Skip to main content

Berjimba di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau (part 2)

Sampai saja di Semporna, aku terus call Kak Ros. Person in charge yang akan melayan kami. Driver van menghantar kami ke area Dragon Inn dan disitu terdapat pelbagai lodge/resort/chalet yang korang tempah. Kami mencari Sipadan Mabul Lodge yang letaknya belakang sedikit berbanding yang lain untuk menanti bot ke Mabul.

Sementara menanti bot ke Mabul, aku dan Laila ke pasar basah membeli sotong untuk barbeque. Sempatlah meresapi/melihat budaya/sambutan Regatta Lepa.

Regatta Lepa ni macam acara/sambutan tahunan untuk orang Bajau Laut. Err aku nak cerita lebih-lebih takut salah info. Apa kata korang google. Yang pasti, aku sempat melihat sampan-sampan masyarakat Bajau Laut berhias dan diserikan dengan muzik kebudayaan mereka. Kami bernasib baik dapat melihat sedikit sambutan Regatta Lepa yang disambut pada 24 April-28 April 2014 lalu.

Semporna di masa kami tiba
-Padat dengan pelbagai kaum yang keluar untuk melihat perayaan. Masa ni agak terkedu sikit sebab nampak macam-macam gaya orang berpakaian keluar. Baju penuh labuci ditengah hari.. Wow hangat. Hehehe.. Pengsan!
-Cuaca panas kering
-Jeti umum sesak dengan bot dan orang

Aku sempat tangkap beberapa gambar Lepa (bot) sebelum berangkat ke Pulau Mabul.






Bot sampai kami pun apalagi MABUL, MU TUNGGU AKU DATANG!!

Sampai di Sipadan Mabul Lodge, kami diberikan bilik dan rezeki kami terlebih apabila diberikan bilik berekon. Puh sejuk sikit.

Untungnya berurusan dengan Kak Ros ialah semua kemahuan kami beliau turuti. Hehehe... Dia memang jaga kami betul-betul. Saya bagi 5 bintang sebab layanan terbaik walaupun lokasi Sipadan Mabul Lodge ni taklah berapa cantik. Sebab menghadap kampung air yang yerrrkkss.

Asalnya makanan habis dan tukang masak dah balik ke rumah, kami kelaparan dan dialah memasakkan untuk kami. Yerlah takkan sampai-sampai dah nak buat macam dapur sendirikan. Tak gitu? Takpe Kak Ros, lepas ni dapur kami akan guna sebaik mungkin. Kikiki

Selepas makan, kami dibawa bersnoorkel di Paradise 1. Huhu tak padan dengan perut kenyang, badan letih tapi demi memenuhi tuntutan kami, kak Ros bawa kami. Menarik juga disini mereka (warga Sipadan Mabul Lodge) sangat menjaga kami tau. Kalau tak tahu berenang, tolong tarikkan (akulah tu), tolong tangkapkan gambar kami. Senang cerita kami dilayan bagaikan raja.

Meh layan gambo yang kurang/tak berapa sharp sebab kamera underwater Si A juga dicuri.

Dragon Inn
Dalam Dragon Inn ni ada beberapa tarikan. Korang boleh google dan kalau agak-agak tak sempat nak bershopping FM/t-shirt ke dekat pekan Semporna (ade Giant u'ools) korang boleh shopping dalam Dragon Inn.


Jetty fee RM 2.


Uncle Chang Lodge. Cantik kan? Apsal banyak review kata tak cantik?

KAMI!!




Sebelum makan malam, kite layan sunset dulu. Hehe.. Bolehlah dari takde..


Aktiviti malam pula, kami dibawa bersiar-siar ke sekitar  Pulau Mabul antaranya Sipadan Water Village. Hasilnya.. Yer kami mampu bermimpi dan berangan bahawasanya nanti disuatu masa kami bercuti di resort ini. Lepas phenchen katanya baru merasa. Hahaha... Insya Allah..

Thanks korang sebab sudi menjoinkan diri.. =)

p/s: Perjalanan balik ke tempat penginapan, kami melalui tanah perkuburan. Peliknya ada yang berteleku di atas tanah perkuburan itu. Hehehehe......... ngeeee ngeee... Si A cakap manusia la...


Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan