (aku dah booking dan bayar semua) tapi takdir tak menentukan saya memijakkan kaki kesana. Mungkin ada hikmahnya. #nangisbucukatil

Aktiviti Hiking

Bukit Kutu + Camping Pertak (2h1m)
Bukit Kutu ni terletak di Kuala Kubu Bharu dan perlu permit untuk mendakinya. Aku rasa ia sepatutnya dipanggil Gunung Kutu sebab jarak dan ketinggianya. Disini ada chimney dan rumah penjajah British (rumah ni aku tak pergi).

Puncaknya di batu dan korang perlu meniti sedikit tangga untuk sampai ke puncak. Tapi janganlah lama-lama sebab ramai lagi tunggu giliran nak bergambar.

Aku sukakan treknya yang berapa pacak dan banyak landai. Err aku suggestkan  pakailah kasut yang bersesuaian kerana perlu melintas sungai dalam dua anak sungai (tak silap). 

Meh tonton gambar










Camping pula, kami dapat port yang best. Memang best camping disini dan sajian makanan kami sangat sedap sebab makcik kantin kami memang suka memasak. Tapi dialahlah pensyarah gunung kami jugak. TQ abam Lara bawak kami ke puncak dan jadi makcik kantin kami. Hahahaha






Gunung Nuang
Nama jer gunung,  tapi aku cuma nak sampai ke Rambut Rapunzel je di Dataran Pacat. Jika nak sampai puncak korang perlu mendaki dari jam 4 pagi (pace aku). So aku cuma dari starting-Trek Balak-Lolo-Pacat. Hahahah itupun separuh nyawa nak tercabut. Macam biasa abam Lara sweep aku. Yang lain, bernafas kuda, takleh ikut dorang. Hehehe.. 



asal si Farid tu?



Turun ke Lolo kami menunaikan apa yang tertunggak dan yang penting basahkan badan. Hihihi


Kalau nak tahu, inilah penanda aras hikers sekalian. Kalau dah sampai trek ni, maksudnya kita dah nak sampai ke pintu keramat Nuang. Dalam sejam lagi. Hahaha.. Penat seh nak sampai sini.
Teringat ada satu budak ni, muka handsome tahap model (aku tak kenal dia). Aku tanya la dik jauh lagi ke nak sampai pacat. Ntahlah kak, saya jalan-jalan tak sampai. Rasa dah jauh ni jalan. Rasa nak nangis je nih. Alololo comey hang dik. Hahahaha



Gunung Arong, Mersing
Bila Our Touch buat projek amal ke Gunung Arong, hati aku jadi meronta-ronta nak ke sana. Ada juga aku ajak beberapa orang pergi tapi jawapan mendukacitakan. Aku tetap meneruskan rancangan ke sana. Beli tiket bas ke  Mersing dan packing barang. Tapi Allah, menjanjikan yang terbaik. Hawa project manager untuk Gunung Arong whatsapp aku, katanya aku just naik dengan Shima yang kebetulan di KL. Aku pun apa lagi ok jerlah. Tiket bus memang burn la kan tapi aku kenal dengan kenalan baru.

Kami tiba di Telok Gorek, Chalet dan Campsite Resort dalam jam 2 pagi. Tengok lain perancangan aku tapi lain yang jadi. Telok Gorek ni bagi aku best sangat. Serius kalau buat aktiviti family day atau bercuti best. Boleh camping, ada dorm, ada resort dan sebagainya dalam satu pantai.

Kami start mendaki dalam jam 8 pagi dan setel dalam jam 11 pagi. Gunung Arong ni taklah tinggi mana tapi jadi wishlist aku sebab ia berlatar belakangkan laut. Pemandangan Laut China Selatan.

peserta cilik kami




nilah pemandangan yang aku nak tengok. 


Turun-turun ke pantai, kami meluangkan masa mengutip sampah. Awa akan drop aku ke Kluang dan Leha akan ambil aku ke Pontian. Hambik ko aku berjalan. 

Tetiba rasa malas pulak nak mengarang. 

Till Then








Comments

  1. salam singgah..eh kenapa tak dapat gi kinabalu? asalnya sy pun nak pergi 2015..tapi sebab gempa bumi tu yang cancel..tapi last2 dpt gak merealisasikan tahun 2016... insya allah u can make it to akinabalu one day ! amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Takdapat cuti. Padahal semua dah dibayar. Nak buat camne saya yang menurut perintah. :,(

      Delete
    2. allahu..dapat refund tak? ke cari pengganti? insya allah akan ada lagi peluang tu..amin

      Delete
  2. xdpt penganti sebab last minit. takpelah #sistabah

    ReplyDelete
  3. Dah x mampu nk mendaki dah skrg..dah tua! Ejheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM....
      Baru perasan komen nih.. Jom jumpa membawang.. hehehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Blog travel ke blog pertanian

Saya sudah bertukar minat mungkin. Saya lebih fokus pada projek pertanian saya diatas tanah sekangkang kera. Memandangkan tidak ramai share tentang info-info pertanian baiklah saya share 0.1 persen info yang saya ada. ia juga jadi info untuk saya untuk hari-hari kemudian. Meh share sikit kenapa pertanian. Tak popular kot.  Minat kepada pertanian tercetus bila Malaysia banjir besar 2014. Percutian di Korea tak boleh buat saya bergembira risaukan pokok-pokok durian ratusan tahun terendam dek air banjir. Rumah sewa pun habis, rumah kampung habis. Habis ditenggelami air. Banjir surut saya segera periksa pokok-pokok durian tapi malangnya semua bagaikan sakit. Daun berguguran, dan ada saja dahan tumbang setiap hari. Bagaikan menanti rebah. Risaukan pokok rebah menimpa rumah tinggalan arwah ayah, saya dengan berat hati membenarkan pokok-pokok durian ditebang. Sobs. Pelbagai kecaman diterima masa tu. Saya redha. Hohoho Kalau nak tengok keadaan pokok durian tu leh zoom sikit gambar dibawah. Ada