Skip to main content

Bangkok - Gunakan semua yang ada di Bangkok Part 2

 

The Maeklong Railway (also known as the Mae Klong Railway) is a 1,000 mm (3 ft 3 38 in) (Metre gauge) railway that runs for nearly 67 kilometres (42 mi)[1] between Wongwian Yai, Bangkok, and Samut Songkhram in Central Thailand. The line consist of two sections: the eastern Mahachai Line, which runs between Samut Sakhon and Wongwian Yai with 18 stations; and the Ban Laem Line, which runs between Samut Sakhon and Samut Songkhram with 15 stations. The two stretches are separated by the Tha Chin River at Samut Sakhon. The only way to connect between the stations on the opposite sides of the river is by boat
sumber wikipedia

Sebenarnya Maeklong Market ni lebih menjual barangan basah,buah-buahan,makanan dan selipar. So apa uniknya? Susah-susah berjam-jam sanggup datang kesini?? Keunikan pasar ini ialah pasarnya terletak di atas landasan keretapi. Bila kereta api lalu, peniaga akan tutup khemah dan tarik semua hasil jualan mereka untuk beri laluan kepada kereta api.



Maeklong Railway Market ni senang cerita pasar atas landasan kereta api gitu.

Bagi aku ini salah satu keisimewaan market ni ialah kekreatifan orang disitu fully utilise landasan tu dan gigih kot demer ni menarik dan menolak kembali barang jualan masa kereta api lalu dan sekali gus mengamit kami (tourist/traveller/backpacker) datang untuk melihat sendiri pasar tu. Pasar yang lain dari yang lain. Tapi mungkin lebih menarik jika ada kereta api dan jika tiada kereta api, pasar itu adalah pasar biasa saja. 

Sebelum menerokai pasar, Anne dan Nani beli siap-siap tiket kereta api (10 bath). Aku pulak beli siap-siap t-shirt kenangan. Kikiki.. Bukti dah sampai Maeklong Market. Lepas tu kami mula menerokai sepanjang pasar tu.




Macam-macam ada, kalau tak kuat iman, nak jer beli makanan macam makanan Kelantan tu tapi masih kuat iman rupanya :D


Sempat melirik pada jam handphone, sudah sampai masanya! Yeah gerabak kereta api. Geduk gedak geduk gedak... siren kereta api pun berbunyi suruh pelawat  ketepi. Peniaga dah standby untuk tarik hasil jualan mereka. Kami pun standby juga. standby dengan kamera. Hiks..  Port kami dapat tak berapa best tapi jadilah untuk tangkap gambor. Masa ni, aku tangkap gambar saja.

tutup kedai kejab yer kak?

tu dia! gambo jauh

tu dia! gambo dekat
 Ha.. masa ni, aku dan Nani ditepuk dari belakang sebab tak masuk dalam kawasan. Akibat sedarkan diri, kami masuk ke dalam sikit untuk elakkan diri dari digilis. Geduk gedak geduk gedak.. Amik feel sebab tak rakam video. =D

penghujung keretapi

meh bukak kedai balik

puh back to normal

ha! jangan ingat landasan kereta api je ada rail, tapi jualan demer pun ada rail tauuuuu




Dalam 10 minit berjalan dan merakamkan gambar, siren kereta api berbunyi menandakan akan bergerak semula ke Ban Laem. Kali ini, kami berpeluang melihat situasi pasar, dari dalam train pula. Ha.. kira berbaloilah berpenat,bersusah payah sebab dapat merasa suasana kereta api sampai di atas landasan dan melihat sendiri pasar dari atas kereta api. Inilah sebab kami memilih jalan susah.  Kikiki... Bye-bye Maeklong Railway Market. Sampai ketemu lagi. Antara tarikan yang harus dijaga.

Kuch kuch hota hai katanya... Oppps silap negarala...
 
Dengan 10 baht (RM1) jangan bayangkan kenderaan kami berekon, berjakuzi dan sebagainya. Sila redho

tutup kedai balik



pemandangan dari atas keretapi
Dalam 1 jam kemudian, kami akhirnya tiba di stesen Ban Laem. Kemudian ke jetty untuk ke stesen Maha Chai untuk ke Wong Wian Yai pula. Boleh refer post aku sebelum ni.

 

Owh tadikan kami tak sempat membeli dan membelah? Aku pun follow Nani dan Anne ke pasar untuk membeli belah. Geram tengok udang, sorong dan makanan kering besar-besar dan nampak sedap. Tapi macam biasa, aku jamu mata je lebih. Heheheh.. Aura sopink memang tak kuat kot.

Perjalanan Wongwian Yai mengambil masa dalam 1 jam juga dan bulan pula muncul menerangi kami. Nampak tak perjalanan kami? Lamakan? lamakan? Hihihi.. Sampai di stesen Wong Wian Yai pula kami memulakan operasi mencari BTS. Jauh juga kami berjalan sebelum sampai ke stesen cuma syukur sebab BTS dah beroperasi kembali. Kami ambil BTS dari Wong Wian Yai ke Surasak.

Perjalanan balik
-Kereta api
-Feri
-BTS
-Jalan Kaki ke hostel

Sebelum pulang ke hostel, kami sempat singgah ke restoren Cili Padi untuk dinner. Tu dia no telefon kembar Jovian Mandagie. Tapi rakanku Anne yang kesana baru-baru cakap bahawa restoren ni dah tutup due to political situation. Teruk juga yer krisis politk Thai ni sampai banyak kedai bukan milikan tempatan ditutup. Hmmm



Tips
-Boleh saja ambil tour ejen/teksi/van ke Maeklong Railway Market dan pastinya pengalaman dan bajet berlainan dengan kami








Comments

  1. Saya pernah ke pasar nie tahun lepas. Segala mcm benda ada kat pasar nie sampai ternampak katak yang dh siap disiang dan dibuang kulit. Phewww! "TERKESIMA". Hahhaha.

    ReplyDelete
  2. Zara Ab.. Maeklong market ke atau pasar dekat jeti Banlaem?
    Dua2 pasarnya huhuhu.. buat hati kita terkesima.. Wah gitu.. Hahahaha

    ReplyDelete
  3. Ohhh kat sini rupsnya pasar atas rail ketapi tu ada masuk tv jm baru perasan tp mcm x sanggup nk ke sana byk sgt naik turun public transport sorang2 nanti klau ada teman berani skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM boleh jer pergi ikut pakej yang disediakan disana @ naik van dekat terminal van. Cuma pengalaman tengok tempat tu mungkin berbeza. Itu jer.. Trylah =)

      Delete
  4. Menarik..terminal van tu yang kat Victory Monument tu ya..? -Ved

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...