Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Blog travel ke blog pertanian

Saya sudah bertukar minat mungkin. Saya lebih fokus pada projek pertanian saya diatas tanah sekangkang kera. Memandangkan tidak ramai share tentang info-info pertanian baiklah saya share 0.1 persen info yang saya ada. ia juga jadi info untuk saya untuk hari-hari kemudian. Meh share sikit kenapa pertanian. Tak popular kot.  Minat kepada pertanian tercetus bila Malaysia banjir besar 2014. Percutian di Korea tak boleh buat saya bergembira risaukan pokok-pokok durian ratusan tahun terendam dek air banjir. Rumah sewa pun habis, rumah kampung habis. Habis ditenggelami air. Banjir surut saya segera periksa pokok-pokok durian tapi malangnya semua bagaikan sakit. Daun berguguran, dan ada saja dahan tumbang setiap hari. Bagaikan menanti rebah. Risaukan pokok rebah menimpa rumah tinggalan arwah ayah, saya dengan berat hati membenarkan pokok-pokok durian ditebang. Sobs. Pelbagai kecaman diterima masa tu. Saya redha. Hohoho Kalau nak tengok keadaan pokok durian tu leh zoom sikit gambar dibawah....