Skip to main content

Kembara poket nipis kembali bersidang part 5

Ekceli plan asal kami ke Bintan hari ni. Tapi kekangan masa dan uang memaksa kami kami stay di Batam saja dan pulang waktu petang nanti. Tiket ferry pula open ticket so no hal kami nak balik pukul berapa. Yerp open ticket yang membuatkan kami tidak berhati-hati dan masing-masing yang tidak peka dengan masa pulang. Apa susah tiketkan sudah ada..  Hihihi

Dalam pukul 9 pagi kami check out, letak beg di kaunter dan cari kedai makan sekitar hotel namun semuanya masih belum buka dan was-was. So menerusi  pertolongan ankle gugel, Mentari Shopping Complex khabarnya ada telekung-telekung Indonesia so bolehlah kami membunuh masa.

Hah, mulalah aksi menahan angkutan yang sanggup membawa kami ke Mentari Shopping Complex di Jodoh Satu (err kalau x silap). Bayaran dikenakan 2000 rp/pax. Sampai-sampai jer disana sedeh sebab nampaknya kami orang terawal nak buka kedai. Lepaklah kejab depan main entrance dia dalam setengah jam. Bukak-buka jer pintu terus kami serbu kedai makan Best Batam Fried Chicken (BFC). Mau terkejut pekerja tu tengok hasil order  kami. Macam 10 hari tak makan. Kikiki..

Best Fried Chicken ni ala-ala KFC tapi ada hidangan tambahan macam pecel lele, ayam penyet dan lain-lain. Oklah masakan dan harga dia..

Sekali lagi kami membunuh masa di sini tapi nan hado yang kami cari jadi kami sepakat ke spa sekali lagi di area Nagoya Hills. Hahaha.. Memang bukan poket nipis lagi ni. Pengsan! Rawatan memanjakan diri masing-masing dalam 3 jam. Masing-masing rawatan dalam lingkungan RM 60. Oklah kot untuk rawatan sebegitu rupa.

Dalam pukul 5 selepas habis rawatan kami ambil bag dihotel dan tahan teksi untuk ke jetty. Ha masa nilah kami baru teringat nak tengok jadual feri kami. Ah!!! problem. Feri terakhir akan berlepas dalam masa 15 minit lagi!!! Macam mana ni? Dahlah jalan macet. Sungguhla kami paksa pakcik teksi agar pandu laju supaya cepat sampai ke jetty. Mujur juga pakcik bekerjasama. Duit rupiah kusedekahkan padanya kerana membantu. Yerlah aku esok kerja dan yang lain-lain perlu ke airport awal pagi.

Berlari-lari anak amazing race aku sampai aku hampir jatuh di escalator. Jatuh bangun sendiri pastu lari lagi ke bahagian imigresen. Kastam disana cakap kami perlu check in dulu. Waaaa..lari lagi ke kaunter tiket. Sampai di kaunter, hampa!! Kaunter dah tutup dan ferry dah berlepas!! Ah sudah........

Akhirnya disebabkan perlu kerja, Akukan pekerja berhemah sanggup datang kerja walaupun penat dan tak dihargai.. hehe meluah rasa jab. Kami sepakat ambil tiket ferry dari Batam ke Singapura.



Meh aku quotekan sesuatu dari page Pengembara Poket Nipis. Sesuatu yang lahir yang hati aku juga rupanya Awa pun sama....
 
Sebelum ini, saya pernah menaiki feri ke Langkawi dan Pangkor. Isnin lepas saya menaiki feri ke Batam. Ketiga-tiga pengalaman saya tu, keadaan ferinya sama. Buruk, lusuh dan sedikit berbau. Saya fikir - agaknya mana-mana feri pon sama. Saya tiada perasaan apa-apa. Suka tidak, benci pon tidak. Saya menerima seadanya.

Oleh kerana hal yang tak dapat dielakkan, pulang dari Batam, saya tidak berferi k
e Johor sebaliknya ke Singapura. Saya terkesima dengan keadaan feri Singapura. Bersih, kemas dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Lalu saya pon mula mempersoalkan, buruk, lusuh dan hapaknya feri Johor-Batam.

Begitulah, jika kita hanya membataskan kehidupan hanya sekitar lingkungan kita. Walaupun kita buruk dan lusuh, kita anggapnya perkara biasa. Kita menerimanya tanpa banyak soal dan semakin hari kita terbiasa dengan keadaan tersebut. Walhal, orang lain sudah maju kehadapan.

Oleh itu kawan-kawan, mengembaralah! lihat kehidupan diluar lingkungan kita. Supaya kita dapat mengadili hidup kita dengan lebih baik. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Betul pengalaman yang berbeza. Ferrynya cantik dan bersih. Seatnya kemas dan teratur..Bahkan terminalnya juga cantik bagi pandanganku. Seperti airport yang baru siap.





Tiba di Singapura macam biasa kami ambil MRT ke stesen Kranji dan ambil bas kuning dari Kranji ke JB Sentral. Puh tak sah perjalanan ku kalau tak melalui perjalanan yang panjang. Huhu nasib bertabah.

Dari JB Sentral pula Awa hantarku ke stesen bas larkin dan bermula perjalananku menaiki bas ke Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan. Aku tiba di TBS kira-kira jam 5 pagi dan pukul 7 aku gagahkan diri bekerja. Gagahkan? Gagahkan?
Huhuhu



Comments

  1. nape tak naik SBS 160? tu langsung ke Larkin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahu ambil kereta kawan yang diparking dkt dgn jetty The Zon

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan