Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Surabaya - Kami datang, kami sentuh dan kami rasa keindahannya - Hari pertama

Pagi ni aku bertolak ke Surabaya dan seawal pukul 3.45 pagi aku dah tercongok di LCCT. Wah gigih nak berkembara sengsorang ke Surabaya. Travel buddies yang lain paling awal sampai dalam pukul 11 pagi.   -Drama pagi hari ni ialah hampir ditipo (tersilap mungkin) oleh cashier di kedai serbanika -Tengah-tengah sembahyang subuh dalam 5.45 pagi tertiber dah ada panggilan gate ke Surabaya dah buka... errrrrk!! Awalnya, patutnya 1 jam lagi.. -Tertiber perasaan takut menerjah bila melihat segerombolan 1 kapal terbang kot penumpang Indonesia untuk penerbangan ke Surabaya. Aku keseorangan.. Waaaaa .. Mulalah segala doa keluar.. Hehe -Tenangkan diri dan terus tido dalam kapal. Terjaga sekejab2 bila rimas dengan orang sebelah yang tak reti dok diam. Rupanya dia tak tahu mengikat seat belt dan isi arrival card. Dari Malaysia juga rupanya.. Selepas tolong dia aku sambung tido balik..  Dan maybe trafik kapal terbang super duper clear hari ni so aku safely landing dalam pukul 8.1...

Vietnam Oh Vietnam

terkedu aku baca entry dari wartawan Mazidul Akmal mengenai ibu dan bayi sengsara di Vietnam. Sebak rasanya apabila mengenangkan bagaimanalah nasib mereka selama lima hari disana? -Senangkah nak mendapatkan makanan -Bagaimana dengan keperluan bayi Izan disana -Bagaimana nak balik ke Malaysia - mesti beli tiket baru -Hotel penginapannya agak mahal bagiku. Adakah beliau duit - dan paling penting, bagaimana kesihatan anaknya nanti selepas lima hari? Dibenarkan naik ke pesawat atau tidak? Aduh sedih dan kasihan bila pikirkan masalah yang dihadapi oleh Izan. Oh ya, ingin aku kongsikan sedikit pengalaman ku dengan kawanku yang pernah terkena di airport Vietnam yang tidak pernah aku ceritakan dalam blog ini. Aku ke Vietnam untuk kali kedua bersama kawanku 3 hari 2 malam. Tujuan ingin memborong pakaian raya, telekung dan jubah. Trip yang singkat ini kami habiskan masa sekitar Ben Thanh, Saigon Square dan Parkson saja. Yerlah untuk memborong bukan melancong. Malah gambar pun tidak ba...

Amazing Thailand - Hadyai Last Day

Selepas check out kami sepakat menjamu selera di Hamid Restaurant berhampiran hotel kami. Kami sepakat amik van kat Tune Hotel untuk hantar kami ke airport.. Dalam RM 40. Oklah kot bahagi dengan partner in crime lain.. hehehe amacam van dia.. macam disko tak? Info -Boleh dikatakan ramai orang putih/mat salleh mengatakan orang Thailand ni rude/biadap dan sebagainya. Tapi kami sekumpulan simpulkan bahawasanya mereka tidak biadap/rude atau seangkatan dengannya tapi tegas dengan pendirian sendiri. Contoh mat salleh nak kurangkan harga masa naik tuk-tuk tapi mereka tetap tegas dengan harga mereka dan ada situasi dimana mat salleh ni disuruh duduk dibelakang tapi kemudian beralih kedepan.. nampak mereka macam nak bergaduh tapi pemandu van tu tegas menyuruh mat salleh beralih kebelakang. Mungkin diulangi mungkin ini menyebabkan mereka tidak dijajah oleh mana-mana kuasa. =) -Public toilet walau dikawasan ramai orang, mereka bolehlah diberi 5/5 bintang sebab sangat bersih -err ya...

Amazing Thailand - Hadyai Petang

Selepas maghrib kami berpeleseran lagi disekitar bandar Hadyai. Tujuan kami mahu ke night market dan berjalan sekitar Hotel Lee Garden yang terkenal dikalangan pelancong. Oh ya hotel ini juga terkenal kerana dibom tahun lepas namun ia cepat pulih dari kerosakan. Pemandangan malam sekitar hotel Lee Garden sungguh meriah. Ia bagaikan tempat tumpuan pelbagai pihak termasuk kami. Hehehe.. Kami kesini sebenarnya ingin melihat night market tapi hampa. Night market tiada. Menurut info night market ni dibuka dari Khamis - Ahad. So kami disana hari Isnin maka bertabahlah takde night market bagai. Ada la sikit-sikit stall jual baju, souvenier dan lain-lain tapi tak bolehlah melawan night market yang selalu diperkatakan iteeww. Waaa.. Takde rezeki namanya tu. Untuk makan malam, kami bertabah beli makanan muslim distall-stall yang ada ditepi hotel Lee Garden dan makan dikaki lima hotel tu. Dah macam PATI dah tapi macam best jugak sekali sekala buat camni. Suasana disana masa saya pergi..saya...

Berdebar ~~ Harap berjaya

21 Mei ni ada misi penting aku kene laksanakan. Wah! macam misi menyelamatkan negara pulak. Kene study macam-macam dalam masa yang sama gak kene prepare hal-hal kerja. Aku berharap aku berjaya untuk mengUBAH apa yang sepatutnya diUBAH. Ubah kehidupan kepada yang lebih baik Ubah persepsi orang terhadap kerjaku Ubah taraf kewanganku Ubah lokasi yang lebih baik.. Wish me luck...