Sedikit update dari FB Rayani Air    Pelanggan yang budiman,   Kami pohon kemaafan kerana masih tidak  mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan  walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL  dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam  syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada  pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami.   Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen  memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami.    Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan  MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang  kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim  pengurusan baharu yang lebih baik.   Kami tidak boleh menjanjikan  tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah  obligasi kami terhad...
 
 
Comments
Post a Comment