Skip to main content

Amazing Thailand - Hadyai Pagi

Sebelum meninggalkan Krabi, kami sempat membeli belah makanan di 7 Eleven depan Adam Bungalow. Cuma ambil masa lebih sikit untuk memilih makanan berstatus halal. Sebenarnya 7 Eleven di Thailand lebih BEST!! hehe berbanding Malaysia cuma makanan berstatus halal agak kurang.

Perjalanan menuju ke Hadyai mengambil masa seperti tempoh hari lebih kurang empat jam dan dalam van kami dipenuhi dengan mat dan minah saleh dari Great Britain, Israel dll. Dorang tak tidur tapi asyik bercerita. Paling amaze yang sorang tu suka melawat ke Malaysia dan paling best (aku pun tak pernah pegi) deme dah pegi tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor weh dan tempat paling dia suka Cameron Highlands. Wah!

Ok sampai jer ke Hadyai kami didropkan depan Odeon. Kami sudahpun booking Tune Hotel jadi dengan tabah kami membanting beg mencari lokasi Tune Hotel. Mungkin sudah nasib ataupun memang kami suka berjalan kami menawaf sekeliling bangunan disitu mencari destinasi kami tapi rupanya dari Odeon kami perlu pandang ke belakang bukan jalan terus ke depan. Tak mengapalah sudah nasib. Hehe.. Kalau disini masalah bahasa menjadi masalah kami. Bagai bercakap kambing dengan ayam lah kami untuk mencari hotel. Tapi akhirnya jumpa juga dengan hotel yang kami tuju. Alhamdulillah.

Buat early check in dan rehatkan diri sejam dua. Besar juga Tune Hotel ni. Biasa Tune Hotel lain agak kecik.




pastu kami ke Ice Dome. Kami ambil van dengan tour yang ada di ruang legar Tune Hotel. Kami dicharge dengan harga RM 50 per van. Kira oklah kot. Tour tu kasi kami driver yang boleh berbahasa Patani. Memula kami dibawa ke kedai makan Muslim. Erm sedap juga makanan dia. Som Tam dia wow marveles, nasi ayam dia pergh sedap.. hehehe.. Harga bole tahan murah gak. Tapi sayang seribu kali sayang aku tak tau kat mana dan apa nama kedai ni. Kekeke



Pastu kami dibawa Ice Dome. Ice Dome ni macam kat I-City bahagian snowing snowing tu, dan macam kat Harbin, China. Masa kami pergi tu ada pameran Asean. Jadinya kami meluangkan banyak-banyak-banyak masa sampai beku kat bahagian Asean tu.
Jom tengok gambar

tempat beli tiket. tapi untuk foreigner beli tempat lain.  




Disebabkan kami dah beku kat tempat ASEAN tu kami pun sepakat keluar dengan harapan boleh masuk balik tapi hampeh. Takleh pandang belakang balik. So kami miss pemandangan laut, serangga-serangga yang chumil-chumil. Erm takperlah bukan rezeki kami.

Lepas tu kami dibawa ke satu tempat membeli belah kekacang dan pelbagai produk makanan Thailand. Hehe. Partner in crime beli aku lak nengok-nengok jer..


Pastu kami didropkan di pasar hari pertama kami sampai. Dan dari situ kami kene menapak balik ke hotel.
Sebenarnya kami ke pasar ni untuk mencari souvenir. Tapi mostly kedai dah nak tutup. Maka kami cuma dapat beberapa barang yang kami idamkan.

Oh ya semasa kami tukar duit dekat kedai bag disitu, kami mendapat berita yang pengebom yang mengebom hotel Lee Garden tahun lalu telah berjaya ditangkap. Puh! Berderau kejab darah ni..

Sebelum pulang ke hotel, kami minum air kelapa dulu sebelum memerah otak,keringat dan tenaga untuk mencari lokasi hotel kami. Kira hari tu kami menawaf pelbagai pasar basah dan pasar kering sebelum sampai ke hotel kami... puh siapa sanggup? Meh join kami... Wakakaka
 

Comments

  1. Tune Hotel in Hadyai is much bigger than other Tune Hotel kan? Besar betul bilik dia.

    ReplyDelete
  2. yes its true..kat Malaysia lagi kecil.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan