Maapkan kemalasan aku.. Yerlah cerita bulan 5 tapi bulan 11 baru nak hapdate.. aje malas Iza ni.. Sebenarnya aku membeli 4 tiket ke Padang bernilah RM 159/return tapi apabila hampir tiba tarikh yang dinanti dua rakanku menarik diri kerana menghadiri majlis perkahwinan adik mereka. Sebenarnya inilah masalah jika beli tix awal dari Air Asia.. Tapi aku tidak menyalahkan mereka kerana bagiku family come first. Malah aku penah menarik diri apabila makku jatuh sakit (jantung) padahal sehari sebelum kami berlepas ke Bandung Indonesia. Dek kerana tidak mahu menanggung lebihan perbelanjaan yang agak tinggi (sbb balance boleh ku buat membeli belah) .. hehe.. aku mencari dan mencari seorang atau dua orang peneman.. dan alhamdulillah aku berjumpa dengannya. Miza dan ibunya penyelamat kami walaupun harga tiket yang dibelinya hampir RM400.. Sebenarnya sebelum berlepas ke sana, aku tidak tidur malam kerana risaukan kawan saya dari Kelantan. Bus masih di Gua Musang pada pukul 3 sedangkan waktu c...