Skip to main content

#prayformh370


Aku tahu aku agak lewat untuk buat post ni tapi jiwa aku seakan hilang sama seperti hilangnya pesawat ni.

Pada mulanya hatiku sedikit gembira bila dapat perkhabaran pesawat di temui di Nanning (berita dalam pukul 8 pagi) namun rupanya palsu. Jiwa aku hilang sekali lagi.

Walaupun baru dua kali terbang bersama MAS aku sedih dengan kehilangannya. Aku sedih dengan kehilangan rakan seperjuangan ditempat kerja lama. Air mata menitis apabila mengenangkan baby dan anak kecil yang belum diketahui nasib mereka. Air mata menitis lagi bila mengenangkan orang-orang tua dalam pesawat itu. Apa nasib mereka? Makankah mereka? Cukupkah makanan dalam pesawat? Aku tidak kenal mereka dan ada sebahagian mereka bukanlah beragama Islam dan bukan senegara denganku TAPI sebagai manusia biasa aku tetap sedih dengan nasib yang menimpa mereka.

Seandainya pesawat benar-benar terhempas sama ada di daratan atau lautan, aku mendoakan mereka ditemui sama ada hidup atau mati. Seandainya mereka benar dihijack, aku mendoakan mereka dipulangkan ke pangkuan keluarga secepat mungkin.

Seandainya dilangit Kau turunkanlah , seandainya dilautan Kau timbulkanlah , Allahuakbar!

Innalillahiwainnailaihirojiun...
-Pelbagai spekulasi aku dengar, hadam dan kaji. Ada dua tiga logik dek akal aku tapi biarlah waktu menentukannya. Insya Allah hijab yang tertutup akan terbuka satu hari nanti. Sama-sama kita berdoa yang pesawat itu akan ditemui. 



Comments

  1. Yer izza, itulah sahaja harapan yg kita ada semoga allah permudahkan usahan pencarian dan pertemuan dgn pesawat tu. Ya allah kasihanilah mereka aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah JM. Sebenarnya masa saya reply ni pesawat tu dikatakan telah berakhir di Lautan Hindi.. Perlu tunggu lagi untuk update.. (TT)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Menjejak bunga matahari di Lopburi, Thailand

Bangun tidur kami bergegas ke kaunter tiket kereta api ke Lopburi (28 baht-RM2.80). Kalau nak tahu station Hua Lamphong ni ibarat penghubung train ke semua lokasi di Thailand tau macam KL Sentral tapi ia lagi besar platformnya.. Seperti biasa kena tahulah laluan dia dan masa dia jika mahu perjalanan smooth n clear.  Aku nampak persamaan stesen Hua Lamphong dan stesen Jakarta Kota di Indonesia Disebabkan angin sejuk mencengkam kulit diawal pagi, maka aktiviti membuter adalah keutamaan walaupun seat keras dan berpaksikan 90 darjah. Lena jugalah tidur sampailah satu tempat bila pelajar-pelajar sekolah naik. Rasanya aku bangun sekejab untuk melihat sunrise lepas tu lelap balik. Itulah yang aku tahu dalam tempoh 4 jam tu. Hihihi.. Sedar-sedar dah sampai ke Lopburi. Lopburi ni merupakan stesen paling last tau. Lepas tu kereta api ni pusing balik ke Hua Lamphong. Okey kalau naik kereta api, jangan anggap yang kereta api macam STAR LRT, Putra LRT, ETS atau monorail. Takdenya ...