Skip to main content

Menjengah Cameron Highlands

Post yang berkurung dalam draft :P

Lupakan sekejab tentang Bangkok sebab aku nak cerita tentang terjahan kami ke Cameron Highlands baru-baru ni (17/01/2014) hihihi.Tak baru sangat pun ;D Semua masuk draft sampai terlupa nak publish. Hihi

Bersesuaian Tahun Melawat Malaysia 2014, kami telah memilih untuk ke Cameron Highlands pada awal tahun 2014. Untuk trip kali ini, kami merancang untuk berbarbeque dan hiking Gunung Irau. Hmm ada ke tempat nak berbarbeque di Cameron Highland?? Hahaha lepas ni aku cerita.

Oleh kerana kami akan ke utara, aku selaku penumpang menunggu mereka di Hentian bas Jalan Duta dan kami bergerak dalam pukul 10 pagi dan tiba di Simpang Pulai, Perak dalam pukul 12 tengah hari. Puh lajusss Anne bawa kereta.

Kami berhenti makan, ambil Laila dan sampai di Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai pada jam 3 petang lebih kurang. Mulalah kami mencari dimana letaknya hotel/resort/chalet Guest House De' Native. Mencari guest house ni satu hal sebab pokcik GPS kurang membantu. Ditunjuknya jalan lain iaitu jalan runtuh akibat banjir beberapa bulan lepas. Rupanya dekat jer dengan Balai Polis Brinchang tapi sebelah kiri jika dari Simpang Pulai (bahagian baiki kenderaan). Err tugas mencari hotel/resort/chalet guesthouse ni semua Anne yang handle. Pening juga kepala sebab masa tu cuti panjang (public holiday dan cuti hujung minggu) dan kami tahu mesti penginapan kami naik mencanak. Bertabahlah (TT)

Menyelusuri jalan naik ke guesthouse ni sebenarnya agak menyeramkan ulu hati dimana jalan dia berselekoh tajam yang sehala saja. Harus tekan hon setiap kali lalu selekoh. Selepas itu kita berjumpa dengan guesthouse De Native.

De Native ni terletak disatu sudut yang terpinggir diatas bukit. Ia ada satu banglo berusia 100 tahun yang utuh tersergam dan beberapa chalet berasaskan buluh. Nampak bunglo dan chalet buluh ini saja sudah menaikkan bulu roma aku akibat kedinginannya. Mujur bawa gebor/selimut tebal. Kalau tidak kedinginanlah aku ni.

nasib baik bawa selimut lebih kalau tidak kami memang kesejukan

bangle 100 tahun yang masih tersergam dipinggir sebuah bukit


Bilik kami berlima

 Kalau lihat pada bilik ni nampak kecil kan? Ekceli disebalik pintu tu ada pintu menghubungkan tandas dan bilik lagi satu. So kami selesalah juga tinggal dalam guesthouse ini. Kekurangan guesthouse ni ialah waterheater lambat dibuka. Biasanya buka 8 pagi dan tandas dia terletak ditengah-tengah. Kredit to Anne sebab menggantung kain untuk memudahkan pergerakan kami ke tandas. Kalau tak, kami perlu tutup dua-dua pintu jika mahu ke tandas.


Pemilik D'Native Mr Krish
Oh ya suhu di Cameron Highland masa aku pergi sekitar 13-20 degree. Sejuk tau waktu malamnya. Fenomena sejuk ni sudah berlarutan dua minggu berturut-turut. Masing-masing dah tarik sweater masing-masing. Hihihi

Usai check in dan melunaskan apa yang tertunggak, kami bergerak ke pasar minggu Cameron Highland. Puh jem betul. Penat tangan dan kaki tukar gear dan main clutch. So aku pass baton dekat Anne balik. Hihi.. Aku beli ala kadar saja dan sempat pulak merasa ais krim strawberry disana. Tak padan dengan keadaan badan yang tak sihat dan sejuk. Hahaha.. Nak merasakan.. Apa pun boleh..Malam karang rasakan kong keng kong keng (batuk).




Balik guesthouse kami pun apa lagi buat agenda kami iaitu barbeque!! Semua barang kiteorang angkut dari Kuala Lumpur konsep sharing gitu. Menarik di De Native ni ada bonfire dan tempat barbeque tau. Rasanya dekat Cameron Highland susah nak cari tempat yang ada dua kemudahan ni. Kami pun apa lagi mula membakar bahan-bahan.

Ekceli masa membako tu aku dengan Laila pergi bancuh air. Tunggu masak tak masak.. Nak dijadikan cerita bila air dah dekat nak masak adalah hamba Allah (penyewa dari India) adalah dalam 30 orang dok cabut suis kettle so kena tunggu lagi. Memang lepakinglah kami di hall banglo tu. Dah masak air barulah kami menjoinkan diri kembali. Sedar-sedar semua bahan sudah siap dibakar. Tunggu untuk dingap saja. Puh sedap tau makan panas-panas dalam keadaan sejuk mengeletar macam tu. Tambah sedap jagung manis yang dibakar. Nyum-nyum...


De Native
Kebaikan
-Ada tempat barbeque
-Ada tempat unggun api
-Menggunakan konsep back to nature dimana semua peralatan dalam chalet buluh tu menggunakan alatan dari alam termasuklah atapnya
-Jauh dari kebisingan kota

Kelemahan
-Mungkin tidak sesuai dengan orang yang lemah semangat
-Water heater tak dibuka sepanjang masa. Menangis mandi air sejuk sambil menggigil
-Walaupun banglo 100 tahun tapi ia masih atau sedang dibaik pulih oleh pemiliknya jadi banyak kelengkapan masih kurang lengkap

Overall, aku puas hati dengan guesthouse ni sebab lain dari yang lain.

Comments

  1. Banglo berusia 100 tahun? Seram pulak dgr hikss rupanya trip bln jan ingatkan trip yg baru lepas heee ni mesti byk lg story belum publish kan. Best kan ada partner travel ramai2 ni klau ke mana2 mesti ber 5 ni je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. dengar macam seram tapi alhamdulillah takde kejadian yang tak elok jadi.. Sy geng travel macam-macam.. Pendek kata macam-macam ada.. Hehehe

      Delete
  2. boleh tak letak widget follower? nak follow blog awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ummu..
      Ekceli sy dah letak widget tu tapi bahagian bawah sana.. Untuk awak saya ubah kedudukan widget tu. Salam perkenalan =)

      Delete
  3. Thank you sis. After baca sis punya review saya yakin nak book. Saya book last minute. Cost RM 80 satu bilik. Saya dapat bilik no 5 (Jakun). Berbaloi sangat. Ada water heater, electricity dan sangat bersih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan