Ya dengan melanggan Netflix aku dapat mengikuti filem-filem yang selama ini aku banyak tertinggal. Hehe Aku bukanlah penonton drama tegar, filem tegar malah bukanlah pengikit setia KD Drama. Sepanjang musim covid ni lah barulah berpeluang nak menonton filem-filem lama-lama. Antara filem yang jadi pilihan aku untuk direviewkan ialah Sang Pemimpi Sang Pemimpi (2009) merupakan kesinabungan filem Laskar Pelangi . Filem ini menceritakan mengenai Ikal dan saudara sepupunya, Arai, serta sahabatnya, Jimbron, pada usia remaja, dan mengisahkan mengenai anak remaja yang mencari identiti diri pada usia 17 tahun . Watak Ikal seorang yang pendiam yang banyak berfikir tapi lebih suka menjadi pengikut. Arai seorang anak yatim piatu yang diambil ayah Ikal disebuah pulau. Ia bersifat menjadi ketua dan tahu arah tujunya. Dan Jimbron pula mempunyai minat yang tinggi terhadap kuda. Mereka belajar di SMA yang sama dan sementara itu bekerja demi mengejar cita-cita mereka iaitu ke Eropa...
Life bring Khabi Kushi Khabi Gham... When its end Na Tum Jano Na Hum... So lets do Masti together... Who is know Kal Ho Na Ho... When u need a friend May Hoo Na...