Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Thursday, May 22, 2014

Bangkok - Don Muang, Hostel, Bajet Dan Lain-lain

Puh akhirnya sampai ke part last tapi mungkin part paling panjang dan paling bosan. Semua aku masukkan dalam part ni sebab malas nak buat part lain. Banyak lagi entry menunggu benornya
-Vietnam
-Jakarta Bandung
-Medan
-Mabul
-Cameron Highlands
-Air Terjun Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

puh ada lagi tak yang aku luper? Pengsan....

Okeh lepas makan di Restoren  Jovian Cilipadi, kami semua mengemas ambil beg dihostel Mile Map sebab kami tinggalkan beg disana sebelum check out tadi. Aku sempat bertanyakan cara ke Don Mueang dengan menggunakan BTS/ Bas. Caranya senang tapi disebabkan aku akan keseorangan nanti rakanku nampaknya tidak bersetuju dengan pilihanku. Sayang rupanya mereka padaku. Hahaha.. Sebenarnya aku akan menaiki belon Everyone Can Fly (Air Asia) dan mereka bertiga pula akan menaiki MAS.

Kami memulakan perjalanan dengan menaiki BTS di Surasak dan bakal berpisah di stesen Silom. Sebelum berpisah pelbagai amanat sempat dititipkan padaku. Aku meneruskan perjalanan sampai ke Stesen Mo Chit dan mengambil bas ke Don Mueang.  Disana korang boleh turun ke jalan besar dan tuju ke bas stop yang ramai-ramai orang tu. Kalau tak sure korang boleh tanya pada pak guard. Aku decide nak ambil bas 510 atau Bus 29. Leh tengok disini. Jangan risau bas ke airport sangat banyak dan kadang kala aku biarkan jer bas tu berlalu sebelum naik. Ambil mood katanya. Aku naik bas no. 29 yang beraircond.  Macam rapid KL basnya. Korang boleh pilih sama ada nak turun diseberang jalan atau didepan pintu airport tu sendiri. Aku agak-agak dah sampai airport, aku ambil keputusan turun diseberang jalan sebab saja nak tengok stesen keretapi yang menghubungkan Don Mueang dengan Hua Lamphong. Tapi kerabunan mengatasi segalanya.

Aku tiba di airport dalam jam 10.30 malam. Sekali lagi aku blur sebab keseorangan. Nak tidur dimana? Nak sembahyang dimana? Nak buat apa?

Mula-mula aku melepakkan diri dibalai ketibaan domestik tapi kurang best sebab orang keluar masuk menanti teksi airport jadi aku bertukar ke balai menunggu ditingkat atas. Disini aku nampak surau. Parking beg dan tunaikan apa yang patut. Selepas selesai semuanya aku melayari internet dan sempat menyeru Irdhi tanya dia dimana. Ingatkan dia masih di Siam Reap rupanya dia pun di airport ini. Jadi malam aku tidak keboringan. Berkongsi pelbagai cerita sampai lewat malam. Hahaha.. Sebab Irdhi ada disini? Hahaha biarlah jadi rahsia dia.


Selepas subuh, aku meninggalkan Don Muang yang memberi pengalaman baru padaku. Irdhi pula akan meneruskan pencariannya di Bangkok sehari lagi sebelum pulang ke Indonesia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Meh nak cerita tentang hostel yang aku pernah menginap selama berbackpack di Thailand. Pada pandangan aku hostel yang kami hinggap semuanya ok sahaja dan please...please jangan anggap kami menginap di hostel ayam-ayam. Aku pernah mendengar ala dia tu bercuti bajet bolehlah pergi sana sini. Yerp memang bajet tapi puas hati. Boleh gitu?
 




