Skip to main content

Posts

Sunblock semasa berpeleseran ditepian pantai

PERHATIAN POST NI BUKANLAH IKLAN BERBAYAR, TAPI CUMA NAK SHARE PENGALAMAN JEK! Cer tengok gambar kat atas nu.. pakai kamera DSLR (Satu) 5 hari selepas aku balik dari Pulau Langkawi. Aktiviti utama yang merentungkan kulit ialah Island Hoping dan snoorkel Berdayang Senandung di Langkawi majlis perkahwinan ditempat yang sama..so pencahayaan sama, cuma pakai henpon saja (Dua) 4 hari selepas aku balik dari Krabi. Aktiviti utama yang merentungkan kulit ialah Island Hoping gak. Boleh baca kat  Berdayang Senandung di Krabi. Okeh untuk gambar 1, aku memang tak pakai apa-apa sunblock, foundation, bedak, atau semua yang bertulis ada SPF. Maksudnya aku redha, pasrah dan terpaksa membiarkan kulitku (padahal dah memang berwarna) menambahkan kegelapannya. Alasan utama ingatkan tak teruk sunburnnya di sana makanya peralatan yang bernama sunblock tidak kupandang. hehehe.. Gambar kedua dan ketiga, disebabkan perlu menjadi bridemaids untuk BFF ku Aznur Ain Adnan, aku rasa...

Amazing Thailand - Krabi Hari Ketiga - Petang

Ok settle pasal urusan check in di Adam Bungalow, kami terus membersihkan diri dan ingin menakluk Ao Nang dengan berjalan kaki. Kami berjalan kira-kira 1km untuk ke pantai Ao Nang. Sebenarnya kami merancang untuk makan-makan bersama kenalan yang baru dikenali disana namun kemudiannya kami berubah fikiran. Kenalan tersebut menyarankan kami ke restoren lagi sekali tak tau apa namanya . Tepi pantai Ao Nang (dalam 10 minit perjalanan) Katanya sedap. Perjalanan yang dekat bertambah lama kerana kami kerap kali berhenti mengambil gambar dan menukar duit. Wah betullah dikatakan Krabi adalah heaven omputih. Sini sana terlihat kelibat mereka bahkan ada jalan/lorong (macam bukit bintang) dikhaskan untuk mereka. Jika melalui lorong seperti Krabi tu, boleh dikatakan setiap kedai ialah disko,pub atau cafe.   Malah kedai-kedai yang kebanyakannya (bukan semua) berstatus halal turut menjual minuman keras. Kedai yang kami terjah pun sama ramainya omputih ni. Kami perlu menunggu l...

Next - Surobayo

Next destinasi aku selepas ini ialah Bromo. Wah terlalu awal nak perkatakan tentang trip ni. Tapi dah terujakan... gambar pacik gugel Aku mula mengenali Bromo lepas mengkaji mengenai Bukit Broga dan disitu aku terjumpa tentang info Bromo dan aku mula menyimpan cita-cita ingin ke sana. Pencarian aku berakhir bila aku terjumpa blogger yang mahu kesana dan aku akan ditemani lima orang blogger daripada seluruh pelusuk Malaysia. Aku cuma  berharap kesihatan aku mengizinkan aku menaklukinya.. Amin