Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Friday, November 9, 2012

Bukit Tinggi - 2nd Day

Memandangkan hari pertama kami keletihan...letih ker? ya Miza dan emaknya berehat dirumah manakala kami pergi berjalan-jalan dengan Hendry.. tidak banyak tempat yang sempat kami cover. Boleh dikatakan banyak masa terbuang ditengah jalan dan digunakan untuk bersopink....

Hari kedua kami berempat seawal pagi bersiap dan berjalan mengikut perancangan Aldi (tour guide kami).. Ekceli aku sebenarnya tidak menyukai apa yang dirancang tapi nak buwek camno dia saja yang memberikan harga yang murah walaupun hati meronta-ronta ke Maninjau...

Planning hari ini ialah ke rumah Hajah Rosma. Dengar cerita Hajah Rosma ini penyulam yang terkenal di Bukittinggi dan boleh dikatakan ramai pelajar belajar dengannya termasuk dari Malaysia. Kalau tidak silap 6 bulan diperlukan untuk belajar sulaman dengan bayaran yang ditetapkan termasuk penginapan, makan dan minum...

Sulaman disini sememangnya cantik-cantik dan teliti tapi harganya menyebabkan aku terlalu teliti untuk membeli... Hahaha...





 Persinggahan kami kedua di Tabek Patah pula. Tabek Patah ni merupakan tempat perusahaan kopi, pisang salai dan kerepek. Malangnya semasa kami sampai kilang (IKS) ini ditutup pada umum dan kami hanya sempat merasa kopi dengan kulit kayu manis saja..




Tempat ketiga yang kami singgah ialah Istana Pagar Ruyung. Pagar Ruyung ni berdasarkan pembacaan aku Pagarruyung ni merupakan istana diraja zaman dulu-dulu yang mendaulatkan adat Minangkabau. Maaf tiada info mengenainya dan sebenarnya aku sedikit kecewa dengan Istana Pagarruyung ni kerana tidak boleh dimasuki kerana masih dalam proses pembaikpulih. Kami hanya sempat bergambar diluar istana dan bergambar bersama bendi (kuda)...



 Perjalanan kami diteruskan ke Tasik Singkarak. Tasik terbesar di sini selepas Tasik Maninjau.. Erm maap tiada gambar yang boleh dikongsikan kerana kami kepenatan dan sebenarnya rasa tak berbaloi kesini kerana tasiknya biasa-biasa saja.. heheh.. Tapi tak dapat dinafikan yang tasik ni berombak dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Best cuma bagi aku biasa-biasa saja. Mungkin sudah capek

Selepas itu kami balik dan singgah di kedai yang menyajikan kuih apam nerako. Bagiku rasanya biasa-biasa saja tapi populer di Malaysia.Mungkin cara pembuatannya yang berbeza iaitu menggunakan api atas bawah untuk memasaknya maka jadilah kuih apam nerako (lempeng utk Malaysia)



Petangnya kami singgah ke Pasar Ateh untuk sessi bertemu peminat membeli belah..hehe





Malam.. aku dan Laila mengajak Henry makan bakso.. Ternyata walaupun kedainya bagai nak runtuh buruks.. tapi full house beb.. sangat sedap dan marveles.. Rp10000 untuk semangkuk bakso dan air. Sangat sedap kurasa. Kedudukan kedainya di belakang Hotel Nikita. Kalau berjalan kaki dalam 5-7 minit. Tapi kalau pergi malam kene cepat-cepat sebab kedai ni selalu sold out. Hehehe... 


No comments:

Post a Comment