Skip to main content

Sangkhalaburi Ke Mana Kita? - Masih berbolak balik

Hingga ke jam 11, email jawapan dari embassy Malaysia tidak kami perolehi. Hati risau nak meneruskan langkah ke Bangkok tapi Maeklong marketlah antara sebab utama aku ikut trip ni. Ikutkan hati mahu saja redah sampai sudah tapi keselamatan adalah utama. Akhirnya Nani nekad telefon embassy Malaysia.

Namun jawapan yang diperolehi mendukacitakan. Mereka sarankan kami tangguhkan dulu ke Bangkok atau ubah plan. Keadaan huru-hara!!! Bangkok bergolak. Kami tidak puas hati dengan jawapan tu dan akhirnya Nani call hostel yang kami booking.

Jawapan yang kami terima 360 darjah berpusing. Bangkok aman saja. Tiada rally atau demo. Kami berbincang. Aku lebih mahu ke Bangkok atau Ayuthya, Anne sama ada Bangkok atau stay semalam di Sangkhalaburi, Nani dan Nik pula ikut saja. Akhirnya kami........

Meh layan gambar dulu....

 Nilah pengangkutan kami ke terminal van. Aku sempat snap gambar dorang..

Dari Sangkhalaburi kami ke Kanchanaburi. Dalam van, aku pening-pening dan loya. Biasanya aku tak pernah pening kalau naik mana-mana kenderaan tapi akhirnya aku tewas. Membuterlah aku selama 4 jam sehingga sampai ke Kanchanaburi.

Kami ke terminal van ke Kanchanaburi ke ?


Dan inilah destinasi kami seterusnya. Ya, Victory Monument. Dekat mana? Hahahaha.. Ya kami ke Bangkok!! Kedegilan untuk keriangan berganda. Gitu

Sampai-sampai jer
"Eh mana orang buat demo? Mana rally? Mana kumpulan baju pink, kumpulan baju merah? Mana...mana??? Kenapa persekitaran tak kotor?? Yerlah selalu kotorkan kalau demo." Psst semua tu berlegar dalam hati jer.. Suasana masa kami sampai memang aman seaman amannya.

Dari BTS (macam LRT) Victory Monument kami ke stesen BTS Surasak (area embassy Myanmar). Disinilah kami akan tinggal selama dua hari untuk menerokai bandaraya Bangkok.. Hahaha.. Elok-elok berjalan perlahan-lahan mencari hostel Milemap, Nani dan Anne menjerit.

"Izza, restoren!"
Aku blur sebab rasa macam nak pengsan angkut beg. Dorang jerit lagi.
"Izza, restoren Malaysialah!! Karang kita singgah makan!!
Terus mata yang makin mengecil membesar semula. Lapar beb. Yeay, Boleh makan tomyam, boleh makan nasi goreng. Kiteorang jumpa restoren Cilipadi weh!! Setelah berhari-hari makan nasi Nasegera dan barang dari 7 eleven.

Cepat-cepat kami check in hostel, membersihkan diri dan check in ke restoren Cilipadi. Hahaha.. Lapar sungguh. Sebenarnya inilah tempat makan kami selama kami di Bangkok.Owner Cilipadi ni hensem tau macam Jovian Mandagie gitu. Hilang penat angkat beg. Voley?? Hiks

Hari ini berlalu tanpa ada apa-apa aktiviti berat. Yerlah perjalanan saja dah ambil masa 8 jam. Cuma sempat singgah ke kedai chinta hati (7 eleven) untuk beli biskut dan air.
 




Comments

  1. Sambung! Hikssss
    Klau tahu ada demo mmg x berani lah nk pegi kan buat pe nk cari nahas
    Jm pun berbolak balik gak ni nk pegi ke x bangkok tuk trip solo ni time beli tiket cam berani nk cuba huhu x buat preparation langsung lagi nihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiks..
      Boleh jer JM. Yang penting niat.. Insya Allah xde pape... N saya dengar dorang takkan kacau tourist..

      Delete
  2. pergh mesti nikmat tak terkata kan setelah banyak hari asyik makanan segera plus jumpa pulak owner macam jovian..makin berselera tak lagi makan tu? hehehe

    rasanya restoran cilipadi nia ada banyak franchise kat merata negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat2 betul Mrs Smile *buat aksi beliakkan mata*
      Sangat2 lapor.. Hahaha

      Delete
  3. keseronokan berganda percutian mencabar diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2.. Hari seterusnya sebenarnya lagi mencabar Nieda.. =)

      Delete
  4. restoran cili padi tu dah tutup, kempunan ai nak makan tomyam time demam2 cenggini, huhuhu...
    dah lah sengsorang, a lonely traveler katanya... sedihhh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Menjejak bunga matahari di Lopburi, Thailand

Bangun tidur kami bergegas ke kaunter tiket kereta api ke Lopburi (28 baht-RM2.80). Kalau nak tahu station Hua Lamphong ni ibarat penghubung train ke semua lokasi di Thailand tau macam KL Sentral tapi ia lagi besar platformnya.. Seperti biasa kena tahulah laluan dia dan masa dia jika mahu perjalanan smooth n clear.  Aku nampak persamaan stesen Hua Lamphong dan stesen Jakarta Kota di Indonesia Disebabkan angin sejuk mencengkam kulit diawal pagi, maka aktiviti membuter adalah keutamaan walaupun seat keras dan berpaksikan 90 darjah. Lena jugalah tidur sampailah satu tempat bila pelajar-pelajar sekolah naik. Rasanya aku bangun sekejab untuk melihat sunrise lepas tu lelap balik. Itulah yang aku tahu dalam tempoh 4 jam tu. Hihihi.. Sedar-sedar dah sampai ke Lopburi. Lopburi ni merupakan stesen paling last tau. Lepas tu kereta api ni pusing balik ke Hua Lamphong. Okey kalau naik kereta api, jangan anggap yang kereta api macam STAR LRT, Putra LRT, ETS atau monorail. Takdenya ...