Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Teaser di awal tahun

Teaser jab.. Hehe Aku akan kesini dalam masa tak sampai 5 hari lagi. Wang sudah ditukar, makanan dah dibeli, topi dah dipacking... Erm apa lagi ya? Pakaian renang? Isk takpelah aku nih muslimah so pakai seluar track jerlah.. HEheHEheHe pic dari ankel gugel pic dari ankel gugel

Jogjakarta the exciting places - Part 4 pagi

Kami berjanji akan bersedia dalam pukul 5pagi tapi biasalah dengan kedinginan malam yang mencengkam, aku tunggu Anne bangun, Anne pula tunggu aku bangun sudahnya jam 5.30 barulah Anne bangun. Kami bersiap-siap dan rupanya sarapan dah tersedia. Wah memang best homestay ni. Semua disediakan. Kami naik ke Gunung Api Purba dengan ditemani Mas Lilik dan Mas Triyana. Kami meredah kegelapan malam tanpa tahu apa yang didepan. Ikut saja jalan yang dibawa mereka tanpa soal. Memula langkah kakiku kuat tapi sampai dipertengahan jalan kakiku mula lain dan deru nafas makin kuat. Oh ya akukan selesema jadi aku cuma bernafas menggunakan mulut. Ada satu persinggahan aku akhirnya tewas. Aku tak sanggup meneruskan perjalanan dan suruh rakan yang lain teruskan perjalanan mereka mengejar sunrise. Aku pula gagal dihujung puncak (kata Triyana) dan Triyana menemani aku. Sebenrarnya selepas mereka teruskan perjalanan, aku cuba untuk mendaki tapi sampai satu tahap aku hampir muntah dan aku tahu aku perlu berh

Jogjakarta the exciting places - Part 3 petang

Selepas aktiviti menuruni gua untuk mencari cahaya dari syurga (nama tu aku yang beri sendiri), kami diambil oleh Pak Murshidi dan Mas Lilik pula untuk meneruskan penerokaan kami di Gunung Kidul. Destinasi pertama yang kami tuju ialah Goa Pindul. Perjalanan menuju ke Gou Pindul mengambil masa lebih kurang setengah jam. Oh ya, sekarang musim liburan (musim cuti sekolah) di Jogja jadi jalan-jalan menuju ke semua wisata agak jem dan sesak. Tujuan kami ke Gua Pindul adalah untuk menempuh pergerakan air bawah tanah menggunakan tayar angin. Jangan ditanya berapa bayaran berapa bayaran yang perlu kami bayar kerana semua sudah termasuk dalam pakej Pak Murshidi dan Mas Lilik. Oh ya kami akan tinggal semalam di rumah (homestay) Pak Murshidi nanti. Bagaikan berkunjung Mid Valley di hujung minggu, macam tulah disini. Mungkin ini adalah salah satu aktiviti mereka di waktu berlibur. Dengan memikul beban tayar angin, kami ke destinasi yang dituju. Perjalanan ke terowong air tu pula memberi

Jogjakarta the exciting places - Part 3

Keesokkan harinya kami bangun dalam pukul 4 pagi selepas mendengar azan. Sebenarnya kami keliru sama ada sembahyang atau tidak waktu itu kerana biasanya azan subuh di Indonesia (maafkan aku kalau tersilap) dua kali. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk solat dalam pukul 6 pagi. Marah member dari Australia (seorang jer pun) sebab pasang lampu bilik. Nasiblah. Kami bersiap-siap selepas itu untuk ke destinasi utama kami iaitu caving di Jomblang. Sebenarnya inilah aktiviti yang paling kutunggu, kunanti sejak berbulan-bulan lepas. Akhirnya masanya sudah tiba  =) Kami ke Gunungkidul dan Wonosari merupakan bandarnya dengan menaiki MPV pak/mas Kito. Pelbagai info yang dishare olehnya. Beliau sangat berinfo dan juga baik. Beliau sanggup memberhentikan kenderaanya setiap kali kami nampak bayang Gunung Merapi. Alhamdulillah cuaca sangat baik hari tu. Cuaca tidak panas dan paling penting tidak hujan. Perjalanan kami ke Jomblang ini mengambil masa dalam 2 jam. Segala transport, info dan se

