Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Menjengah Cameron Highlands

Post yang berkurung dalam draft :P Lupakan sekejab tentang Bangkok sebab aku nak cerita tentang terjahan kami ke Cameron Highlands baru-baru ni (17/01/2014) hihihi.Tak baru sangat pun ;D Semua masuk draft sampai terlupa nak publish. Hihi Bersesuaian Tahun Melawat Malaysia 2014, kami telah memilih untuk ke Cameron Highlands pada awal tahun 2014. Untuk trip kali ini, kami merancang untuk berbarbeque dan hiking Gunung Irau. Hmm ada ke tempat nak berbarbeque di Cameron Highland?? Hahaha lepas ni aku cerita. Oleh kerana kami akan ke utara, aku selaku penumpang menunggu mereka di Hentian bas Jalan Duta dan kami bergerak dalam pukul 10 pagi dan tiba di Simpang Pulai, Perak dalam pukul 12 tengah hari. Puh lajusss Anne bawa kereta. Kami berhenti makan, ambil Laila dan sampai di Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai pada jam 3 petang lebih kurang. Mulalah kami mencari dimana letaknya hotel/resort/chalet Guest House De' Native. Mencari guest house ni satu hal sebab pokcik GP

Bangkok - Don Muang, Hostel, Bajet Dan Lain-lain

Puh akhirnya sampai ke part last tapi mungkin part paling panjang dan paling bosan. Semua aku masukkan dalam part ni sebab malas nak buat part lain. Banyak lagi entry menunggu benornya -Vietnam -Jakarta Bandung -Medan -Mabul -Cameron Highlands -Air Terjun Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu puh ada lagi tak yang aku luper? Pengsan.... Okeh lepas makan di Restoren  Jovian Cilipadi, kami semua mengemas ambil beg dihostel Mile Map sebab kami tinggalkan beg disana sebelum check out tadi. Aku sempat bertanyakan cara ke Don Mueang dengan menggunakan BTS/ Bas. Caranya senang tapi disebabkan aku akan keseorangan nanti rakanku nampaknya tidak bersetuju dengan pilihanku. Sayang rupanya mereka padaku. Hahaha.. Sebenarnya aku akan menaiki belon Everyone Can Fly (Air Asia) dan mereka bertiga pula akan menaiki MAS. Kami memulakan perjalanan dengan menaiki BTS di Surasak dan bakal berpisah di stesen Silom. Sebelum berpisah pelbagai amanat sempat dititipkan padaku. Aku meneruskan perjalan

Bangkok - Mari Membeli Membelah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sepanjang kami di Siam ni, tak sedikit pun masa kami diberikan untuk membeli belah. Setakat jumpa gerai-gerai lepas tu jamu mata sikit-sikit memang ada tapi bukan sepenuh masa gitu. So, last day kami disini, kami luangkan sedikit masa untuk membeli belah barang yang kami mahu. Sebelum tiba disini, aku banyak study pasal shopping complex dan muzium. Hehe..tapi bila jumpa link-link yang best terus terlupa tentang perkara diatas. Tempat yang blogger-blogger berikan lebih mencengkam hati dari tempat membeli belah. Hahaha... So kesimpulannya aku sempat jamu mata dalam blog pasal shopping tapi tak amik note langsung. Boleh gitu?? Lokasi pertama kami hari ini ialah Chinatown Macam semalam, kami menyelusuri jalan dan ke Sathorm Pier Chao Phraya untuk menaiki feri ke Chinatown (5 baht). Kenapa tambangnya lebih mahal dari semalam? Ntahlah aku pun kurang pasti.  Nilah kenderaan kami ke Chinatown Ekceli jika mahu ke Chinatown dari tempat tad

Bangkok - Gunakan semua yang ada di Bangkok Part 2

  The Maeklong Railway (also known as the Mae Klong Railway ) is a 1,000 mm ( 3 ft  3   3 ⁄ 8  in ) ( Metre gauge ) railway that runs for nearly 67 kilometres (42 mi) [1] between Wongwian Yai , Bangkok , and Samut Songkhram in Central Thailand . The line consist of two sections: the eastern Mahachai Line, which runs between Samut Sakhon and Wongwian Yai with 18 stations; and the Ban Laem Line, which runs between Samut Sakhon and Samut Songkhram with 15 stations. The two stretches are separated by the Tha Chin River at Samut Sakhon. The only way to connect between the stations on the opposite sides of the river is by boat sumber  wikipedia Sebenarnya Maeklong Market ni lebih menjual barangan basah,buah-buahan,makanan dan selipar. So apa uniknya? Susah-susah berjam-jam sanggup datang kesini?? Keunikan pasar ini ialah pasarnya terletak di atas landasan keretapi. Bila kereta api lalu, peniaga akan tutup khemah dan tarik semua hasil jualan mereka untuk beri laluan kepada k