Skip to main content

Amazing Thailand - Krabi Hari Ketiga - Petang

Ok settle pasal urusan check in di Adam Bungalow, kami terus membersihkan diri dan ingin menakluk Ao Nang dengan berjalan kaki. Kami berjalan kira-kira 1km untuk ke pantai Ao Nang. Sebenarnya kami merancang untuk makan-makan bersama kenalan yang baru dikenali disana namun kemudiannya kami berubah fikiran. Kenalan tersebut menyarankan kami ke restoren lagi sekali tak tau apa namanya. Tepi pantai Ao Nang (dalam 10 minit perjalanan) Katanya sedap.

Perjalanan yang dekat bertambah lama kerana kami kerap kali berhenti mengambil gambar dan menukar duit. Wah betullah dikatakan Krabi adalah heaven omputih. Sini sana terlihat kelibat mereka bahkan ada jalan/lorong (macam bukit bintang) dikhaskan untuk mereka. Jika melalui lorong seperti Krabi tu, boleh dikatakan setiap kedai ialah disko,pub atau cafe.






Malah kedai-kedai yang kebanyakannya (bukan semua) berstatus halal turut menjual minuman keras. Kedai yang kami terjah pun sama ramainya omputih ni. Kami perlu menunggu lebih kurang setengah jam kerana penuh.

Sementara menunggu meja kosong kami meninjau-ninjau sekitar kedai dan sempatlah menyambar beberapa barangan. Apa yang aku perasan disini, fridge magnet (aku suka beli FM) tak banyak pilihan. Kalau ada pun biasa-biasa dan kurang menarik. Yang banyak disini ialah kelengkapan berenang, kelengkapan berjemur dan yang pelik banyak kedai membuat baju kot disediakan. Souvenir kurang sikit disini.  

Kami pesan makanan seperti bihun tomyam, bihun tomyam putih, nasi goreng nenas dan nasi bersama ayam masak kari hijau. Memang marveles masakannya. Kedai patut cuba bila disana. 

makanan aku... puh marveles





Puh hari ni memang penat dan kami tak lalu nak jalan kaki lagi jadi kami balik ke hotel dengan naik bajaj. Sebelum sampai ke hotel, kami singgah ke kaunter menjual tiket van untuk pulang ke Hadyai. 350 baht. Kira okeylah kot sebab kami dari Ao Nang ke Hadyai.

Balik ke hotel, apalagi terbongkanglah kami. Owh esok kena bangun sebelum subuh ya sebab tiket kami van pukul 6.00 pagi.

Bon Voyage.. Semoga ketemu lagi Krabi...

Info
-Adam Bungalows walaupun kurang fasilities seperti tv  tapi selesa cuma bilik yang kami huni bilik airnya sedikit tersumbat
-Tiket van - 6 dan 11 pagi saja
-Minuman paling murah di restoren ialah air cola (tak termasuk air mineral) yang lain semua agak lumayan

Comments

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...