Trip ni kami (aku dan Laila) rancang tahun lepas dan baru tahun ni beli tiket dan berjaya dilaksanakan pada bulan enam lepas. Hehehe macam biasa post aku semuanya pending-pending dan pending. Dasar pemalas gitu. Kami merancang berdua (Guangzhou) tapi kesudahannya trip kami bertukar kepada 20 orang. Hah ambik ko. Siapa nak handle ni? Sememangnya aku tak sanggup. Dah setaraf agensi travel dah ni. Pengsan!!! Dan kami mengambil flight ke Hong Kong dan balik melalui Guangzhou. Dah bertambah orang secara berjemaah, nak tak nak perlulah mecari pelbagai info yang menyenangkan kerja kami. Macam biasa task membook hostel kuserahkan pada Laila dan aku selebihnya dan dalam masa yang sama aku turut mencari travel ejen yang berpatutan. Ok disebabkan kami akan memasuki China, kami memerlukan visa.Korang boleh tengok di sini visa for China dan harga visa tapi laman web tu tak update alamatnya. Korang kena cari Bangunan 157 Hampshire Place berdekatan dengan JalanTun Razak dan Bangun...
Life bring Khabi Kushi Khabi Gham... When its end Na Tum Jano Na Hum... So lets do Masti together... Who is know Kal Ho Na Ho... When u need a friend May Hoo Na...