Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Land Of Persia Part 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Hari aku bermula di Shiraz Iran. Ali Reza dah menunggu aku tapi aku nak ambil sweet time aku dulu. Aku masih jetlag weh ko dah nak bawak aku jenjalan dah. Hihihi.. Ok jom tengok sekitar airport Shiraz ni. Takdelah beria-ria aku nak ambil gambar sebab masih dalam mood menyesuaikan diri.  sunrise satu di Shiraz   Ali terus bawakku ke kedai apa ntah. Macam biasa sarapan mereka ialah roti ni. Besar juga bukaan roti ni ala-ala besar tayar lori besar dan mereka tak sediakan plastik untuk tapau tapi just bawak je dengan tangan. Huhuhu pasrah.. Ok salah satu perkara barukan. Dicicah bersama  kuah dibawah ni/ Rasa ala-ala sup daging atau bubur lambuk berkacang hijau camtu yang pekat  dan tekstur macam agar-agar keras. Err tryla bayangkan. Aku sukakan rasa dia. Hampir separuh juga aku habiskan. Kalau cair gerenti aku hirup habiskan.  ni kuahnya.    Si Ali ni bawa aku berpiknik di sini....

Selamat Hari Raya Aidilfitri

gambar google Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Maaf Zahir dan Batin. Maaf jika bersikap sedingin Akinabalu Maaf jika perbuatan setegas mak tiri yang rebel Maaf jika kata-kata setajam batu Bukit Tabur Maaf jika terdrama seperti Tiger Leaping Gorge Maaf jika terbongkak seperti dalam filem ibu mertuaku   Maaf jika menjadi lalang seperti pemancing-pemancing undi pilihanraya Sudah hari raya keberapa baru aku sempat wish dalam blog ni. Kekangan masa dan line sangat mencemburui aku.  Aku bersyukur bulan ni aku menginjak ke satu lagi angka (macik tuwee), aku bersyukur apa yang kurancang semasa bulan puasa menjadi. Alhamdulillah. Aku bersyukur atas semua kurniaanMu Ya Allah. Yang baik itu sesungguhnya dari Allah dan yang buruk itu semestinya dari saya hamba yang sering terkhilaf dalam melakukan kesilapan. Aku terkesan dengan lagu Fynn Jamal ni. Sayangilah family sebelum mereka pergi.... Air terlalu bersih tanda tiada ikan Manusia terlalu mah...

Land Of Persia Part 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera.  Mungkin sudah tertulis rezeki aku, Aku dapat ke Iran. Ke Negara 1001 malam. Ke negara dajjal dikatakan akan keluar. Ke negara bergolak, ke negara Parsi yang sejarahnya aku sedikit kagumi. Aku berjumpa travelmate dan akan ikut planning mereka. Ajaibnya (kekekek) route dorang sama dengan aku. Syukur alhamdulillah.. Cuma aku perlu ke Shiraz bertemu mereka. Ya itu pun sudah ku fikirkan caranya. Percutian pendek tapi mahu menjelajah satu Iran memanglah perkara tak munasabah. Hahaha. Tehran ibarat Johor dan Shiraz ibarat Perlis. Aku sampai di Tehran jam 1.30 malam waktu Iran dan janji bertemu mereka jam 9 malam esoknya di Shiraz. Mana mungkin ia terjadi jika aku naik bas. Huhuhu.. Apa solution aku.... Hari pertama 17 Disember 2017 Disebabkan plan ni last minit, aku tak beli luggage dan aku cuma mengendong beg deuter 25 L . Kecikkan? Huhuhu.. Cabaran pertama yang harus kulalui ialah tidak boleh buat mobile atau website check in. Pelik pula. ...

Land Of Persia Aka Iran

Walaupun banyak cerita buruk kudengari. Entah kenapa hati aku meronta-ronta nak kesana. Jadi bila dapat tiket final call bernilai RM580 peluang yang kudapat tentulah takku lepaskan. Nasibku bertambah baik bila ada buddy nak ikut tapi mengikut cutinya. Kami sepakat ke Iran selama 4hari saja. Apa 4 hari??? Huhuhu Untuk yang tak tahu tiket final call ni meh aku terangkan sikit-sikit. Tiket ni dijual dua atau sebulan sebelum. Tiket ni terbahagi kepada dua tiket final call iaitu tiket sekitar Asia dan perjalanan lebih jauh (AAX). Ramai penjual tiket ni kerana ia menggunakan point yang mereka ada. Ada penjual menjualnya dengan harga murah dan ada yang harga potong kepala. Pendek kata kene pandai survey-survey. Aku lak main gamble beli dengan seorang penjual tiket final call yang murah. Korang kalau nak beli, kene cari yang boleh dipercayai. Aku beli dengan Umar Zaidi. Ramai menyuarakan nak mengikut aku tapi disebabkan ia tiket last minit, ramai juga bising tidak sempat menabung. Jadi b...