Jogjakarta the exciting places - Part 2 malam

Puas ronda-ronda pekan Jogjakarta waktu petang dan membawa ke malam. Sememangnya Jogjakarta merupakan tempat yang selamat untuk berkunjung. Oh ya, kami round-round disini tak guna supir ya.. Dari Taman Sari kami ke tempat tumpuan (diMalaysia macam Dataran Merdeka) masyarakat Jogja yang berhampiran dengan Pejabat Pos, Benteng Vernderburg dan Jalan Malioboro. Tapi masa kami tiba Benteng Verndeburg dah tutup dan kami meneruskan langkah ke deretan kedai dan gerai sepanjang Jalan Malioboro. Sebenarnya aku merancang nak mencari beberapa souvenir tapi disebabkan keadaan diri dah macam nak tumbang, aku tak dapat berfikir untuk membeli belah. Anne dan PM pun tidak beli apa-apa kecuali buah salak. Cuaca pula sudah hujan renyai-renyai jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke hostel dulu.  Dengan berpakaian teletubbies hujan kami meredah hujan dan kegelapan malam tanya mempedulikan pandangan orang lain terhadap kami. Kalau diMalaysia, mati balik hidup takku sanggup pakai poncho. Tapi

Jogjakarta the exciting places - Part 2

Hari kedua Kami sampai ke daerah (mungkin) Jogjakarta dalam pukul 7.00 pagi. Disini pula aktiviti penjualan makanan dan karyawan naik menghiburkan penumpang dalam bas bermula. Agak sedikit menjengkelkan apabila bagaikan dipaksa memberi wang selepas karyawan membuat persembahan. Mungkin inilah cara mereka mencari sesuap nasi. Kami  bertiga sampai di Terminal Giwangan dalam pukul 10 pagi dan untuk ke hostel yang sudah dibooking, kami perlu mengambil bas mini bernombor 15 dengan tambang Rp 2,500. Dalam perjalanan ke hotel,sekali lagi aku rasa aneh kerana pemandu bas dan kontraktor bas boleh berehat sebentar bersama kit kat minum-minum dulu baru meneruskan perjalanan. Mungkin inilah suasana Jogjakarta yang tidak perlu rushing dan relax sepanjang masa. Pak cik konduktor turunkan kami di simpang berhampiran Eduhostel dan rupanya Casa Raffles (hostel kami) dibalik jalan sana.Kami tiba di hostel dalam pukul 11.00 pagi. Rasa penat bagaikan hilang terus bila dapat jumpa

Jogjakarta the exciting places - Part 1

Hari Pertama - 21/12/2012 Nampaknya aku yang last menghapdate blog mengenai perjalanan aku ke Jogja (trip kali ni lebih kepada Gunung Kidul). Perjalanan kali ini aku ditemani oleh bloggers travel zilla , anne dan pm. Terima kasih menerima diri ini seadanya. Jika berbanding dengan pengalaman travel mereka, aku memang jauh ketinggalan. Hehe.. Sebetulnya pada awalnya aku ingin membatalkan perjalanan aku kali ini kerana aku rasa sungguh tidak sedap hati. Bak kata Zilla rerama berterbangan dalam perut bila membaca blog mengenai Gunung Kidul. Tapi aku pula rerama berterbangan dalam perut bukan saja selepas baca mengenai Gunung Kidul tp sebelum itu. Aku tidak tahu kenapa tapi mungkin inilah perjalanan aku paling panjang sekali dalam mengenal dunia (Indonesia jer pun) hahaha... Tapi aku tak batalkan juga perjalanan ini kerana merasa sesuatu yang menarik mesti menunggu..Biasalah degil. hehehe Perjalanan kami ke Indonesia dibawa oleh Tiger Airways yang lebih dikenali dengan Mandala Airwa