Skip to main content

Short Trip - Langkawi

Dah lama masuk draft, aku keluarkan sikit-sikit yer

Betul-betul short trip.. Rasanya trip yang makan masa 24 jam jer aku berada di Langkawi. Aku kesana temankan pengerusi tetap tidak berpencen komputer rumah (adik aku). Tarikh bolehlah korang tengok di tiket feri aku tu. Semua dah detail dah.  Aku sampai ke Pulau Langkawi dalam pukul 11 pagi gitu.



Aktiviti pertama mestilah mencari hotel/chalet/rumah tumpangan atau resort  untuk tumpang berteduh aku sekeluarga. Sungguh aku tak sangka kebanyakannya full. Ah lupa pula Malaysia juga salah satu negara yang jadi tumpuan pelancong asing (mat salleh) nek bercuti sebab negara mereka super duper sejuk. Jadi kami bertabah tidur di hotel erm...erm...alamak lupa namanya di pekan Kuah.

Aku sampai di Langkawi, Anne dah whatsapp aku tanya aku dimana. Oh ya Anne pun bercuti di Langkawi cuma beza cuti aku dengannya aku mengejut dia berplan. Hihihi..

Tempat pertama kami terokai bersama ialah Mardi Agro Technology Park Langkawi. Detail semua ada dalam tiket. Hehehe





Inilah kenderaan yang akan bawa kami bersiar-siar.


Sebelum bersiar-siar, mari makan dulu sebelum kita berkenalan dengan buah-buahan tempatan.






Antara buah-buahan yang ada disana. Oh ya, masa ni sangat kemarau dan bukan musim buah. Jadi tak dapatlah kami merasa buah-buah yang menarik. Tapi oklah trip kali ni lain dari yang lain kan.


Buah belimbing terbesar pernah ku jumpa. Hahaha...








Perjalanan kami tiada arah. Nampak kebun getah berhenti kejab nak tangkap gambar. Sungguhlah tak terancang. Hahaha...



Kemudian kami ke Cable Car Langkawi. Masa ni musim jerebu,kemarau dan panas berpanjangan.. Wah mood bergambar dan mood berjalan tu kurang sikit.Bahkan aku sedikit keciwa dengan pemandangan yang disajikan. Laut kurang jelas, pemandangan kabur. Meh layan gambor.





Aku berangan aku dekat Bali.. :P

Menunggu sunset tapi.....

Suspension bridge yang ditututp untuk renovation kot. Pandai-pandai jer :P





Puh habis.. Hahaha.. Sebenarnya itu jerlah aktiviti aku di Pulau Mahsuri ini. Hari seterusnya aktiviti membeli coklat. Hmmm tak perlulah aku share dekat sinikan?

Comments

  1. Izza, buah belimbing tu plastik ke betul eh..sbb ramai yg bergambar kat sana..dh kuning sangat dah tu...tak ada org nk petik ko :-)

    Suspension bridge tu dh tutup?..ruginya..sib baik JM sempat jlan2 atas tu waktu trip dulu...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. belimbing tipu jer tu. Hahah.. Untuk menarik orang ke situ kot..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...