Skip to main content

Bangkok - Gunakan semua yang ada di Bangkok Part1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ok hari ni kami bercita-cita menakluk Maeklong Market dan Floating Market. Inilah salah satu punca aku menyertai perjalanan kali ini


hostel kami
Perjalanan kami hari ini sangat panjang sampai tak terduga dek akal. Hahaha. Sampai satu tahap aku cadangkan ambillah van supaya senang tapi ada sebab kenapa kami pilih jalan susah. Ya kami akan ke Maeklong Market yang jauhnya 80 km dari bandar Bangkok. Kalau ikutkan apalah sangatkan 80km tu kalau naik kereta tapi kan kami pilih public transport jadi bertabahlah baca kisahku. Ahaks..

Perjalanan kami pagi itu bermula dengan sarapan pagi. Pesan Nani dan Anne, makan puas-puas sebab perjalanan panjang hari ni. Seperti biasa nasi segera (Nasegera) jadi juadah kami, mushroom soup dan coklat. Dan kemudian kami melangkah ke Stesen Surasak (10 minit perjalanan) dari hostel kami.

Sampai-sampai distesen, aku sempat melirik pada kertas yang ditampal tapi sengaja di'ignore' sebab aku mana faham bahasa cacing kerawit (Bahasa Thai). Macam pelik tak ada orang naik. Sampai di atas, pintu masuk BTS dipalang. Tanya punya tanya dengan segala isyarat digunakan, rupanya hari ni BTS SHUTDOWN! Wow!! Shutdown?? Dan mereka tak tahu bila BTS akan start beroperasi semula. Kami jadi blank disitu. Seriusly, bas dan motor penuh dengan orang masa tu. Jalan pun boleh tahan jem masa tu. Aku cadangkan Nani call hostel tanya cara lain ke Maeklong Market tapi mungkin susah untuk berkomunikasi, kami decide kembali ke hostel semula untuk tanya cara lain ke Maeklong Market.

Balik ke hostel dengan bantuan receptionist disana, Nani dan Anne berusaha memahami cara lain ke Maeklong Market dengan menaiki ferry. Rupanya dekat jer kalau kami mahu naik ferry cuma caranya berbeza. Ha tulah tajuk aku kali ni, gunakan semua yang ada di Bangkok. Hehehhe.. tu baru ferry yer..

perjalanan mencari Jetty Sathorm Pier
 

Dari hostel kami berjalan kaki ke Thaksin Bridge mencari jeti Sathorm Pier Chao Phraya Jetty. Perjalanan dalam 20 minit macam tu tapi oklah sebab cuaca tak berapa panas dan banyak kedai-kedai untuk aku cuci mata. Hehehe.. Nak bagi direction aku dah ingat-ingat lupa tapi korang boleh tanya jetty Sathorm Pier Choa Phraya. Orang sana akan membantu. Sampai jer ke jetty kami cakapkan kami mahu ke seberang (3.5 baht) sempatlah menghilangkan penat dan ambil angin sepoi-sepoi bahasa. Ala ibarat naik ferry dekat Penang bezanya ferry di Penang besar dan muat kereta. Ini muat orang dan motor saja.

 

 

 

Sungai Choa Phraya


Sampai ke seberang, kami berjalan kaki ke arah main road dan kami naik tuk-tuk yang kebetulan lalu disitu. Bagi tahu tujuan kami ialah Wong Wian Yai Stesen dan dia angguk pastu bagitahu harga bayarannya. Mahu je aku ketuk kepala dia bila asyik angguk-angguk. Kikiki... Rupanya jauh juga tuk-tuk ni bawa kami berjalan dan berhentikan kami ditepi roundabout yang besar. Dia bagi isyarat turun ke bawah then ke seberang sana. Siap buat bunyi tau. Kikiki
roundabout yang kami tawaf
 Apalagi berpusingla kami di roundabout tu. Tanya orang sana sini. Tapi jawapannya macam jauh. Kami teruskan jer ikut kaki berjalan. Bila dah jauh berjalan, tapi bayang stesen kereta api pun kami tak jumpa akhirnya aku nekad tanya pakcik gerai ni. Siap tunjuk gambar keretapi sebab masalah bahasa gitu. Ha, ambik ko dia lukiskan map untuk aku. Hehehehe. Tapi kami tetap lost. Akhirnya Anne nampak juga signboard pujaan kami hari ini.


