Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Wednesday, March 20, 2013

Wang Bekerja Untuk Kita.. Bukan Kita Bekerja Untuk Wang

Aku nak share satu status yang aku rasa menarik untuk dikongsi.. Penjelasan ni aku rasakan lebih jelas mengenai buku Poor Dad, Rich Dad by Robert Kiyosaki.. penulis buku bestseller bahagian kewangan..


DSR tu nama tuan punya FB.. Kiranya penasihat kewangan.. 
Soalan :: DSR sering menyatakan jangan bekerja untuk wang. Habis tu nak kerja untuk apa? Bukan ke kita kerja untuk dapat gaji? Takkan nak buat kerja free jer?

Jawapan :: Saya tak cakap suruh buat kerja free. Maksud saya, kerja bersungguh-sungguh. Then dapat duit gaji jangan fikir nak belanja saja. Cepat-cepat tukarkan duit gaji yang kita dapat itu kepada asset yang memberikan cashflow kepada kita. Kita tak tahu sampai bila kita mampu bekerja keras atau berniaga. Ekonomi ni ada naik dan ada turun. Hidup kita juga ibarat pusingan roda. Kadang kita diatas dan kadang kita dibawah. Oleh itu perlu buat persiapan. Pastikan cashflow kita dapat menampung perbelanjaan bulanan kita. Inilah yang saya katakan ilmu duit.

So tepuk dada tanya selera.. nak buat apa dengan duit gaji kita??

No comments:

Post a Comment