Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Deactivate Facebook??

Aku sudah meng'deactivate' facebook ku. Bukan sebab lari, bukan sebab nak biar orang tercari-cari dan bukan sebab nak biar orang merindui aku. Cewah! Macam ada jer orang nak merindu.. :P Aku deactivate facebook sebab aku baru terperasan sesuatu dekat ruangan search. Kalau click kat ruangan search tu lepas tu type nama yang ingin dicari. Lepas tu kita click sebelah kiri sekali nama yang kita search. Ruangan search tu akan appear macam ni. Pinjam FB orang lain Lepas tu kita click di photo of ....... (yang kita type tu). Magic, magic and magic bila orang yang privatekan gambar dia (yang ditag yea)  pun kita boleh tengok. Owh no.... Maksudnya orang ramai boleh tahu apa aktiviti kita. Dan paling magic walaupun kita bukan kawan still si dia boleh mengakses aktiviti kita. Ini tidak bagus sebab kita kan dah setting private tapi orang luar boleh mengakses gambar kita dengan mudah. Orang luar tu mungkin pakwe lame, musuh kita dulu ler atau orang yang suka stalk kite. Pilhan

Trip Sempoi Ke Ganu Kite - Pengenalan

Pak Ali membeli keli  Keli dibeli dikedai Pak Jali TripSempoi nama diberi Nani ketua trip sempoi ini Errr abaikan rima yang tak berapa nak betul tu.. Malusssss larik sorok muka...   Idea ni dicetuskan oleh  Anne masa kami di Jogja, disokong oleh saya kikiki tapi direalisasikan oleh  Nani . Thanks Nani sebab bagi kami rasa pengalaman yang lain dari yang lain. Maksud lain dari yang lain ialah lupakan hotel mewah, lupakan makanan mewah, lupakan segala-gala yang mewah tapi kita belajar cara bercuti yang very-very sempoi. Best tau Nani. Lain kali buat lagi.. Nani memilih tarikh 24-26 Mei 2013 (nampak tak punyerlah malas baru bulan tujuh aku update pasal percutian ni)..Tarikh ni dipilih sebab ada cuti berderet dan permulaan cuti sekolah. Plannya pukul 9 malam bertolak dari Tol Gombak ke Terengganu.. Tapi disebabkan permulaan cuti sekolah jalan jadi jem maka rasanya kami start dalam pukul 10. Tak kisah la asalkan sampai. Aku tumpang kereta Anne. Kira kiteo

Surabaya, Indonesia - Total Expenses

Bila trip dah habis, tak lupa aku nak kongsikan total expenses yang dah digunakan sepanjang trip Surabaya, Indonesia selama 4h3m ni. Let's!  Day 1 (26 Februari 2013) Tiket Airasia : RM209/pax termasuk beg 15 kg Minyak dan tol ke LCCT : RM50 Becak : Rp 10,000 Makanan seharian di Surabaya : Rp 50,000 Sim Kad : Rp 10,100 Supir, Hotel, dll : Rp 950,000 Jubah : Rp 145,000 Sub-total for Day 1: RM631.80 Day 2 (9 February 2013) Kuda : Rp 80,000 Tip at Madakaripura Waterfalls : Rp 20,000 Makan Malam : Rp 30,000 Souvernier : Rp 300,000 Sub-total for Day 2: RM 137.60 Day 3 (10 February 2013) Jajan Pasar Ahad Malang : Rp 50,000 Beli Epal : Rp 10,000 Tip Karyawan di Coban Rondo : Rp 10,000  Makan Malam :Rp 60,000 Sub-total for Day 3: RM41.60 Day 4 (11 February 2013) Souvernier : Rp 300,000 Lunch : Rp 30,000 Tips supir (ikut budi bicara masing2)  : Rp 50,000

Surabaya - Hari Keempat last

Sambungan dari Surabaya . Lepas melawat Masjid Sunan Ampel, Nasyid (supir) kami menghantar kami ke destinasi masing-masing. Dimana aku, Razat dan Kak Rin terus balik ke Malaysia manakala Awa, Yatt dan Ayu meneruskan penjelajahan mereka menakluk Indonesia. Route mereka Surabaya-Yogjakarta-Bandung. Perghh banyaknya cuti mereka sebelum balik mengundi. Aku yang takde cuti ni bertabahlah balik ke Malaysia dan esoknya bertabah jadi panda sebab tak cukup tidur. Di Airport barulah aku berpeluang membeli belah.. Huhuhu sebab disitu ada money changer. Oh ya, kenapa tidak keluar duit di ATM? biasanya aku tidak akan mengaktifkan kad maybank sebab tahu aku leh habiskan duit dalam masa yang singkat. Kad kredit? Say no to kad kredit. Maka sempatlah aku mencapai beberapa barangan di airport seperti fridge magnet, t-shirt dan coklat. Mengapa aku tak beli di JMP? Sudah puas kupusing satu JMP tapi tidak jumpa langsung fridge magnet. Ok airport tax di Surabaya Rp 150,000 so kena asingkan siap-sia

Pengalaman Cemas Masa Bercuti

Masa bercuti pun kadang-kadang terjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka contohnya kena rompak, passport hilang, kena ragut and the worst thing is kena cabul/rogol especially pada solo traveller. Erm.. disini aku nak share beberapa tips berguna yang aku ambil dalam group FB. Maybe boleh jadi guideline pada traveller/tourist. Sharing is caring (^^) Ni boleh dipraktikkan masa gempa bumi/kebakaran/banjir/atau sebarang bencana alam.. sumber group MBC Komen dari pembaca MBC passport kena get ready, i have it in a small backpack beside me when i sleep. im programmed to grab and run in case of emergency,and of course run with my wife and kids. sista,good to have a small torch light. AND REMEMBER WHERE THE EMERGENCY EXITS ARE  Ni pula pengalaman dari female solo traveller (pun copy dari MBC group) Just wanna share my experience on female solo backpacking. Saya pernah ada experience kena rompak dengan 2 org lelaki (remaja lingkungan 18-20). Kalau terjadi lah kan, jangan m
Selamat Berpuasa

Surabaya - Kami datang, kami sentuh dan kami rasa keindahannya - Hari keempat (pagi)

Maaf entry ni banyak info dan banyak gambor sila bertabah Masjid Cheng Ho  Hari ni hari terakhir kami disini. Sob..Sob.. kami sebenarnya sudah berada ditengah-tengah bandar Surabaya.Semalam kami check in di Sparkling Backpacker Hostel. Harga? Jangan ditanya sebab semua dah masuk dalam harga pakej kami. Tapi oklah hostel ni. Sering aku membayangkan hostel backpacker ni menekankan konsep sharing bilik tapi yang ni share berdua jer. Oklah kot dan paling penting ada breakfast. Oh  masa kami breakfast ada mamat dari Ireland. Tindal namanya. Dia berbasikal hampir setahun dari Ireland dan akan menghabiskan perjalanannya di Australia. Perghhh mantop!... Katanya di Malaysia dia sukakan cendol dan sukakan suasana di Penang. Hehehe.. kalau dia dapat minum Teh Tarik.. aku rasa mau dia terus stay kat Malaysia. Owh disebabkan hari ni hari last jadi kami gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk melawat sekitar bandar Surabaya. Hari ni Masjid Cheng Ho dan Masjid Sunan Ampel. Masjid Cheng Ho di