saMBungan dari link http://akudandiriku-izza.blogspot.com/2012/02/tahun-melawat-perak-2012-kellie-castle.html#more Kaki kami kemudiannya menyelusuri binaan disebelah istana kellie rupanya binaan yang menanti untuk rebah itu adalah rumah asal Mr Kellie. Binaan ini siap ditahan menggunakan cerucuk besi untuk mengelakkan ia rebah.. Ia bukanlah binaan yang lengkap kerana mungkin akan dimusnahkan apabila istana Kellie siap namun kedua-dua bangunan telah bertukar menjadi gajah putih.. Pandangan rumah Mr Kellie dari istananya Berstruktur binaan rumah dua tingkat dan ia agak lengkap namun ia tidak mempunyai tangga atau binaan ditingkat atas. Rekabentuk rumah ini tidaklah sebesar istana kellie dan agak simple jika dibandingkan dengan istananya. Walaupun simple berbanding istananya, jika dibandingkan pada masa itu Mr Smith jutawan yang sangat mementingkan rekaan rumahnya kerana beliau mampu membawa pelbagai senibina dari seluruh negara ke rumahnya....
Life bring Khabi Kushi Khabi Gham... When its end Na Tum Jano Na Hum... So lets do Masti together... Who is know Kal Ho Na Ho... When u need a friend May Hoo Na...