Ini adalah entry yg saya tulis dan copy paste dari FB saya.. saya masih ingat masa menaip entry ni tahun 2010, air mata saya berjurai2 mengalir turun... walaupun arwah abah saya masa tu sudah meninggal 9 hari..Pelbagai perasaan yang saya rasa.. Sedih, terharu dan gembira.. Sedih tentunya kerana kehilangan dia, terharu kerana arwah meninggal semasa malam Jumaat dan ketika kita umat Islam sedang menunaikan rukun Islam ketiga.. dan gembira kerana arwah sempat menunaikan hajat besarnya iaitu beribadat di rumah Allah iaitu umrah... Sampai ke hari ini saya masih mengingati Abah saya yang tidak mungkin ada gantinya.. Al-Fatihah untuk Arwah.. Semoga rohnya aman disana... 20 Ogos 2010 Sejak pukul 10.00 malam nadi abah semakin menurun. Dari 100 ke 95 ke 92 dan seterusnya ke 85. Kemudian kembali normal ke 95 kembali. Namun selepas pukul 12.00 tengah malam nadi abah menurun kembali. Aku memantau keadaan nadi abah sambil mengurut-urut dada dan tangannya yang sejuk. Sambil itu aku
Life bring Khabi Kushi Khabi Gham... When its end Na Tum Jano Na Hum... So lets do Masti together... Who is know Kal Ho Na Ho... When u need a friend May Hoo Na...