Skip to main content

Bangkok - Mari Membeli Membelah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepanjang kami di Siam ni, tak sedikit pun masa kami diberikan untuk membeli belah. Setakat jumpa gerai-gerai lepas tu jamu mata sikit-sikit memang ada tapi bukan sepenuh masa gitu.

So, last day kami disini, kami luangkan sedikit masa untuk membeli belah barang yang kami mahu. Sebelum tiba disini, aku banyak study pasal shopping complex dan muzium. Hehe..tapi bila jumpa link-link yang best terus terlupa tentang perkara diatas. Tempat yang blogger-blogger berikan lebih mencengkam hati dari tempat membeli belah. Hahaha... So kesimpulannya aku sempat jamu mata dalam blog pasal shopping tapi tak amik note langsung. Boleh gitu??

Lokasi pertama kami hari ini ialah Chinatown
Macam semalam, kami menyelusuri jalan dan ke Sathorm Pier Chao Phraya untuk menaiki feri ke Chinatown (5 baht). Kenapa tambangnya lebih mahal dari semalam? Ntahlah aku pun kurang pasti. 



Nilah kenderaan kami ke Chinatown
Ekceli jika mahu ke Chinatown dari tempat tadi, kami tidak perlu menyeberangi sungai seperti semalam cuma perlu ke menyelusuri sungai. 


Aunty feri kami sempat singgah mengisi minyak...


Turun je dari feri, kami perlu berjalan mengikut kata hati signboard yang disediakan dan diingatkan perlu sediakan kekuda tau ke Chinatown ni. Bukan sebab jauh tapi sebab Chinatown ni sangat-sangat-sangat besar.
Okey kita minum dulu jus delima ni.



Pemandangan sekitar Chinatown, Bangkok. Alhamdulillah masa ni kami tak bertemu langsung dengan apa-apa demo/rally/tunjuk perasaan. Keadaan sangat aman masa kami pergi.








          
Antara barang yang dijual disana
Sebelum membeli belah, kami yang sudah kehabisan wang Baht sempat singgah ke bank untuk menukar sedikit wang. Manalah tahu ada yang terbekenan dek hati, senanglah menawar dan membeli si idaman hati. Aku sebenarnya lebih prefer tukar di money changer berbanding bank sebab tukarannya lebih untung berbanding di bank, namun macam tak nampak jer money changer.

Chinatown, Bangkok ni lebih menjual barangan secara borong bukannya satu-satu namun ada juga kedai yang menjual satu-satu barang. Padanlah mereka kulihat gigih menolak troli besar kecik yang sarat berisi barangan yang dibeli. Harga bagiku disini amatlah berpatutan. Korang wajib kesini jika ke Bangkok sebab Chinatown ni menawarkan pelbagai jenis barang. Sebut saja semua ada. Contoh barangan hadiah perkahwinan, lace,kain cotton dan sebagainya. Puh-puh kesat peluh kejab.


Keadaan disini sesak yer sila bertabah. Sesuatu yang menarik disini ialah aku tak jumpa rakyat Malaysia langsung.





Chinatown ni juga dikenali dengan Sampeng Square. Macam-macam ada sampaikan kami menghabiskan setengah hari disini. Tapi hasil rampasan aku, nan hado.. Hahahah.. Memang aku beli 2-3 barang saja. Sebab?? Ntah..



Selepas Chinatown, kami berkira-kira ke Pratunam Mall yang gah namanya di mata rakyat Malaysia.
Kami ke Pratunam Mall dengan menaiki tuk-tuk sehingga ke stesen Hua Lamphong dan menaiki BTS sampai ke Ratchathevi. Kemudian perlu berjalan lebih kurang 10 minit ke sana.

Keadaan disini boleh tahan sesak sementelah sambutan perayaan Krismas walaupun rakyat Thailand tidak meraikannya. Penuh sesak dengan pelbagai rakyat dari seluruh dunia. Barulah aku realize bahawa kami baru berjumpa segi tiga emas macam Bukit Bintang disini.

Satu sisi lain yang kami temui disini. Pendapat aku, Chinatown membantu aku belajar mengenai masyarakat Thailand manakala di Pratunam aku tak dapat apa-apa. Hehehe...








Disini juga menjual pelbagai jenis baju dan barangan secara borong. Jangan hairan kenapa ramai menolak troli dan beg bertroli disini. Disini aku sempat mencapai sehelai blouse. Itu saja yang kemudiannya membuatkan kami lelah kemudiannya kami pilih untuk kembali ke hostel.

Seperti biasa, sampai di kawasan hostel kami makan di Restoren Cili Padi dan kemudiannya berangkat ke airport Don Mueang dan Suwarnabhumi.

Puh tinggal lagi satu part saja. Tunggu. Hahaha

Comments

  1. memang menarik makan angin ke Siam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerp memang menarik kalau kena dengan selera masing-masing. ;)

      Delete
  2. arghh...nak shopping...tgk tu..duit pun x byk nk sopping :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM sopink jer, barang disana lebih murah dari Malaysia.. =)

      Delete
  3. salam iza,ada x u nmpk tudung2 yg menarik kat bangkok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. alamak tudung masa saya pergi tak banyak pilihan.. tapi mebi saya tak mencari masa tu..

      Delete
  4. Salam, nk tabye klu beli borong camner nk bwak blk malaysia?. Mohon pencerahan.. tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...