Skip to main content

Wang Bekerja Untuk Kita.. Bukan Kita Bekerja Untuk Wang

Aku nak share satu status yang aku rasa menarik untuk dikongsi.. Penjelasan ni aku rasakan lebih jelas mengenai buku Poor Dad, Rich Dad by Robert Kiyosaki.. penulis buku bestseller bahagian kewangan..


DSR tu nama tuan punya FB.. Kiranya penasihat kewangan.. 
Soalan :: DSR sering menyatakan jangan bekerja untuk wang. Habis tu nak kerja untuk apa? Bukan ke kita kerja untuk dapat gaji? Takkan nak buat kerja free jer?

Jawapan :: Saya tak cakap suruh buat kerja free. Maksud saya, kerja bersungguh-sungguh. Then dapat duit gaji jangan fikir nak belanja saja. Cepat-cepat tukarkan duit gaji yang kita dapat itu kepada asset yang memberikan cashflow kepada kita. Kita tak tahu sampai bila kita mampu bekerja keras atau berniaga. Ekonomi ni ada naik dan ada turun. Hidup kita juga ibarat pusingan roda. Kadang kita diatas dan kadang kita dibawah. Oleh itu perlu buat persiapan. Pastikan cashflow kita dapat menampung perbelanjaan bulanan kita. Inilah yang saya katakan ilmu duit.

So tepuk dada tanya selera.. nak buat apa dengan duit gaji kita??

Comments

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...