Skip to main content

HCMC 3rd day

pssst..post ni dh lama tp termsk dlm draft aku.. haha..so enjoy.

Hari ketiga kuteruskan dgn menjelajah Chu Chi Tunnel (di Vietnam panggil Kuchi).. dlm 10USD
8.00 pagi aku bertolak ke tmpat check point menunggu pelancong2 lain dgn menaiki bas. 
Chu chi tunnel ni merupakan salah satu tempat wajib dilawati di Vietnam... Ia melambangkan salah satu momen zaman peperangan Vietnam menentang Amerika dan kesannya masih dirasai sampai kehari ini.


Perjalanan kami yang kebanyakannya disertai oleh pelancong asing (pelancong Malaysia dlm 2-3 org saja) diketuai oleh Alex. Erm Alex ni tourist guide yg bagus.. bahasa inggeris dia sgt2 bagus.. tak mcm tourist guide game over semalam.. hehe


Kebanyakan tourist guide ke Chu Chi Tunnel dikehendaki memakai uniform mereka iaitu pakaian perang dan selipar mereka. Nasib baik tak bawa senapang sekali.. hehe.. tp Alex mmg bawak sesuatu yg menyerupai senapang. ia gitar.. Alex menyanyi.. best betul tour guide nih
Di sini aku melihat pelbagai alatan kuno dorang gunakan untuk melepaskan diri. Vietnam memang kreatif n innovatif. Patutlah askar Amerika susah dan hampir-hampir menyerah kalah dengan Vietnam..


Perjalanan mengambil masa dlm 2 jam.. termasuk tunggu bus, singgah tpt handycraft (ini mcm acara wajib jer kan) n br sampai Chu chi Tunnel..
tpt handycraft..cr pemprosesan brg2 dorang
Sampai di entrance chu chi tunnel, pelawat dikenakan bayaran lain dlm 19k dong.. ampun kalau salah. Aku ni kalau figure mmg out sikit.. Sampai disana kami diterangkan tentang pembinaan terowong dan kenapa ia dibina.
entrance chu chi tunnel.. couple baju biru tuh smlm sama trip ngn aku.. kt mekong river


pintu masuk nya..
ramainya tourist..
penerangan sebelum berangkat ke terowong





antara terowong yg ada.. ada yg dibuka n ada yg ditutup krn faktor keselamatan


negara vietnam salah sebuah ngr komunis.. masih mengekalkan tinggalan sejarah mereka
Teruja beb sebab zaman tuh dorang boleh buat terowong dr Vietnam ke Hanoi dan ada lorong boleh sampai ke Kemboja untuk melarikan diri, ada kitchen, markas dorang, dll ala-ala sebuah rumah malah terowong dorang ni lengkap dengan pengudaraan n kumbahan. (Tetiba aku teringat sejarah Tamadun Dunia Form 6 ku, zaman Mesopotamia)... Untuk menyamarkan suasana n mengelirukan tentera Amerika, asap masakan mereka diletak dibawah busut dan hasil kumbahan dorang dialirkan ke sungai. 
Makan masa jugakla tentera Amerika nak kesan markas dorang ni. Markas dorang dikesan lepas anjing Amerika menghidu bau makanan yang dilepaskan di busut tadi..


alex menunjukkan cara nak masuk terowong...








minah omputih cuba masuk ke terowong.. aku pun try aper... best woo..paling best masa merangkak dlm terowong tetiba hp berbunyi.. wow..ade signal
















Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan