Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Towerthon 2016 dan Skydeck KL Tower

Tahun ni sekali lagi aku menyertai aktiviti menyeksa diri. Mendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 2058 dan berlari 1 km mendaki untuk ke menara. Semuanya demi impian mengapai sesuatu dalam hidup.. apa dia? Nantikan ia.. hiks   Sebenarnya aktiviti Towerthon ni bukanlah menyeksa diri tapi bagi aku ia lebih kepada mendidik mental dan fizikal aku supaya lebih bersabar dan tabah. Contohlah kan.. kalau ko hiking, ko boleh rehat lama sikit, tapi towerthon ko boleh rehat tapi sekejab. Kalau lama, ko akan rengsa dengan kekurangan udara dalam tu.. ko akan rengsa semua orang dah sampai puncak ko belum lagi, dan sebagainya..  So aku rasa keputusan mendaki towerthon ni keputusan yang ok bagi projek mega aku tahun ni.. huhuhu.. Seperti biasa, aku pancit berpisah tiada.. Cuma tahun ni, aku memang lambat banyak.. hihihi.. Baru tingkat 4 aku dah rasa fed up nak cari lif turun. Tapi aku teruskan juga dan boleh dikatakan setiap tingkat aku berhenti. Masa ditingkat 8, aku bere