Skip to main content

Kota Kinabalu part 3

Kebanyakan blog-blog yang aku lawati banyak mengatakan waktu terbaik untuk melihat puncak Gunung Kinabalu ialah masa awal subuh iaitu dalam pukul 4 - 5 pagi. Tapi udara nyaman disitu membuatkan aku dan yang lain terus menarik selimut. Serius aku suka suasana sebegini. Lari daripada masalah yang entah apa-apa.

Aku bangun dalam pukul 6 pagi. Cuaca memang sejuk giler lah tapi aku tak mahu lepaskan peluang nak tangkap gambar sekeliling hotel kami. Ya walaupun hotel murah dan bajet tapikan ia berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang tersergam gagah dibelakang Kundasang Inn cuma biasalah aku dapat bilik bawah jadi zink-zink rumah penduduk disana turut menghiasi gambarku.


Dalam jam 8 pagi kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring Ranau, Sabah. Aku memilih untuk kesini dulu kerana aku dapat info yang disini banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Ya info tu memang betul. Dan paling penting tak sia-sia kami berjalan hampir 2 jam dari Kundasang Inn. Perjalanan macam biasa naik gunung turun gunung jumpa pula pekan Ranau lepas tu barulah jumpa dengan Poring Hot Spring. Wah terima kasih pada Mr GPS yang tak henti-henti menasihati kami. Hahahaha...

Oh ya, part sebelum ni aku cakap jalan di sini banyak luka-lukakan? Ya memang tapi pihak berkuasa tempatan juga berusaha menaik taraf jalan mereka. Tapi aku sangat puji dengan kemantapan kerja mereka. Yerlah, semalam buat kerja di jalan sebelum ke Gunung Kinabalu tapi hari ni dah sampai ke Ranau. Wah mantap! Lagi satu mereka buat jalan, korek dan turap balik jadi jalan tu tahan lama berbanding di KL terutamanya selalu tampal jer jalan tu. Jadi luka balik. Eh cerita pasal jalan tar pula. :P

Setel parking kereta, perkara yang aku suka dan selalu buat ialah ambil gambar map dan info. 



Ni sekitar Poring Hot Spring.
Dulu aku rasa mereka pakai jambatan ni tapi mungkin sudah dinaik taraf ke jambatan batu untuk memudahkan pengunjung.


Mula-mula kita akan jumpa swimming pool ni. Amacam best tak? Swimming pool ni boleh mandi manda tau. Kalau tak silap ia adalah free. Disini juga disediakan swimming pool macam ni, bilik mandi tertutup dan kolam mandi terbuka dan boleh kawal air keluar masuk. Kolam air panas pula tidak dibenarkan mandi. Tapi itu pun dah cukup penuh aktiviti satu hari. Hehehehe.. Meh tengok gambar...



bilik mandi tertutup. ada bayaran dikenakan

Ni kolam air panas. Tapi tidak dibenarkan mandi

Yang ni dibenarkan untuk mandi..
Lepas tu kita akan jumpa beberapa attraction seperti taman rama-rama dan sebagainya tapi kami skip sebab nak ke canopy walkway. Info tentang Poring Hot Spring ni leh didapati disini.  Hah! Nak jumpa canopy walkway ni memerlukan stamina yang tinggi sebab kene mendaki sedikit. Kalau orang yang mudah pancit macam aku ni cepatlah penat tapi kalau orang berstamina kejab jer sampai. Tengoklah sampai kat pondok ni jaket dah dibuka.

.

Sebenarnya kami tiba awal dari pengunjung-pengunjung di atas tu tapi kami bagi mereka naik dulu. Sebab? Sebab takutlah! Hahah rasa tak secure jer naik walkway tu dahlah ia diikat dengan tali je. Wah nak turun balik........... (TT) Hilang macho kejab. =P

Tapi kutahan jebat sebab seganlah pulak turun balik ke bawah sedangkan group tadi orang-orang tua. Selamba jer lalu jambatan goyang tuh.



Gambar kat atas ni control macho padahal hati dup dap dup dap.. Sebab orang belakang nu jalan, jambatan goyang. Takut jambatan putus... Hahaha

Selepas turun dari canopy walkway tu, kami berpecah. Ada yang nak mandi-manda dan kami memilih nak mencari air terjun Kipungit. Sebenarnya ada dua air terjun disitu iaitu Air Terjun Kipungit dan Air Terjun Langanan. Tapi kami hanya sempat ke air terjun Kipungit saja.

Semasa kami tiba disana, bunga rafflesia sedang mengembang (sudah dua-tiga minggu) dan ia dijaga oleh orang perseorangan. Setiap pelawat dikenakan rm 20 bayaran masuk. Kami? Memang tidaklah nak masuk. Hihihi


Lepas tu kami ke Timpohan Gate dikaki gunung Kinabalu walaupun keadaan kereta Viva berbau hangit. Hihih... Yeay viva boleh, Malaysia boleh!! Timpohan gate ni merupakan pintu yang menghubungkan pendaki dengan Gunung Kinabalu. angin sejuk menerpa.. Bestnyeeeeee


Info 

Kalau sudah ke Timpohan Gate, jangan lepaskan peluang ke pondok Layang-Layang jarak 1 km dari Timpohan Gate. Dengan bayaran RM 5, aku dah beranilah mengaku yang aku dah jejak gunung Kinabalu walaupun tak naik hingga ke puncak. Dalam sana korang leh nampak porter (tukang angkat bag), pendaki, air terjun dan lain-lain lagi. Tapi kalau kesini dinasihatkan agar pakai pakaian berjogging sebab kalau pakai seluar jeans macam kami yang seperti nak ke shopping kompleks ni memang lambatlah perjalanan kami.





Keluar dari Timpohan Gate, kami ternampak signboard ni. Err... apa lagi jom try Laila..










Hah ni view dia. Amacam gagah tak kami? berseluar jeans memanjat tangga dan batuan untuk lihat pemandangan ni.



Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Blog travel ke blog pertanian

Saya sudah bertukar minat mungkin. Saya lebih fokus pada projek pertanian saya diatas tanah sekangkang kera. Memandangkan tidak ramai share tentang info-info pertanian baiklah saya share 0.1 persen info yang saya ada. ia juga jadi info untuk saya untuk hari-hari kemudian. Meh share sikit kenapa pertanian. Tak popular kot.  Minat kepada pertanian tercetus bila Malaysia banjir besar 2014. Percutian di Korea tak boleh buat saya bergembira risaukan pokok-pokok durian ratusan tahun terendam dek air banjir. Rumah sewa pun habis, rumah kampung habis. Habis ditenggelami air. Banjir surut saya segera periksa pokok-pokok durian tapi malangnya semua bagaikan sakit. Daun berguguran, dan ada saja dahan tumbang setiap hari. Bagaikan menanti rebah. Risaukan pokok rebah menimpa rumah tinggalan arwah ayah, saya dengan berat hati membenarkan pokok-pokok durian ditebang. Sobs. Pelbagai kecaman diterima masa tu. Saya redha. Hohoho Kalau nak tengok keadaan pokok durian tu leh zoom sikit gambar dibawah. Ada