Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Trip Sempoi Ke Ganu Kite - Pulau Mak Kepit Penyu, penyu dan penyu lagi

Aku rasa aku antara orang yang last bangun pagi ni. Isk..isk.. Bangun-bangun hari dah cerah dan paling best makanan dah tersedia. Sedap pulak tu. Hihihi. Mama Nani jadi antara tukang masak. Kami tukang makan. Lepas breakfast, aku dan yang lain-lain berjalan persisiran pantai.  Kami sempat tolong renjer tu mengira jarak tempat penyu bertelur. Ilmu hisab dan pita pengukur perlu dalam mengira jarak ni. Aku tolong pegang pita pengukur tu jer. Lepas tu renjer akan meletakkan tarikh penyu bertelur untuk rujukan. Macam gambr kat bawah ni.. Ikut kiraan lagi 60 hari menetaslah anak-anak penyu. Lepas dah tolong renjer tu, kami tolong pula pekerja disana menanam kembali telur penyu yang diperolehi di pantai sebelah. Dipantai sebelah, pantainya pendek dan senang ditenggelami air jadi mereka akan mengalihkan telur-telur penyu ke kawasan lebih tinggi supaya tidak rosak. Tapi penyu suka bertelur disana. Kalau tak silap aku hampir 8 ekor penyu mendarat dan bertelur disana.  Jadi ini

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah sangka atau terlanjur perilaku. Thanks sebab membaca belog saya yang tak seberapa ni. (^^)

Trip Sempoi Ke Ganu Kite - Pulau Mak Kepit

Habis mandi manda kami dibawa ke Pulau Mat Kepit. Ikut planningnya kami akan menuju ke Pulau Mat Kepit. Sebelum ke Terengganu, aku sempat search dalam ankel gugel dimanalah pulau Mat Kepit ni tapi malangnya tak jumpa info mengenainya. Pulau ini seakan-akan tidak wujud dalam peta ankel gugel. Ini menyebabkan aku rasa terlebih eksaited. Sampai jer di Pulau Mat Kepit rupanya nama pulau itu Mak Kepit. Ikut signboardnyalah. Aku sendiri tak pasti sama ada Pulau Mat Kepit atau Pulau Mak Kepit. Yang aku pasti pulau ni merupakan salah satu pulau pendaratan penyu bertelur dan ia adalah pulau private (tidak dibuka kepada umum). Ini kerana pulau ni merupakan tempat pemeliharaan dan pemuliharaan penyu-penyu yang datang mendarat. Kita pun sedia maklumkan kalau dibiarkan penyu-penyu jatuh ke tangan tidak bertanggungjawab akibatnya pupuslah haiwan ini. Kami bernasib baik kerana terpilih ke pulau ini bersama ahli Kelab Pencinta Penyu (CITRA). Entry sebelum ni aku ada ceritakan yang ada group

Trip Sempoi Ke Ganu Kite - Pulau Redang

Selepas sarapan dan menapau makanan dari rumah mak Nani, kami berkonvoi ke jeti Syahbandar Kuala Terengganu untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Redang. Wah memang pakej percutian kali ini memang best. Sebab kami cuma beria-ria mencandat sotong tapi Nani masukkan trip ke pulau Redang. Ini sudah menarik. 3 in 1 orang kata.. Kuala Terengganu menyambut kedatangan kami dengan hujan renyai tapi itu bukan masalah. Kami redah juga hujan renyai selepas parking kereta dan bila tiba di kaunter, tiba-tiba rasa down sebab tengok ramai sedang beratur membeli tiket feri. Adakah tempat untuk kita Nani?? Dah teruja ni. Tunggu Nani beli tiket lama juga. Hati dah berkata-kata janganlah tak jadi.. Sob, sob.. Rupanya Nani dengan temannya sedang beli tiket feri dibelakang kaunter. Hehehe.. Kes kiteorang special sikit dan harga pun special sikit. Alhamdulillah... Harga tiket feri ialah : Orang tempatan (orang Ganu) - RM35.00/sehala Orang Malaysia (bkn orang Ganu) - RM55.00/sehala Penduduk