Skip to main content

Ada Je Nih Part 2

Sambungan

Denai Puteri Kota Damansara
Selepas Arong, aku meluangkan masa ke Denai Puteri Kota Damansara pula. Tapi bukan dalam minggu yang berturut-turut la. Macam biasa aku berdating dengan Abam Lara. Group wasap aku semua nak ke Nuang bercamping. Aku lak ada keje pada hari Ahad. So kenelah switch tempat yang senang dan tidak memerlukan masa yang terlalu banyak.

Kami memulakan perjalanan dalam renyai-renyai hujan. Pada mulanya kami diikuti dengan seorang budak lelaki ni. Tapi disebabkan keslowan aku, dia pun bukak langkah panjang selepas beberapa puluh minit ikut aku. Kikiki..

Trek Denai Puteri Kota Damansara ni agak berbelit-belit dan mengelirukan walaupun ada maps. Sebab warna trek yang digunakan agak sama iaitu biru cair, biru pekat, ungu dan sebagainya. Jadi kalau tak perhatikan betul-betul boleh ke jalan asal.


Aku sebenarnya masa ni kedemaman. Hmm hujan tambah demam bersatu baik sekali. Jadi aku makin slow bila melangkah. Nasib baiklah sweeper tu tak bising. Hahaha Sori Kalara. Perjalanan memakan masa juga kerana sesat barat dan treknya jauh tapi taklah berapa tinggi. Anda dijalan yang benar apabila nampak highway dari puncak.

Mehla tonton gambar. Mana tahu ada rezeki, korang sampai ke sini pula.



Aku sukakan trek ni. Ia dijaga sebaiknya oleh penduduk disini. Kelestariannya terjaga.

Bukit Batu Putih
Musim puasa dah tiba. Hiking semua perlu dihentikan untuk menghormati bulan Ramadhan dan menjaga kesihatan diri sendiri. Tapi bila Kalara open trip ke Bukit Batu Putih, Port Dickson aku pun oklah. Niat aku nak merasa pengalaman camping disana. Hiking? Big no untuk aku yang pancit ni.

Tapi ada juga beberapa kawan aku tetap hiking Bukit Batu Putih tengah panas rembang tu. Dorang nafas kuda, iols ni nafas siput harus sedar diri. Hahaha

Ini merupakan tahun ketiga Kalara buat trip camping di Bukit Batu Putih. Aku pula first time join mereka. 4 perempuan dan 4 lelaki. Kebanyakan dalam group ni aku kenal kecuali Huzer dan Naqila.

Dari pintu masuk Tanjung Tuan, PD, korang perlu mendaftar dan bayar RM 1. Jalan-jalan ke atas sedikit dan ada trek kecil menurun ke kanan.  Dari situ korang kene turun sampai nampak laut. Kami setup fly dan tempat hemok. Hati kecil aku kurang berkenan tidur dalam fly tapi alhamdulillah Kalara bawa hemok untuk aku. Buat masa ni aku memang tak pernah tidur bawah fly lagi. Khemah atau hemok saja pernah aku rasa.








Kami berbuka puasa dengan bekalan kami yang dibeli siap-siap.

nah gambar sunset satu


Malam kami menghabiskan masa bersembang dan bersembang sambil makcik kantin memasak fries.  Sebelum tidur, aku sempat tertangkap bisnes besar. Syukur alhamdulillah. Semoga ia terus kekal.


Tapi tidur kami diganggu dengan ketibaan ribut. Mereka suh kami berpindah ke dalam fly. Krik-krik.... Nasib baik Huzer bawa khemah, jadi bolehlah aku menumpang khemahnya dan dia tidur bawah fly. Kikiki..

Jam 5 pagi, kami dikejut untuk bersahur.


Gunung Nuang
Selepas raya, minggu pertama kami buat gila dengan menaiki Nuang. Rindu bau hutan katanya. Tapi masing-masing nak ke Lolo saja. Masa ni tak ramai orang. Yerlah semua sibuk beropen house kiteorang sibuk berNuang. Hehehe

Tak banyak gambar kami ambil sebab Nuang ni dah pernah pergi. Yang pastinya, aku sedikit kepelikan bila semua tudung-tudung kami keluar asap. Macam kami pergi main ski pula. Hihi


Gunung Irau
Plan ke Irau ni antara suggestion aku. Dan alhamdulillah dapat direalisasikan dalam tahun ni walaupun slot ke Irau penuh. Tahniah kalara dan bang Tholib sebab dapat slot tu. Dengan hantaran sebanyak RM 70 seorang sahaja kami dapat permit, jeep dan penginapan. Trip ni trip kawan-kawan yan jadi guide dan sweeper adalah kami-kami juga.

