Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Wishlist 2015 - Berangan dan terus berangan

Berangan tak salah kan?  Berangan free kan Tapi bila jadi kenyataan mesti best! Ok ni hasil berangan aku untuk tahun 2015 Siapa nak follow andai termakbul angan2 tu? Istanbul  - Bursa - Pamukkale - Cappadocia - Bolu  Belum details, belum ada iti, belum ada bajet  Cuma BERANGAN saja Gambar dibawah ni semua ihsan unkel gogel Hot Ballon in Cappadocia Hot Ballon in Cappadocia Hot Ballon in Cappadocia                                                                                 Kolam air panas di Pamukkale cotton castle

Hong Kong - Here We Come part 1 (pengenalan)

Trip ni kami (aku dan Laila) rancang tahun lepas dan baru tahun ni beli tiket dan berjaya dilaksanakan pada bulan enam lepas. Hehehe macam biasa post aku semuanya pending-pending dan pending. Dasar pemalas gitu. Kami merancang berdua (Guangzhou) tapi kesudahannya trip kami bertukar kepada 20 orang. Hah ambik ko. Siapa nak handle ni? Sememangnya aku tak sanggup. Dah setaraf agensi travel dah ni. Pengsan!!! Dan kami mengambil flight ke Hong Kong dan balik melalui Guangzhou. Dah bertambah orang secara berjemaah, nak tak nak perlulah mecari pelbagai info yang menyenangkan kerja kami. Macam biasa task membook hostel kuserahkan pada Laila dan aku selebihnya dan dalam masa yang sama aku turut mencari travel ejen yang berpatutan. Ok disebabkan kami akan memasuki China, kami memerlukan visa.Korang boleh tengok di sini visa for China dan  harga visa tapi laman web tu tak update alamatnya. Korang kena cari  Bangunan 157 Hampshire Place berdekatan dengan JalanTun Razak dan Bangun...

Sushi King. Halal ke?

Jumaat lepas aku sekali lagi melangkah masuk ke Sushi King bersama BFFku. Biasanya kami mengunjungi Sushi King di Selayang Mall atau AU2. Tapi kali ni aku ke KL Festival City. Agak terbeliak mataku melihat menu-menunya yang lain sikit dengan branch yang biasa kukunjungi. Ok amik ni..amik ni..amik ni... Hari ni dok ajak familyku makan di Sushi King. Kak Long : Sushi King tak halal la. Mana ada halal certifiednya. Aku : Ramai je orang Melayu makan. Kak Long : Jangan ikut orang. Kena baca dan fahami balik. Aku :  Tipulah! Serius situ sedap.  Kak Long : Sedap ke tak sedap, tapi tetap tak halal. Cuba google. Malam ni siaplah aku mengoogle. Jawapannya mendukacitakan. Meh aku copy yer..  leh refer link ni  Sushi King   Halal Issue Are Sushi King Restaurants Halal certified by JAKIM? We are not Halal certified restaurant. No Mirin is used for food preparation in our restaurants. Our poultry products such as chicken and beef are Halal-certified...

Berjimba Di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau Part 5

Seawal 4 pagi aku dah bangun. Semporna dah subuh gitu. Aku mencari sunrise di Semporna dan alhamdulillah berjaya. Nilah view sunrise dari pintu hostel kami. Pakai henpon je so nampak pecah sikit gambor tu. Usai kami breakfast dan transport pun dah sampai maka tibalah masa kami meninggalkan Semporna untuk ke Tawau dan kemudiannya kembali ke Kuala Lumpur. Meh refresh balik apa yang aku buat disana. Aku suka gambar-gambar dibawah ni.  Sampai di airport Tawau, kenkawan lain sibuk membeli belah. Sori kawan-kawan jadual agak pack sampai kamu semua tak sempat membeli belah. Disebabkan nasib pesawat MH 370 masih lagi tidak diketahui atau di airport Tawau kawalan agak ketat. Setiap orang diperiksa dengan teliti dan si A tidak lepas security check bila IC tebuknya dipersoal. Overall aku puas hati dengan trip ni sebab semua dibuat seperti dirancang.   Bajet keseluruhan RM 830 tak termasuk tiket flight dan shopping -Pakej 3 hari 2 malam -Tra...

Berjimba Di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau Part 4

MAAF POSTING NI BANYAK GAMBAR Awal pagi kami dah bangun. Bukan bersiap-siap nak balik tapi nak menghayati pemandangan pagi dari Sipadan Mabul Lodge. Menikmati pemandangan budak-budak kampung air mendayung sini sana dan teruja gitu lihat penyu berenang-renang sekitar perairan Mabul.   Ya Allah lemah rasanya bila memikirkan perlu pulang hari ni. Huwaaa... Pukul 7 aku dan kawan-kawan baru bersiap. Akulah antara orang yang lambat bersiap. Hihihi.. Selepas bersalam-salam dengan Kak Ros dan pekerja Sipadan Mabul Lodge yang best kami dengan berat hati meninggalkan Mabul. Yerp kami datang dengan impian melihat keindahan alam yang masih belum tercemar dan yang penting bajet. Hiks! Dan BERJAYA Bye Mabul, sampai ketemu lagi... Kami tiba di jeti awam lebih kurang pukul 8 pagi dan kedatangan kami disambut oleh Ewan. Ewan ni coursemate masa di USM cuma lain major. Aku sebenarnya ajak dia sekali join aktiviti selepas ini. Masa mula-mula sampai di jeti tempoh hari, a...

Berjimba di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau (part 3)

Hari Yang Pack! Awal pagi dalam pukul 4 pagi gitu, kak Ros menggerakkan kami. Cepat katanya. Kata nak layan sunrise. Gosok gigi dan menunaikan apa yang perlu kami mengikut kak ros dan Ben ke Sipadan Mabul Resort. Ni antara resort yang mewah di Mabul selain Sipadan Water Village. Melihat panorama Sipadan Mabul Resort sekali lagi kami hanya mampu bermimpi untuk tinggal disini. Tapi kami hanya mampu melayan sunrise disini.  Meh tengok gambar  Best penghuni disini. Bukak pintu resort terus boleh buat terjun tiruk. Sepadan dengan harganya. Kolam renang tanpa sempadan. Best orang-orang disini. Dari sudut lain, inilah Mabul. Cantik, menenangkan, glemer.. Yup memang cantik ciptaan Allah SWT dan diolah dan digubah oleh manusia untuk mencantikkannya lagi. Semoga ciptaan ini utuh hingga ke generasi akan datang.  Macam biasa, awal pagi kami sudah bersedia membeli belah ketam, lobster, udang lipan dan sebagainya. Harga yang kami dapat tem...