Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Afgan - Pada Mu Ku Bersujud

    Kalau aku dengar lagu ni, apa aktiviti yang aku buat masa tu terhenti.......................................................... terdiam..................................................................................................................................................... sepi.......................................................................................................................................................... sunyi........................................................................................................................................................ akhirnya air mengalir dihujung alis...perlahan-lahan turun menuruni pipi sampai lagu habis. Hebatnya penangan lagu ni untuk aku.

Jumlah Perbelanjaan di Kota Kinabalu

13/06/2013 Tiket Flight RM 161.00 Perbelanjaan pergi LCCT RM 50 Bajet kiteorg RM 150 x 4 (makan2, bayaran masuk semua yang ada dan minyak kereta) Misc - RM 50 Hotel - RM 150 (untuk 4 hari) 14/06/2013 Misc - RM 50 15/06/2013 Misc- RM 150 16/06/2013 Parasailing - RM 75 Misc - RM  100 Total RM 936 Misc - shopping, mineral water, dan sebagainya

Kota Kinabalu part 5

Hari ni kami pulangkan kembali kereta sewa kami. Sebabnya kerana nak menjimatkan perbelanjaan dan kami akan menghabiskan satu hari di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Jadi rugi rasanya menggunakan kereta. Kereta kami tinggalkan di tempat parking kereta Jeselton Point. Semalam kami sudah beli pakej ke pulau pilihan kami iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan dan melakukan parasailing. Beli tiket di kaunter dan kalau taknak buang masa, tak payahla survey harga setiap kaunter, semua sama tapi ada juga bagi diskaun hebat.Harga pakej yang kami perolehi dalam RM 150/pax untuk yang ambil parasailing dan RM 70/pax yang ambil pulau saja. Set snoorkeling kami sewa 2 set saja. Kami akan share set tu nanti. Kira oklah kot. Dekat jer pun daratan dengan Taman Laut Tunku Abdul Rahman ni dalam 20 minit dah sampai Buat pertama kali aku naik bot, aku rasa nak muntah... Hehehe  Pulau Sapi Overall aku lebih sukakan pulau Sapi berbanding pulau Manukan sebab lebih bersih ber

Kota Kinabalu Part 4

Turun dari Kundasang, kami mula mencari apartment kami dengan bantuan Mr GPS yang suka membebel. Hiks. Kami memilih untuk stay di Promenade Apartment. Sebenarnya Promanade ni ada apartment dan hotel jadi jangan tersilap pergi ya... Bayaran semalam adalah RM 50 semalam. Puh sangat berbaloi-baloi wei. Bahagi dua baru RM 25 seorang. Paling berbaloi-baloi ialah disini disediakan pantry dan boleh memasak. Ala-ala service apartment. Tapi harga yang kami dapat tu harga promotion ya. So kalau nak stay disini, kena selalulah buka laman web dia.   boleh click link promenade apartments. Apartment ni juga dekat dengan main attractions termasuk The Hard Rock Cafe. Kira boleh jalan kaki jerlah. Keesokan harinya kami ke Muzium Sabah. Laila membebel ntah-ntah orang Sabah pun tak kesini. Aku pulak fikir, aku taknak membazir RM50++ semata-mata nak masuk Monsopiad Cultural Village atau Mari-Mari Cultural Village. Sebab bila baca macam lebih kurang sama jer cuma harga dia beza memang berbeza. Hiks.

Kota Kinabalu part 3

Kebanyakan blog-blog yang aku lawati banyak mengatakan waktu terbaik untuk melihat puncak Gunung Kinabalu ialah masa awal subuh iaitu dalam pukul 4 - 5 pagi. Tapi udara nyaman disitu membuatkan aku dan yang lain terus menarik selimut. Serius aku suka suasana sebegini. Lari daripada masalah yang entah apa-apa. Aku bangun dalam pukul 6 pagi. Cuaca memang sejuk giler lah tapi aku tak mahu lepaskan peluang nak tangkap gambar sekeliling hotel kami. Ya walaupun hotel murah dan bajet tapikan ia berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang tersergam gagah dibelakang Kundasang Inn cuma biasalah aku dapat bilik bawah jadi zink-zink rumah penduduk disana turut menghiasi gambarku. Dalam jam 8 pagi kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring Ranau, Sabah. Aku memilih untuk kesini dulu kerana aku dapat info yang disini banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Ya info tu memang betul. Dan paling penting tak sia-sia kami berjalan hampir 2 jam dari Kundasang Inn. Perjalanan macam biasa naik g