Hostel
Di Kanchanaburi
VN Guesthouse
44 Rongheeb Oil Rd. 2
Amphoe Muang, Kanchanaburi
Phone: +66 (0) 3451 4082
Email: info@vnguesthouse.net
Website: www.vnguesthouse.net

Kebaikan 
-Murah
-Kemudahan asas dalam bilik semua ada kecuali televisyen
-Boleh merasa duduk atas tasik.Tempat tinggal atas rakit gitu. Bila bot lalu, kita akan terasa tempat tinggal kita berkocak sikit
-Ada sediakan pakej tempat-tempat menarik sekitar Kanchanaburi
-Owner dia sanggup ambil kami dari terminal van menggunakan tuk-tuk
-Tandas dalam bilik

-Keburukan
-Jauh dari pekan. Perlu naik tuk-tuk jika mahu ke pekan (20 baht)
err itu jer kot
----------------------



Sangkhalaburi
Coffee Berry Guesthouse 700 baht
93 Moo 3 Samprasop Road T. Nongloo
Sangkhlaburi
Phone: +66 84 802 9811
Website: http://www.coffeeberrysangklaburi.com

Kebaikan/kelainan
-Banyak guna barang recycle. CANTIK!!
-Owner baik sangat. Sanggup ambil dan hantar kami
-Kemudahan asas dalam bilik semua ada kecuali televisyen
-Ada khemah kecil diatas roof top. Kalau nak berdiskusi/berkhemah macam best jer. 
-Ada sediakan tempat BBQ 
-Ada mini cafe kalau nak menjamu tekak
-Tandas dalam bilik

-Keburukan
-Sedikit mahal berbanding hostel lain di Sangkhalaburi

----------------------------------



Sangkhalaburi 
P. Guesthouse (1000 baht- bilik dan pakej)
81/2 Moo1. Tumbom Nonglu
Sangkhlaburi
Phone: 66 (0) 81 450 2783, 66 (0) 3459 5061 
Website: http://www.p-guesthouse.com/home.html


Kebaikan/kelainan
-Banyak guna peralatan dari batu/kayu/tulang binatang. Hihihi
-Owner agak friendly
-Ada restoren kalau nak menjamu tekak
-Sediakan pakej (boleh tengok laman web dia)
-Lokasi sangat cantik untuk tengok sunset
-Berhampiran sungai 
-Tripadvisor
-Landskap cantik

-Keburukan
-Agak jauh dari pekan dan jika mahu ke pekan perlu berjalan kaki. Perkhidmatan sewa motor ada tapi ada had masa
-Tandas kongsi

 ----------------------------



Bangkok
Mile Map Hostel
36, Pan Rd, 
Silom, Bang Rak, Bangkok
Phone: +66 2 635 1212


Kebaikan/kelainan
-Bilik besar (4 orang)
-Receptionist friendly
-Ada restoren Malaysia berhampiran dengan hostel ini semasa kami kesana. Sekarang dah tak de.
-Sediakan pelbagai pakej tour. Tanya dengan receptionist
-Berhampiran stesen BTS Surasak
-Berhampiran dengan kemudahan asas dan paling penting 7 Eleven :P
-Ada rooftop kalau nak berdiskusi. Tapi malam Krismas penuh mat saleh sambut Krismas
-Ada perkhidmatan mencuci baju

-Keburukan
-Perlu naik tangga jika ke tingkat atas. Erk... bagi aku bukan keburukan pun cuma beritahu jer.
-Tandas kongsi

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bajet untuk 9 hari berkelana di bumi Siam
Aku habis RM 900 (pakej/hostel/makan/minum/shopping/transport dan lain-lain)
Tiket Flight RM 320.00
 

6 comments:

  1. Murah tu Izza..all in tidak termasuk tiket flight RM900 je tuk 9 hari..mmg betul2 budget traveller lah..siapa ckp perlu duit byk baru boleh travel kan..ni ha dh ada bukti pun..

    JM yg akan ke bangkok 6 hari je..booking hotel utk 5 mlm dh RM570..tu belum include makan, shopping, transport segala bagai lagi..waduhh..mmg tak pandai buat budget lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin murah sebab kami banyak gunakan public transport sebagai pengangkutan utama kami. Dan paling penting saya tak banyak shopping =)

      Delete
  2. Ok kagum dgn Izza punya budget. Jadi budget rm100 seharilah yea..

    Hostel pun mmg nampak cantik tak mcm rumah ayam pun. Org dengki mmg suka cakap mcm2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Jea. Best baca blog Jea terutama pasal Tasik Meromiktik, Penang. Tingin nak ke sana nanti. Yerp ke Bangkok bajet kami dalam RM 100 sehari/pax..

      Delete
  3. Selamat tak pergi kalau group 2-3 org perempuan je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat cuma perlu kentalkan hati dan kene study lebih kalau nak bekpek..

      Delete