Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Ramadan datang lagi

Semoga Ramadan ini menjadi Ramadan yang terbaik Selamat meraih pahala terbaik disetiap detik Ramadan  Ramadan datang bukan untuk mengubah jadual kita tapi ia datang untuk mengubah hati kita Ampunkan salah atau silap saya sepanjang saya berblogging Gambar dr fanpage Alhijrah

Tenanglah duhai jiwa

Apabila cuti dinafikan..  Apa yang boleh difikirkan lagi?  Menangis?  Menjerit?  Dua kali dah jadi tahun ni... Memang aku tak tahan..  Gambar Gogel Gambar Gogel Yer, saya sedang bersabar dan terus bersabar... (TT)

Vietnam dan Bandung - The Shopping Heaven

Aci tak kalau aku compilekan ni dalam satu entry saja? Hehehe. Bukan apa sebabnya Aku dah pernah pergi ke sana dan tempat yang aku lawati sama saja bezanya bawa rombongan Aku rasa sebahagian besar yang pernah pergi ke sana (Vietnam dan Bandung) semua planningnya sama macam aku. Dan atas sebab tu aku compilekan saja dalam satu entry. Vietnam 2013  Aku bawa 8 orang termasuk aku. Pada mulanya berat hati nak kesini sebab aku dah 3 kali ke tempat yang sama. Jadi keterujaan ke Vietnam tu dah hilang. Tapi disebabkan BFFku beria-ria nak kesana dan beberapa rakan sekerjanya join jadi aku bertabah mengikut mereka. Jadi bermula aksi mencari tiket murah ke Vietnam. BFFku dapat tiket murah menerusi Airasia dan aku yang lambat nak join dapat tiket murah menerusi MAS. Oleh kerana aku tiba lebih lewat dari BFFku. Habis semua info Vietnam kuturunkan padanya. Urusan hotel dan guide telah aku lakukan menerusi telefon. Sebenarnya dalam ittinerary kali ni aku merancang untuk ke Vung Tau tapi

Medan? Bila masa aku ke Medan

Kikikiki.. Gelak dulu boleh? Kikikiki Nak share video jer sebenarnya Ni video pembikinan rojak buah di Medan. Rasanya? Sedap, delicious gitu ------------------------------------------- Bahan-bahannya Pisang abu muda tidak dibuang kulitnya dan dihiris nipis2 Air asam jawa Belacan Kacang tanah yang sudah digoreng Cili api Gula Merah  Bahan-bahan diatas ni untuk proses jadi kuah rojak tau.. Cara membuatnya Mula-mula lecek pisang tu sampai hancur kemudian tambah bahan-bahan lain. dan bila dah siap bolehlah letak buah-buahan dan letak kacang tanah yang sudah dikisar Eh rancangan memasak pula.. :P Ekceli reason nak share cara-cara buat rojak buah ni bukan sebab apa..tapi lain dari yang lain beb. Tak guna kicap, sos cili, petis dan lain-lain. Hah pakai pisang abu muda saja. Pisang abu tu yang rasa dia kelat-kelat sikit dan ada biji-biji itam tu. Aku penah makan..taktaula korang..  Hah.. Itu jer iols nak share sebenarnya.. Click link dibawah yer..  Rojak buat Di Me

Menjengah ke Cameron Highlands 2

Itukah gunung yang kami daki semalam  Pagi ni masing-masing lambat bangun. Keletihan beb. Semua sakit-sakit badan penangan Irau gitu. Hahaha. Cadangan nak bertolak awal pagi memang hancus. Jadi agenda kami hari ini ialah melawat Ladang Teh Sungai Palas. Oh ya kami tak turun ikut Tapah sebaliknya masih ikut Simpang Pulai. So hanya ladang teh ini saja yang boleh kami lawati. Oppss sebelum tu aktiviti membeli belah mana boleh lupa kalau kesini. Aku dah beli banyak barang kelmarin jadi aku beli barang yang ringan-ringan je. Tak mampu aku nak mengangkut hasil rampasan shopping sebab kereta kami parking agak jauh. Sambil tunggu mereka membeli dan membelah aku sempat beli ketip kuku. Dah macam ntah apa-apa dah kuku aku ni. Menata rias kuku dihentian bas gitu. Memang tak senonoh. Lepas semua dah berkumpul, kami pun ke ladang teh Sungai Palas. Selepas parking kereta, masing-masing dengan kaki berdengkot-dengkot mulalah naik ke muzium teh dan restoren Sungai Palas. Errr malas rasanya nak

Menjengah Cameron Highland - The Mossy Forest

Agenda kami hari ni ialah hiking gunung Irau yang terkenal dengan jolokan The Mossy Forest atau hutan lumutnya. Rata-rata blog yang aku baca mengambarkan magnificent hutan lumut ni. Awal pagi, Firdaus (guide kami) sudah tercongok nak ambil kami. Oleh sebab masing-masing tak bersedia, agak lama jugalah Firdaus ni tunggu kami. Huhu.. Kami tak terus bergerak ke Irau tapi singgah sekejab di Jabatan Hutan Cameron Highland. Mungkin untuk melaporkan tentang kami disana. Lupa pula nak tanya pada Firdaus. Pacuan empat roda Firdaus Lepas tu kami sempat pula breakfast berat. Hehe. Nasi Lemak gitu dan buang apa yang patut sebab di atas sana tak ada tandas atau sumber air. Nak ke Gunung Irau, korang perlu melalui Ladang Teh Sungai Palas dan perhatikan sebelah kiri ada signboard ke Gunung Irau dan Gunung Brinchang. Agak mencabar juga perjalanan dia sebab jalannya macam ular kena palu dan perlu mendaki. Ala-ala Bukit Larut gitu. Nasib baiklah Firdaus sudi bawa kami ke atas menggu