Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Blog travel ke blog pertanian

Saya sudah bertukar minat mungkin. Saya lebih fokus pada projek pertanian saya diatas tanah sekangkang kera. Memandangkan tidak ramai share tentang info-info pertanian baiklah saya share 0.1 persen info yang saya ada. ia juga jadi info untuk saya untuk hari-hari kemudian. Meh share sikit kenapa pertanian. Tak popular kot.  Minat kepada pertanian tercetus bila Malaysia banjir besar 2014. Percutian di Korea tak boleh buat saya bergembira risaukan pokok-pokok durian ratusan tahun terendam dek air banjir. Rumah sewa pun habis, rumah kampung habis. Habis ditenggelami air. Banjir surut saya segera periksa pokok-pokok durian tapi malangnya semua bagaikan sakit. Daun berguguran, dan ada saja dahan tumbang setiap hari. Bagaikan menanti rebah. Risaukan pokok rebah menimpa rumah tinggalan arwah ayah, saya dengan berat hati membenarkan pokok-pokok durian ditebang. Sobs. Pelbagai kecaman diterima masa tu. Saya redha. Hohoho Kalau nak tengok keadaan pokok durian tu leh zoom sikit gambar dibawah....

Netflix?

Ya dengan melanggan Netflix aku dapat mengikuti filem-filem yang selama ini aku banyak tertinggal. Hehe Aku bukanlah penonton drama tegar, filem tegar malah bukanlah pengikit setia KD Drama. Sepanjang musim covid ni lah barulah berpeluang nak menonton filem-filem lama-lama. Antara filem yang jadi pilihan aku untuk direviewkan ialah Sang Pemimpi Sang Pemimpi (2009)  merupakan kesinabungan filem  Laskar Pelangi . Filem ini menceritakan mengenai Ikal dan saudara sepupunya, Arai, serta sahabatnya, Jimbron, pada usia remaja, dan mengisahkan mengenai anak remaja yang mencari identiti diri pada usia 17 tahun . Watak Ikal seorang yang pendiam yang banyak berfikir tapi lebih suka menjadi pengikut. Arai seorang anak yatim piatu yang diambil ayah Ikal disebuah pulau. Ia bersifat menjadi ketua dan tahu arah tujunya. Dan Jimbron pula mempunyai minat yang tinggi terhadap kuda. Mereka belajar di SMA yang sama dan sementara itu bekerja demi mengejar cita-cita mereka iaitu ke Eropa...

Mungkin kisah 100 tahun sekali!

Permulaan tahun 2020 yang amat berat sekali. aku rasa aku wajib menyimpannya untuk tatapan sendiri. Agar tak lupa agar tak hanyut. Tidak pernah terjadi satu dunia perlu stay at home atau berkurung dalam rumah. Di Malaysia  bermula 16 Mac 2020 (pkp - perintah kawalan pergerakan) kemudian (pkpd -perintah kawalan pergerakan diperketatkan bagi sesetengah kawasan). Hari ni dah masuk hari ke 16 (siri kedua hari kedua PKP) rakyat Malaysia berkurung dalam rumah sehingga 13 April 2020 atau diberitahu kelak. PKPD juga telah dijalankan dibeberapa kawasan. antara PKP dan kemudiannya PKPD Mula-mula kerajaan Malaysia suruh rakyat Malaysia berkurung dalam rumah hanya 14 hari dan peritah itu disambungkan lagi untuk break the chain (memutuskan rantaian virus yang super jahat) ke 14 hari lagi. Ramai mengeluh rupanya. Tapi untuk mematikan virus tu dari terus menyerang inilah ubat terbaik. Kerana vaksinnya masih belum dijumpai. Doktor-doktor diseluruh dunia hanya pakai ubat mengikut 't...

Malaysia Covid-19

Sempena Covid-19, ramai antara kita diberi cuti kuarantin, tidak mendekati orang lain, tidak menyertai perhimpunan melebihi 10 orang dan sebagainya. 1. Kekal duduk dirumah dengan baik. 2. Jangan ada impian pulang ke kampung halaman. 3. Jangan sebarkan berita yang tak pasti. 4. Jangan sesekali kondem kerja sesiapa pun, ini bukan masanya nak kritik sesiapa. 5. Jadilah positif dalam keadaan sekarang. Wabak ini benar benar bahaya. 6. Motivasikan diri dan rakan rakan dengan kata kata yang baik dan sihat dimedia sosial. 7. Keluar dan tinggalkan whatsapp sekolah yang tak habis kerja kritik kerja orang sahaja. Keluar. 8. Solat jemaah dengan keluarga kita, inilah masa berbaik. 9. Bacalah Quran atau satu buku, satu bab sehari, cabar 14 hari berapa buku boleh dibaca. 10. Banyakkan berdoa, bukan untuk keluarga dan diri kita saja. Tetapi buat semua pegawai perubatan, kakitangan KKM yang bertarung dengan virus yang tak nampak dengan mata ini. "Ya Allah, peliharalah kami...