Mana tidaknya. Wong Wian Yai tu kedudukannya memang tersorok dan ia merupakan stesen terakhir. Memang tak nampak stesennya jika dari jalan besar. Hebat tak penemuan kami hari ini? Sessi kembangkan lubang hidung jab. Kikiki...


Mana kereta api?
makannan lunch kami
kereta api sampai!!
    
 Dari Wong Wian Yai ke Maha Chai (10 baht). Hujung ke hujung stesen gitu. Sempatlah tidur barang sejam dua. Stesen Maha Chai ni merupakan stesen yang berhampiran dengan pasar seafood yang besar. Keluar jer stesen, mata dan hidung dijamu dengan seafood. Seriusly, sotong,udang dan lain-lain lagi semua besar-besar. Nampak sedap. Balik nanti kami decide nak singgah.

Kemudian kami perlu menaiki ferry ke seberang untuk ke Stesen Banlaem untuk ke Maeklong (hujung ke hujung juga). Sila pengsan!. Tambang dalam 3.0 baht.

Turun feri dan kami ke stesen Banlaem dalam 10 minit perjalanan. Masa ni aku dah rasa penat. Sandal sempatlah juga merosakkan dirinya. Hahaha.. Dan agak mendukacitakan bila tiba disana rupanya kereta api dah lepas sebab dah ada new timetable untuk stesen itu.



 
 

Bayangkan baru half day kami dah
-jalan kaki (ber KM2)
-naik feri Chao Phraya
-naik tuk-tuk
-naik kereta api Wong Wian Chai --> Maha Chai
-naik feri ke Banlaem 
dan akhirnya misi gagal sebab ada new timetable ke Maeklong Market

Masa ni, Anne dah cakap kita tak sempat ke Floating Market. Puh aku sanggup lepaskan yang floating market asalkan Maeklong Market dapat pergi.

Kami kembali ke area pasar seafood di seberang dengan menaiki ferry. Mula-mula kami blur. Aku cadangkan naik van tapi kami tak jumpa dengan stesen van dan hanya teksi saja yang mahu bawa kami ke Maeklong Market. Mula-mula semua teksi tak mahu layan kami. Semua larikan diri.

Aku keluarkan satu kertas yang mengandungi tulisan cacing kerawit (Maeklong Market). Ha barulah pakcik teksi ni nak melayan kami. Harga pula kami discuss guna telefon. Pakcik teksi tu tak reti nak terangkan, aku suspek anak dia (translator) yang bercakap dengan kami. Hehehe.. Apa-apa jerlah pakcik asal kami sampai tempat idaman. Boleh gitu?

Ibarat bercakap ayam dengan itik Itulah kami semua bila dengan pakcik tu. Pakcik cakap bahasa Thai dan kami bahasa Melayu. Janji angguk-angguk geleng-geleng. Mungkin inilah kenapa Thailand digelar dengan Land of Smile. Hehehehe

Perjalanan masih jauh tau. Masuk highway keluar highway gitu. Dalam 1 jam jugaklah kami berhimpit dalam teksi tu. Akhirnya pakcik tu berhentikan teksi ni disatu tempat. Sekali lagi kami blur. Jenuhlah pakcik tu terangkan sambil keluar teksi untuk tunjuk signboard. Puh sampai juga kami disini. Sampai je disini, Anne dan Nani terus ke kaunter tiket untuk beli tiket kereta api pulang melalui Banlaem.



 Sementara tunggu kerete api sampai, kami sempatlah meninjau kawasan disini.
Apa yang menarik disini?
Boleh tunggu sambungan tak?? Hihihi

Comments

  1. Perjalanan korang ke maeklong market tu mmg mencabar betul kan hayoooo baca pun dh seram tu belum sampai lg ek, next! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. khen.. Demi Maeklong Market kuturutkan jua..
      Pengsan

      Delete
  2. tak sabar nak tau perkembangan selanjutnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Nieda, sy dah bt part baru pasal Maeklong. Puh hari yang panjang betul

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan