Skip to main content

#‎MalaysiaBerkabung‬



Malam tu tempat ku bekerja mengadakan majlis berbuka puasa, solat terawih, bacaan Yassin dan tahlil. Aku duduk bersama rakan sekerjaku mengenang MH 370 dan mereka menceritakan tentang ketakutan menaiki kapal terbang. Puas kutepis ketakutan itu....

Menghampiri jam 12,whatsapp masuk bertalu-talu. Perkhabaran MH17 ditembak jatuh oleh pihak pemberontak. Kakakku dan adikku terkebil-kebil sebab memikirkan pesawat dari negara lain yang ditembak. Puas ku fahamkan mereka pula. Bagai bangun dari tidur, barulah mereka tersedar yang pesawat Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh. 

-----------------------------------


Hari ini Malaysia berkabung menyaksikan kepulangan 'mereka' yang dinanti.
Kepulangan yang tertangguh
Kepulangan 'mereka' disambut dengan penuh penghormatan 
dan 
Kepulangan 'mereka' hanyalah dalam bentuk sekujur jasad kaku. 



Salam takziah buat Keluarga Anak Kapal & Keluarga Penumpang MH17
Al-Fatihah kepada yang beragama Islam, semoga roh ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.
Rest In Peace kepada yang bukan beragama Islam. 

Keluarga berduka, kenalan berduka, Malaysia berduka malah laman sosial kebanyakannya berduka.  

Sedikit screen capture yang ingin kukongsikan disini.. Dan boleh membuatku berfikir berkali-kali.. Saya suka status mereka






 

Comments

  1. suka baca status FB 2 org sahabat di atas...entahlah..manusia skrg da je tak kena..Slam takziah dan al-fatiha kepada semua mangsa beragama islam. Alhamdulillah mereka selamat di semadikan dan semoga mereka bahagia di alam sana. Kita yg masih hidup sepatutnya lebih sedar dan muhasabah diri berapa byk amalan baik yg kita dah buat huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka baca status tu..
      kenkadang mencik bila org buat anggapan bukan2 pada mangsa. Sedangkan kita tak tahu bagaimana keadaan kita masa menghadapNya

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...