Skip to main content

Posts

Showing posts with the label jalan2

Surabaya - Kami datang, kami sentuh dan kami rasa keindahannya - Hari pertama

Pagi ni aku bertolak ke Surabaya dan seawal pukul 3.45 pagi aku dah tercongok di LCCT. Wah gigih nak berkembara sengsorang ke Surabaya. Travel buddies yang lain paling awal sampai dalam pukul 11 pagi.   -Drama pagi hari ni ialah hampir ditipo (tersilap mungkin) oleh cashier di kedai serbanika -Tengah-tengah sembahyang subuh dalam 5.45 pagi tertiber dah ada panggilan gate ke Surabaya dah buka... errrrrk!! Awalnya, patutnya 1 jam lagi.. -Tertiber perasaan takut menerjah bila melihat segerombolan 1 kapal terbang kot penumpang Indonesia untuk penerbangan ke Surabaya. Aku keseorangan.. Waaaaa .. Mulalah segala doa keluar.. Hehe -Tenangkan diri dan terus tido dalam kapal. Terjaga sekejab2 bila rimas dengan orang sebelah yang tak reti dok diam. Rupanya dia tak tahu mengikat seat belt dan isi arrival card. Dari Malaysia juga rupanya.. Selepas tolong dia aku sambung tido balik..  Dan maybe trafik kapal terbang super duper clear hari ni so aku safely landing dalam pukul 8.1...

Amazing Thailand - Hadyai Pagi

Sebelum meninggalkan Krabi, kami sempat membeli belah makanan di 7 Eleven depan Adam Bungalow. Cuma ambil masa lebih sikit untuk memilih makanan berstatus halal. Sebenarnya 7 Eleven di Thailand lebih BEST!! hehe berbanding Malaysia cuma makanan berstatus halal agak kurang. Perjalanan menuju ke Hadyai mengambil masa seperti tempoh hari lebih kurang empat jam dan dalam van kami dipenuhi dengan mat dan minah saleh dari Great Britain, Israel dll. Dorang tak tidur tapi asyik bercerita. Paling amaze yang sorang tu suka melawat ke Malaysia dan paling best (aku pun tak pernah pegi) deme dah pegi tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor weh dan tempat paling dia suka Cameron Highlands. Wah! Ok sampai jer ke Hadyai kami didropkan depan Odeon. Kami sudahpun booking Tune Hotel jadi dengan tabah kami membanting beg mencari lokasi Tune Hotel. Mungkin sudah nasib ataupun memang kami suka berjalan kami menawaf sekeliling bangunan disitu mencari destinasi kami tapi rupanya dari Odeon kami perlu pandan...

Amazing Thailand - Krabi Hari Ketiga - Petang

Ok settle pasal urusan check in di Adam Bungalow, kami terus membersihkan diri dan ingin menakluk Ao Nang dengan berjalan kaki. Kami berjalan kira-kira 1km untuk ke pantai Ao Nang. Sebenarnya kami merancang untuk makan-makan bersama kenalan yang baru dikenali disana namun kemudiannya kami berubah fikiran. Kenalan tersebut menyarankan kami ke restoren lagi sekali tak tau apa namanya . Tepi pantai Ao Nang (dalam 10 minit perjalanan) Katanya sedap. Perjalanan yang dekat bertambah lama kerana kami kerap kali berhenti mengambil gambar dan menukar duit. Wah betullah dikatakan Krabi adalah heaven omputih. Sini sana terlihat kelibat mereka bahkan ada jalan/lorong (macam bukit bintang) dikhaskan untuk mereka. Jika melalui lorong seperti Krabi tu, boleh dikatakan setiap kedai ialah disko,pub atau cafe.   Malah kedai-kedai yang kebanyakannya (bukan semua) berstatus halal turut menjual minuman keras. Kedai yang kami terjah pun sama ramainya omputih ni. Kami perlu menunggu l...

Next - Surobayo

Next destinasi aku selepas ini ialah Bromo. Wah terlalu awal nak perkatakan tentang trip ni. Tapi dah terujakan... gambar pacik gugel Aku mula mengenali Bromo lepas mengkaji mengenai Bukit Broga dan disitu aku terjumpa tentang info Bromo dan aku mula menyimpan cita-cita ingin ke sana. Pencarian aku berakhir bila aku terjumpa blogger yang mahu kesana dan aku akan ditemani lima orang blogger daripada seluruh pelusuk Malaysia. Aku cuma  berharap kesihatan aku mengizinkan aku menaklukinya.. Amin

Amazing Thailand - Krabi Hari Ketiga - Pagi

Sebenarnya semalam kami sempat survey pakej-pakej untuk jungle tour. Kami ingin memilih nak ambil pakej yang ada naik gajah dan water raffting tapi malangnya pakej tu berharga lebih kurang 2000 baht. Alamak dengan wang yang dah semakin susut ni aku tak rasa boleh buat jadi kami sepakat ambil pakej jungle tour yang ada elepant riding, emerald pool, hot spring pool, baby elepant show, dan tiger cave - 100 baht. Sebelum start tour ni kami breakfast dulu. Hotel yang kami stay ni ada sediakan breakfast dan kebanyakan makanan dia western food. Bila aku dok belek-belek,round-round kat area hotel ni mostly penghuni dia dari Eropah. Kami jer dari Asia sesat stay kat hotel ni. Tapi macam biasa ia tak jadi masalahkan? Hehe..  Gambar sekitar Green View Village   Dan hari ni kami sekali lagi jadi orang nomad bertukar bilik di Adam Bungalow pula. Bila van datang pick up kiteorang, perasaan eksaited tu membuak-buak tapi oleh kerana perjalanan ia agak jauh lebih kurang 2 j...