Skip to main content

Posts

Blog travel ke blog pertanian

Recent posts

Netflix?

Ya dengan melanggan Netflix aku dapat mengikuti filem-filem yang selama ini aku banyak tertinggal. Hehe Aku bukanlah penonton drama tegar, filem tegar malah bukanlah pengikit setia KD Drama. Sepanjang musim covid ni lah barulah berpeluang nak menonton filem-filem lama-lama. Antara filem yang jadi pilihan aku untuk direviewkan ialah Sang Pemimpi Sang Pemimpi (2009)  merupakan kesinabungan filem  Laskar Pelangi . Filem ini menceritakan mengenai Ikal dan saudara sepupunya, Arai, serta sahabatnya, Jimbron, pada usia remaja, dan mengisahkan mengenai anak remaja yang mencari identiti diri pada usia 17 tahun . Watak Ikal seorang yang pendiam yang banyak berfikir tapi lebih suka menjadi pengikut. Arai seorang anak yatim piatu yang diambil ayah Ikal disebuah pulau. Ia bersifat menjadi ketua dan tahu arah tujunya. Dan Jimbron pula mempunyai minat yang tinggi terhadap kuda. Mereka belajar di SMA yang sama dan sementara itu bekerja demi mengejar cita-cita mereka iaitu ke Eropa...

Mungkin kisah 100 tahun sekali!

Permulaan tahun 2020 yang amat berat sekali. aku rasa aku wajib menyimpannya untuk tatapan sendiri. Agar tak lupa agar tak hanyut. Tidak pernah terjadi satu dunia perlu stay at home atau berkurung dalam rumah. Di Malaysia  bermula 16 Mac 2020 (pkp - perintah kawalan pergerakan) kemudian (pkpd -perintah kawalan pergerakan diperketatkan bagi sesetengah kawasan). Hari ni dah masuk hari ke 16 (siri kedua hari kedua PKP) rakyat Malaysia berkurung dalam rumah sehingga 13 April 2020 atau diberitahu kelak. PKPD juga telah dijalankan dibeberapa kawasan. antara PKP dan kemudiannya PKPD Mula-mula kerajaan Malaysia suruh rakyat Malaysia berkurung dalam rumah hanya 14 hari dan peritah itu disambungkan lagi untuk break the chain (memutuskan rantaian virus yang super jahat) ke 14 hari lagi. Ramai mengeluh rupanya. Tapi untuk mematikan virus tu dari terus menyerang inilah ubat terbaik. Kerana vaksinnya masih belum dijumpai. Doktor-doktor diseluruh dunia hanya pakai ubat mengikut 't...

Malaysia Covid-19

Sempena Covid-19, ramai antara kita diberi cuti kuarantin, tidak mendekati orang lain, tidak menyertai perhimpunan melebihi 10 orang dan sebagainya. 1. Kekal duduk dirumah dengan baik. 2. Jangan ada impian pulang ke kampung halaman. 3. Jangan sebarkan berita yang tak pasti. 4. Jangan sesekali kondem kerja sesiapa pun, ini bukan masanya nak kritik sesiapa. 5. Jadilah positif dalam keadaan sekarang. Wabak ini benar benar bahaya. 6. Motivasikan diri dan rakan rakan dengan kata kata yang baik dan sihat dimedia sosial. 7. Keluar dan tinggalkan whatsapp sekolah yang tak habis kerja kritik kerja orang sahaja. Keluar. 8. Solat jemaah dengan keluarga kita, inilah masa berbaik. 9. Bacalah Quran atau satu buku, satu bab sehari, cabar 14 hari berapa buku boleh dibaca. 10. Banyakkan berdoa, bukan untuk keluarga dan diri kita saja. Tetapi buat semua pegawai perubatan, kakitangan KKM yang bertarung dengan virus yang tak nampak dengan mata ini. "Ya Allah, peliharalah kami...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Europe 2018

Central Europe German Denmark Austria Swiss Prague London Amsterdam 15 hari 7 negara (London, Netherlands, German, Switzerland, Austria, Prague, Denmark) 1 negara transit (Singapura) 2 negara lalu saja sebab naik  bas (Paris dan Belgium) Walaupun hanya singgah sekejab je setiap negara tapi merasa juga jejakkan kaki kesana. Syukur Alhamdulillah. Sampai ke syurga dunia yang keberapa. Tidak termampu diucapkan dengan kata-kata. Sejuta terima kasih untuk Leha kerana sudi ajak saya menyertai trip ni. Satu pengalaman baru. Bawa kereta merentas negara-negara Europe, Rasai peradaban dunia lain dan kebanyakan airbnb yang dicarinya murah-murah. Juju pula sajikan penginapan free di Kota London. Tq semua. Kos saya dalam anggaran RM 5k saja.  -Flight RM 350 (Sin-London via Norwegian) namun penerbangan tambang murah itu dah melabuhkan tirainya di Asia. Sori gaes -Flight RM 900 (Denmark-London  transit- Sin) -Sewa kereta ke semua negara sa...

Land Of Persia Part 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita sambung lagi hari pertamaku di Shiraz. Ali membawaku ke Grand Bazaar Shiraz untuk shopping. Idaklah aku nak shopping beria-ria sebab aku memang bukan kaki shopping. Meh kita tengok apa yang ada di bazaar ni.   gambar shaking :'( Aku tak berapa sure tentang musim buah mereka tapi, buah oren banyak bergantungan disetiap pokok oren mereka. Nampak sedap nyaman tapi maaaaaaaasaaamm ya hamad.. Macam mana aku tahu? Hahaha Ali petikkan aku beberapa biji oren. Merasalah aku sebiji dan aku bawa balik ke Malaysia sebiji. Buat pemberat beg. Hahaha   Sekitar grand bazaar mereka. Aku sangat suka mirror mirror nih.   Aku suspect dorang pengeluar jubin. Sebab banyak jubin disini. Fridge magnet mereka pun lain sikit. Diperbuat dari jubin dan sangat cantik. Of kos aku beli fridge magnet Masjid Al Mulk. Cantik weh. membayangkan pop-pop yang budak-budak main masa raya Ni salah satu pembe...