Tolong Klik Kalau Sayang Saya :)

Tuesday, November 29, 2011

Terengganu Nice Place

Percutian ke Terengganu tidak dirancang. Aku ke Kelantan bersama 2 kawanku (kak Linda & Laila) untuk menghadiri perkahwinan seorang teman rapat (Haida). Kemudian TERlajak ke Terengganu.
Disebabkan cuti ini tidak dirancang maka semuanya dibuat dlm 1 hari saja... Kami tak sempat cover pulau2 percutian yang indah di Terengganu... seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, dan sebagainya...
tapi sempatla cover Kuala Terengganu n Perkampungan Islam Hadhari..

Kami tiba di Kuala Terengganu pukul 10.30mlm.. Kami mula mencari bajet chalet, bajet hotel dan akhirnya kami dapat bajet Homestay.. RM 50/nite... Rumah 2 tingkat, tepi laut dan tempatnya nice sgt...tepi laut, dekat bandar dgn ada segala-gala kemudahan..
Homestay ni membolehkan org yg tiba mendadak menyewanya.. kalau tak silap aku ada 3 pasangan keluarga menyewanya.. mudah dan meringankan beban..

Keesokkan paginya kami ke Perkampungan Hadhari, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.. dengan bayaran lebih kurang RM 15..  dan kami diberikan PASSPORT untuk datang kali kedua dengan percuma...terujanya kami kerana disajikan dgn himpunan masjid-masjid terkenal diseluruh dunia... seperti Kaabah, Masjidil Haram, dll....semua masjid ni kita boleh sentuh, rasa dan ia dibuat dengan teliti.. sangat teliti OKE..

Citer banyak tak best..meh tgk gmbr...
maaplah gambar diambil dari kamera lama.. peneman setia sejak 2004 lagi.. tapi masih boleh berkhidmat sampai sekarang

Ni semua kat Taman Tamadun Islam... nak masuk sini










nanti upload gambar lagi.. internet slow.. hehe


Pastu kami menerjah ke Masjid Kristal.. cantiknya.. subhanallah...

Sedikit gambar di Kelantan...

No comments:

Post a Comment