Seramai 15 orang peserta dapat meluangkan masa menyertai hiking Irau ni. Mula-mua pembahagian car pool berjalan lancar tapi menjadi pening  sedikit apabila Anne terpaksa menarik diri dari aktiviti ini. Sebabnya? Beliau kehilangan seseorang yang amat dikasihinya. Alfatihah untuk Fatah.

Jadi aku menyelit dalam kereta Farid. Farid, Aku, Kak Liza dan Kak Suze. Dalam hati habislah dorang ni semua napas kuda. Kene tinggallah gamaknya. Hahaha... Kami sampai di Brinchang dalam jam 2 pagi, dan sempatlah melepaskan lelah di Masjid Brinchang. Dan start hiking dalam jam 7.30 pagi selepas report polis dibuat.

Report polis dan permit perlu dibuat  ya kawan-kawan. Jangan suka-suka nak naik tanpa ini. Kita tak tahu bahaya didepan yang menunggu.

Jom tengok gambar

penginapan kami.. ehem-ehem
Sebelum memulakan pendakian. Semua bersih, harum dan sebagainya.. hahaha








Sepanjang pendakian kami







Terlebih suka gambar ni. Penampakan ray of light dia.. kikiki 

 besarkan lagi gambo ni.




















jumpa dengan  lejen gunung Pak Syed.




Sampai jugak ditempat yang diangankan

Sebenarnya dalam kepala otak aku, aku nak sampai sini saja. Sebab aku sakit. Period pain yang menggila. Rupanya hot spot ni dah dekat sangat ke puncak. So nak taknak aku teruskan juga langkah ke sana. Sakitnya tuhan yang tahu. Pinggang rasa macam dah patah masa tu.

zoom sikit



sorilah saya ter'riak' sedikit dengan lokasi Lord Of The Ring ni




Finally, kami semua sampai.
Kami semua sampai disini. Yeay
 
Sakit pinggang!! Nangis!

Perjalanan turun kami




 
Mini Irau kami berhenti sebentar melepaskan lelah dan menunaikan apa yang tertunggak. Aku melepaskan lelah sekejab. Tapi masa nak turun, jeng-jeng jeng........

Aku nampak wajah seseorang yang tak nak kujumpa. Kenapa disini? Why? Why? Tetiba tantrum datang dan cepat-cepat aku turun ke bawah. Tapi trek Irau ni lebih berselut masa turun tau. Puas ku elak puas ku tepis namun terpijak juga. So bila kasut dah tak nampak rupa kasut, langkahku slow kembali. Mujur Farid ada temankan. Pada Farid, ku suruh dia temani aku. Risau meredah remang senja keseorangan dan badan sedang kotor. Iraukan misty sikit. Hehehe. Terima kasih Farid sebab temankan. Seeloknya berteman jika keluar lewat senja, kerana kabusnya saja boleh memesongkan langkah. Ini terjadi pada kami.

Kami semua keluar dalam jam 8 malam. Suasana memang suram dan misty ya. Seseorang tu dengan groupnya tak tahulah keluar jam berapa. Nak kata ambil pakej sunrise tak mungkin, nak kata nak tengok sunset ntahlah. Hehehe.

Kami terus dihantar ke balai bomba tempat penginapan kami. Sebenarnya ada 4 orang dah lama sampai ke jalan yang benar. Merekalah bernapaskan kuda tu. Naqila, Fuad, Kak Suze dan Kak Liza. Farid pulak nafas kuda tapi terpaksa tunggu aku. Sori beb.


tengoklah pakaian masing-masing...hahaha







Sakit kepala pula,
Bye

Till Then



 






Comments

  1. Nununv nuang plak! Cayalah izza..mmg terbaiklaa..i mampu tgk je laa 😬

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Blog travel ke blog pertanian

Saya sudah bertukar minat mungkin. Saya lebih fokus pada projek pertanian saya diatas tanah sekangkang kera. Memandangkan tidak ramai share tentang info-info pertanian baiklah saya share 0.1 persen info yang saya ada. ia juga jadi info untuk saya untuk hari-hari kemudian. Meh share sikit kenapa pertanian. Tak popular kot.  Minat kepada pertanian tercetus bila Malaysia banjir besar 2014. Percutian di Korea tak boleh buat saya bergembira risaukan pokok-pokok durian ratusan tahun terendam dek air banjir. Rumah sewa pun habis, rumah kampung habis. Habis ditenggelami air. Banjir surut saya segera periksa pokok-pokok durian tapi malangnya semua bagaikan sakit. Daun berguguran, dan ada saja dahan tumbang setiap hari. Bagaikan menanti rebah. Risaukan pokok rebah menimpa rumah tinggalan arwah ayah, saya dengan berat hati membenarkan pokok-pokok durian ditebang. Sobs. Pelbagai kecaman diterima masa tu. Saya redha. Hohoho Kalau nak tengok keadaan pokok durian tu leh zoom sikit gambar dibawah. Ada