Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

#‎MalaysiaBerkabung‬

Malam tu tempat ku bekerja mengadakan majlis berbuka puasa, solat terawih, bacaan Yassin dan tahlil. Aku duduk bersama rakan sekerjaku mengenang MH 370 dan mereka menceritakan tentang ketakutan menaiki kapal terbang. Puas kutepis ketakutan itu.... Menghampiri jam 12,whatsapp masuk bertalu-talu. Perkhabaran MH17 ditembak jatuh oleh pihak pemberontak. Kakakku dan adikku terkebil-kebil sebab memikirkan pesawat dari negara lain yang ditembak. Puas ku fahamkan mereka pula. Bagai bangun dari tidur, barulah mereka tersedar yang pesawat Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh.  ----------------------------------- Hari ini Malaysia berkabung menyaksikan kepulangan 'mereka' yang dinanti. Kepulangan yang tertangguh Kepulangan 'mereka' disambut dengan penuh penghormatan  dan  Kepulangan 'mereka' hanyalah dalam bentuk sekujur jasad kaku.  Salam takziah buat Keluarga Anak Kapal & Keluarga Penumpang MH17 Al-Fatihah kepada yang beragama Islam, semog...

Maafkan saya

Tetiba terjaga tengah malam,  tak lama lepas tu dapat WhatApps dari kenalan.  Kemudian saya menghadap komputer.  Kemudian saya terbeli Maafkan saya..

Berjimba di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau (part 2)

Sampai saja di Semporna, aku terus call Kak Ros. Person in charge yang akan melayan kami. Driver van menghantar kami ke area Dragon Inn dan disitu terdapat pelbagai lodge/resort/chalet yang korang tempah. Kami mencari Sipadan Mabul Lodge yang letaknya belakang sedikit berbanding yang lain untuk menanti bot ke Mabul. Sementara menanti bot ke Mabul, aku dan Laila ke pasar basah membeli sotong untuk barbeque. Sempatlah meresapi/melihat budaya/sambutan Regatta Lepa. Regatta Lepa ni macam acara/sambutan tahunan untuk orang Bajau Laut. Err aku nak cerita lebih-lebih takut salah info. Apa kata korang google. Yang pasti, aku sempat melihat sampan-sampan masyarakat Bajau Laut berhias dan diserikan dengan muzik kebudayaan mereka. Kami bernasib baik dapat melihat sedikit sambutan Regatta Lepa yang disambut pada 24 April-28 April 2014 lalu . Semporna di masa kami tiba -Padat dengan pelbagai kaum yang keluar untuk melihat perayaan. Masa ni agak terkedu sikit sebab nampak macam-macam gaya ora...

Berjimba di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau (part 1)

Hujung bulan 4 lepas tibalah masa yang kami nanti-nantikan. Yerp betul, bagi aku dan Laila, biarlah percutian lain dinafikan (erk) tapi yang Mabul ni mesti, perlu, dan wajib pergi. Oleh kerana inilah percutian lama yang kami idam-idamkan (sejak tahun 2013 tau kami hunting tiket murah) jadi kami perlu study lebih sedikit untuk memastikan perbelanjaan dikurangkan atau dapat ditipiskan. Hehehe.. Biasalah Mabul, Mataking, Perhentian dan seangkatan dengannya semua percutian yang lebih mahal dan jauh dari kemampuan kami. Jadi kami membahagikan tugas. Laila mencari sesiapa yang berkeinginan menjoinkan diri di Mabul dan aku cuba mencari info semurah mungkin. Hampir pening juga kepala sebab tengok chalet/resort/lodge yang $$ banyak kosong-kosong dibelakangnya. Alhamdulillah berhasil bertemu dengan beberapa pakej yang menarik yang bertepatan dengan kehendak kami. Nanti aku ceritakan. Perjalanan kami bermula. Seperti biasa kalau takde drama, bukanlah percutian aku dengan BFF Laila. Awal pagi h...